16 ; Missing You

106 10 1
                                        

[ Yoongi POV ]

"Woi, Tae. Tut tut kau dah okey?" soalku.

Taehyung yang dari tadi asyik terkangkang itu mengalihkan pandangan terhadap aku. "Macam mana nak okey kalau dia tendang adik aku kuat macam tu. Boleh mandul aku jadinya." balasnya dengan erangan kesakitan yang masih bersisa.

Aku melepaskan keluhan panjang. "Tulah kau. Siapa suruh kau cari pasal dengan Rara aku. Kau tahu kan yang dia tu jenis yang kasar. Tengok. Tak pasal-pasal dapat sakit" bebelku.

Kali ini, giliran Taehyung pula yang mengeluh. "Hmm yelah" ringkas Taehyung membalas kata-kataku. Kemudian, keadaan kembali senyap semula.

Aku kerling jam dinding yang sudah menginjak ke pukul 1 pagi. Dan aku masih tidak dapat melelapkan mata. Begitu juga Taehyung kerana dari tadi lagi aku nampak dia asyik bermain dengan fon dia.

"Weh, Tae" tegurku memecah kesunyian. Dibalas dengan gumam kecil dari Taehyung.

"Tak ngantuk lagi?"

"Siapa? Aku? Tak. Dah habiskan game ni kejap" jelas Taehyung selamba tanpa memandang ke arahku.

"Ok" balasku ringkas. Aku menukarkan posisi tidurku yang tidak begitu selesa kepada posisi terlentang. Maklumlah, sofa ni jer tempat untuk tidur.

Malam ni, aku dan Tae disuruh tidur kat ruang tamu manakala girls semua tidur dalam bilik. Ibu kata tak elok tidur sebilik walaupun dengan adik aku sendiri. Haish. Hanbyul pulak tidur dalam bilik ibu. Nak bermanja dengan ibu buat kali terakhir katanya. Gedik. Baru ingat nak bermanja dengan bakal isteri. Melepas sudah.

"Hyung?" teguran Taehyung terus mematikan lamunanku.

"Hmm?"

"Kau rasa, aku dengan Hyera sepadan tak?" soalnya.

Dahi aku berkerut. Hairan. Eh, dia ni demam ke tiba-tiba tanya macam tu? Entah-entah mengigau.

"Apa kau ca--"

"Takpelah. Abaikan" pintas Taehyung sebelum sempat aku menghabiskan ayat. Tidak lama kemudian aku mula dapat menangkap satu persatu perkara yang bermain di fikirannya. Ok, aku dah faham.

"Kau sebenarnya dah syok dengan adik aku kan?" tekaku curiga.

"Eh, t-takde lah" Gagap. Sah bohong.

"Eleh, tipu" usikku lagi. Sengaja ingin melihat riak wajah cuaknya. Kelakar gila.

"S-suka hati hyung lah"

Aip, macam merajuk jer. Hish, tak malu. Lelaki mana boleh merajuk. Kalau aku dengan Hanbyul takpe. Huehue.

Aku mengukirkan senyum nipis di bibirku. "Aku tak halang kalau kau syok dekat dia. Yang penting aku dapat tengok budak manja tu bahagia. Tu pun dah cukup"

"Sebenarnya, masa aku buat keputusan untuk berkahwin dengan Hanbyul, terdetik jugak rasa berat hati terhadap Hyera. Maklumlah, aku dengan dia betul-betul rapat dan aku sayangkan dia sepenuh jiwa raga aku. Aku tak sanggup untuk tinggalkan dia atau dia jauh dari aku. Sekurang-kurangnya, aku nak tengok dia menemui kebahagiaan dia sebelum aku. Tapi...Hyera tu jenis yang kasar. Siapa lah yang sudi untuk temani dia selepas aku tinggalkan dia nanti" jelasku diakhiri dengan keluhan kesal di hujung bicaraku. Memikirkan soal Hyera cukup membuatkan aku berasa serba salah. Aku sayang dia sangat-sangat. Tak ubah seperti kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuannya. Pada masa yang sama, aku juga turut merasa risau. Risau akan dirinya. Apa akan jadi kepada dia setelah aku berkahw--

"Hyung?" teguran Taehyung membuatkan mataku yang sudah tertutup kembali terbuka. Aku pandang dia. Taehyung kini sedang duduk bersila di atas sofa sambil memandang aku tanpa sebarang riak.

[C] Move On + KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang