"What the hell is going on right now?"
Taehyung tersenyum sinis lagi. Yang mana membuatkan Sana bertambah menyampah.
"Kau boleh keluar sekarang" kata Taehyung tanpa menjawab persoalan Sana. Dahi Sana sudah berkerut seribu.
"Minatozaki Sana, awak ditahan atas jenayah peras ugut dan cubaan membunuh!" laung salah seorang anggota polis bersenjata yang dipercayai ketua mereka itu.
"Sila angkat tangan ke udara dan menyerah!" katanya lagi. Taehyung turun dari pentas sambil tersenyum sinis. Meninggalkan Sana bersendirian dengan berbelas-belas cahaya laser terarah kepadanya.
Sana menunduk terdiam. Sejambak bunga di tangannya terlepas dari genggaman. Kemudian dia tertawa dengan amat kuat. Membuatkan seluruh isi gereja hairan.
"Apa ni, Tae? Tak baik tuduh orang sesuka hati tanpa bukti. I tak pernah bunuh orang pun. Kalau you tak percaya, tanya parents I. Kan mama? Papa?"
Ibu Sana kelihatan amat terkejut sekali dengan situasi yang sedang berlaku tetapi bapanya pula terkedu dan membisu. Mereka langsung tidak menyuarakan apa-apa kata.
"Tuduh kau sesuka hati? Eh kami ada saksi la"
"Ini dia saksi kami" kata Joshua sambil mengheret seorang wanita yang berusia awal 20-an masuk ke dalam gereja. Mata Sana terus terbeliak saat mengenal pasti identiti wanita itu.
"K-Kau?!.."
Joshua tersenyum sinis. "Ya, dia Choi Aera. Bekas pekerja Hyera dan...orang upahan kau"
"Korang dah salah faham. Aku sebenarnya--"
"Cukuplah dengan penipuan kau, Sana! Aku dah beritahu mereka segalanya. Kau penipu! Kau cakap yang kau akan tolong aku bayar pembedahan abang aku. Tapi kau tak pedulikannya langsung. Sehinggalah abang aku mati!!" tengking Aera. Air mata di tubir matanya jatuh membasahi pipinya yang lebam.
"Sanggup kau?!! Aku dah beri kau segalanya!!"
"Beri lah aku sebanyak mana duit kau pun, aku takkan buat lagi kerja-kerja kotor kau!!!"
Taehyung berdecit. "Kau ingat selama ni aku tak tahu apa yang kau buat terhadap mereka semua di belakang aku?"
Kali ini Sana memandang Taehyung pula. "Stop it, Tae. You love me don't you? Kenapa you mesti bela sampah masyarakat ni semua--"
"Sampah masyarakat yang kau hina ni...adalah satu-satunya keluarga aku. Love you, huh? Untuk pengetahuan kau, selama ini aku cuma berpura cintakan kau hanya untuk mendapatkan bukti yang secukupnya supaya aku dapat sumbat kau ke dalam lokap! Aku tak sangka yang kau sebodoh itu"
Tuduhan demi tuduhan yang diterima membuatkan Sana terkedu dan terkesima. Tidak dia sangka yang dirinya dipermainkan sebegitu rupa. Mereka memang tak guna.
"Mama? Papa? Believe me, please. I didn't do it. They lied" rayu Sana. Sana turun dari pentas lalu mendapatkan ibu bapanya. Mahu sahaja dia dakap kedua-dua mereka sambil merayu. Namun belum sempat Sana menyentuh mereka, satu tamparan hebat tepat mengenai wajah Sana. Membuatkan dia jatuh terlentang. Sana memegang pipinya yang terasa panas sambil memandang wajah bengis bapanya.
"Aku tak ada anak yang tak berperikemanusiaan macam kau" tegas bapa Sana. Sebelum mendapatkan si isteri untuk berlalu pergi. Sana terkedu. Dia tidak menyangka yang bapanya sanggup memukul anaknya sendiri.
"Menyerah sajalah, Sana. Kau takkan terlepas kali ini" samar-samar kedengaran suara Taehyung. Diikuti dengan suara yang lain yang dia sudah tidak dapat dengar lagi. Dirinya bagaikan separa sedar. Yang tahu cumalah cahaya laser yang menyilaukan pandangannya dan bunyi detak jantungnya. Segalanya kelihatan berputar sehinggalah...
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fiksi Penggemar"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana