18 ; Dream

101 8 2
                                        

[ Taehyung POV ]

"Here we are! Back to Seoul. Oh Seoul~"

Aku kerling Jungkook di sebelahku bila dia dah mula nak nyanyi With Seoul dia tu. "Boleh tak untuk seminit kau tutup mulut kau tu? Sejak di airport lagi kau nyanyi lagu tu. Silap hari bulan, bernanah telinga aku nanti" bebelku. Jungkook diam sambil mencebik. Diam pun.

Aku masuk ke ruang tamu dan memeriksa setiap bilik. Tak ubah macam warden asrama tengah buat spotcheck. Kah!

"Kau cari apa?" Jungkook yang berada di belakangku aku pandang sambil kecilkan mata. Curiga.

"Kau ada bawa balik perempuan ke masa aku takde?" agakku. Si biskut ni nampak jer innocent, baby face, tapi byun dia ni lebih teruk daripada aku.

PPAP!

Dahiku menjadi mangsa jentikan berbisa si biskut kering lagi hangus ni. Dia mula buat muka toya. "Yah! Kau ingat aku takde kerja lain ke asyik buntingkan anak dara orang?!" marahnya. Serius.

"Ok fine. Kali ni aku percaya kau" ujarku lalu terus mengatur langkahku ke dapur. Jungkook pula hanya membuntuti aku.

Alangkah terkejutnya aku sebaik sahaja pintu peti sejuk itu aku buka dan tersebarlah bau busuk makanan yang sudah basi ke seluruh pelosok rumah. Terdapat bertimbun-timbun susu pisang yang hanya diminum separuh dan kebanyakannya sudah basi. Bukan itu sahaja, daging-daging dan sayur-sayuran lain juga turut rosak. Yang tinggal hanyalah ramen yang masih elok. Wait. Ramen? Simpan dalam peti? Parah budak ni.

Lalu bermulalah sesi membebel aku selama 30 minit dan tidak berbayar itu. Jungkook hanya mampu menadah telinga mendengar bebelanku. Aku tak kira, budak ni betul-betul dah melampau. Tak boleh harap langsung!

Setelah selesai sesi membebel, aku terus baringkan tubuhku ke atas sofa. Penat. Lenguh. Pening. Semua ada. Dahlah penat sebab baru balik dari airport. Lepas tu balik rumah kena bagi ceramah dekat si biskut tu. Haish.

"Kau nak ramen? Aku masakkan" laung Jungkook dari dapur. Aku sengaja suruh dia kemas dapur tu. Aku larang dia keluar dari dapur sehingga kerja pembersihan tu selesai. Yang ni pulak, mesti kes nak pujuk aku.

"Tak payah. Nanti lagi bersepah dapur tu" ujarku dengan nada suara penat.

"Too late. Aku dah siap masak dah"

Taguna.



~~***~~

Bunyi hirupan ramen tidak henti-henti menyapa pendengaran kami. Kini, kami berdua sedang menikmati ramen yang baru sahaja dimasak oleh Jungkook. Ok kali ni menjadi jugak ubat pujuk dia ni. Tapi dia tetap kena bertanggungjawab.

"Lepas makan, kau sambung kemas. Aku nak pergi mall beli bahan untuk memasak. Make sure bila aku balik nanti, aku nak tengok semua berkilat" arahku lagi berbaur bebelan tegas.

"Ya, aku tahu lah. Tak perlu nak ulang banyak kali"

"Good"

Kemudian, kembali semula kepada rancangan menghirup ramen. Masing sibuk makan. Taguna kau biskut. Kau tahu yang ramen ni kelemahan aku dan kau sengaja buat banyak. Shibeii.

"Amacam kau kat sana? Dah jumpa ketenangan yang kau cari tu?" Suara Jungkook memecah kesunyian.

Mendengarkan kata-katanya sahaja langsung membuatkan aku tersenyum penuh makna sebelum menggeleng. Aku lihat wajah Jungkook mula berkerut dan terpinga-pinga melihat respon daripada aku.

[C] Move On + KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang