46 ; Mine [FINALE]

109 6 2
                                    

Semangkuk bubur ayam yang masih panas diletakkan di atas meja makan bersama-sama dengan secawan teh hijau oleh Hanbyul.

"Unnie tahu kamu tak lapar. Tapi sekurang-kurangnya isi perut tu sikit. Sejak pagi tadi kamu belum menjamah apa-apa. Risau pula unnie kalau kamu jatuh sakit"

Hyera memandang wajah kaka iparnya itu dengan senyuman di wajahnya. "Terima kasih, unnie"

Bubur itu ditiup perlahan sebelum disuapkan ke mulutnya sedikit demi sedikit. Jujur dia langsung tiada selera untuk menjamah apa-apa. Tetapi apabila melihatkan kakak iparnya yang bersusah payah menyediakan bubur itu dengan keadaannya yang masih sarat mengandung itu membuatkan dia berasa serba salah jika tidak menjamahnya.

Sepanjang tempoh itu, Hyera tidak dapat berhenti dari memikirkan perkara yang berlaku pada pagi tadi. Jam sudah menginjak jam 12 malam tetapi mereka masih belum pulang. Adalah keadaan Jungkook agak parah sehingga dia terpaksa ditahan di wad? Berfikir tentang hal itu membuatkan Hyera semakin tidak senang duduk. Dia risau.

"Eun dan Hyeon sudah tidur di bilik Jimin. Kamu masuklah ke bilik kamu, berehat. Kamu mesti penat" jelas Hanbyul sambil menghabiskan kerja-kerja mengemasnya buat kali terakhir.

"Baiklah, unnie"

Usai membasuh mangkuk bubur dan cawan, Hyera terus meluru ke kamarnya. Sepanjang menaiki anak tangga, fikirannya tidak henti-henti memikirkan perkara yang sama. Dia pun tidak pasti yang dia mampu tidur dengan lena pada malam ini atau tidak.

KLAKK!!

Bunyi selak pintu dibuka membuatkan langkah Hyera terhenti. Dia menjangka yang ada orang di pintu masuk, tetapi langsung tidak mendengar apa-apa bunyi. Hyera tidak menoleh lalu meneruskan langkahnya. Kemudian...

"Hyera"

Terdengar suara yang memanggil namanya terus membuatkan langkahnya terhenti. Tanpa teragak-agak, dia terus menoleh ke arah tuan empunya suara.

"Joshua..."

"Pergi tukar pakaian yang lebih selesa. Aku tunggu kau kat luar"

"Hah? Kenapa?"

"Yoongi yang suruh aku ambil kau. Dia tak mahu menganggu budak-budak dan bini dia tidur sebab dah lewat malam"

"Ambil aku? Ke mana? Mana Yoongi oppa?"

"Mereka semua dah ada kat rumah Jungkook. Dah, jangan banyak tanya. Pergi bersiap cepat!" marah Joshua separa berbisik. Hyera mengeluh.

"Tunggu sekejap"

~~***~~

Perasaan Hyera bercampur-baur tatkala melihat dua orang lelaki di hadapannya. Taehyung hanya berdiri dan membisu di sudut ruang tamu sambil memandang ke arah lain yang mana bertentangan dengan mereka semua. Manakala Jungkook pula, dengan wajah yang sedikit lebam di bahagian pipi dan hujung bibir pula masih kaku di atas sofa di mana Jimin duduk.

Hyera menggigit bibir bawahnya menahan perasaan. Dia adalah punca semua ini berlaku. Dia yang telah membuatkan dua orang sepupu itu bersengketa.

"Hyera..." Yoongi terus mendakap tubuh Hyera yang menggigil itu sambil mengusap belakangnya untuk menenangkan gadis itu. Hyera langsung tidak sedar yang kini sedang menangis tanpa suara.

"...Maafkan oppa, sayang. Oppa tak berniat nak libatkan kamu dalam hal ini. Melihatkan keadaan kamu yang masih lemah, oppa rasa serba salah. Opa terpaksa--"

"Tak mengapa, oppa. Lagipun, Hyera memang penyebab hal ini berlaku"

"Hyera--"

"Hyera tak apa-apa, oppa. Teruskan ke tujuan asal. Please"

[C] Move On + KTHWhere stories live. Discover now