Bunyi bising enjin kereta dari luar rumah membuatkan tumpuan Hyera teralih buat seketika. Seakan sudah terbiasa dengan bunyi itu, Hyera hanya tersenyum sebelum kembali menelaah buku yang dibacanya tadi.
Bunyi pintu dibuka menandakan seseorang masuk. Dari jauh lagi Hyera sudah dapat menghidu haruman maskulin suami nya. Ini membuatkan senyumannya bertambah lebar. Ianya sudah menjadi haruman kegemarannya sehinggalah ke hari ini.
Hyera disapa dengan kucupan lembut si suami sebelum tubuhnya dirangkul erat.
"Awak tunggu saya?" kata si suami separa mengeluh. Penat akibat bekerja. Hyera tersenyum kecil seraya mengangguk perlahan.
"Sayang, kan saya dah beritahu yang saya akan pulang lewat untuk beberapa hari ini. Tak perlu tunggu saya setiap malam" keluh Taehyung serba salah. Dia melabuhkan punggung di sebelah tempat duduk si isteri.
Hyera menggeleng. "Tak mengapa. Saya lebih suka tunggu awak. Lagipun..."
Hyera melentokkan kepalanya ke dada bidang Taehyung sebelum merangkulnya. Sesekali haruman semulajadi si suami itu dihidunya. Ia sungguh menenangkan.
"...katil kita terasa dingin tanpa awak. Macam mana saya nak beradu dengan tenang?" kata Hyera separa merengek.
Taehyung berdecit. "Gedik"
"Dengan awak je"
Taehyung tersenyum simpul. Dia perasan sejak dua menjak ni Hyera bertambah gedik dan manja daripada biasa. Bukannya dia mahu merungut. Dia terpaksa mengaku yang dia sukakannya.
Menyedari yang Hyera asyik menggeselkan wajahnya pada dada miliknya serta menghidunya beberapa kali membuatkan Taehyung berasa agak tidak selesa. Memandangkan dia baru sahaja pulang dari kerja, badannya agak berpeluh dan berbau.
"Erm, awak tahu yang saya berbau busuk sekarang bukan?" soal Taehyung kepada si isteri yang keligatan langsung tidak mahu berganjak itu.
"Saya tahu" jawab Hyera tanpa teragak-agak.
"Err jadi...apa kata kalau saya mandi dulu? Awak boleh tunggu saya dalam bilik" cadang Taehyung.
Hyera menggeleng pantas lalu mengeratkan lagi dakapannya. Membuatkan tubuh Taehyung terbaring di atas sofa akibat tidak seimbang. Taehyung memandang Hyera yang berada di atasnya dan masih memeluknya itu dengan penuh kelu.
"Can we stay like this...for a while?" pinta Hyera sambil mencebik. Salah satu tabiatnya apabila dia ingin meminta sesuatu. Yang mana selalu membuatkan Taehyung akur dengan permintaannya.
Taehyung tersenyum sebelum mengangguk. Tubuh genit si isteri turut didakapnya. Mereka sama-sama berkongsi kehangatan tubuh masing masing untuk beberapa minit tanpa menyedari yang masa semakin berlalu.
Taehyung hampir sahaja terlelap kerana dirinya terasa begitu selesa diselubungi dengan kehangatan antara mereka berdua. Baru sahaja dia ingin masuk ke alam mimpi, dia tersentak apabila merasai suatu pergerakan pada tubuhnya. Taehyung kelihatan agak terkejut apabila mendapati satu persatu butang kemejanya dibuka oleh Hyera.
"S-Sayang...?"
Hyera mendongak memandang wajah si suami tatkala mendengar namanya dipanggil. Dia tersenyum manis menterlahkan kecomelannya. Namun tangannya masih ligat menanggalkan setiap butang yang ada. Yang mana agak bertentangan dengan reaksinya sekarang.
Taehyung tidak bersuara. Sebaliknya hanya memerhati tingkah laku Hyera.
Sebaik sahaja tubuh Taehyung terdedah, pandangan mata Hyera mula beralih kepada susuk tubuh Taehyung. Kulitnya sedikit gelap, ditambah pula dengan otot-otot yang menyerlahkan aura seksi dirinya. Sengaja Hyera melarikan tangannya ke setiap lekuk otot pada tubuh penuh maskulin itu. Hyera bagaikan dipukau dengan aura keseksian Taehyung.
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Фанфик"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana