[ Taehyung POV ]
Kata-kata Aera masih segar diingatanku. Aku keliru sama ada kata-katanya itu benar atau tidak.
Benarkah Hyera dah berubah? Atau ia sekadar helah untuk aku jauhkan diri dari dia?
Atau mungkin...dia benar-benar sudah berubah?
Ahh aku pun tak tahu!!!
'Truttt truttttttt'
Getaran daripada fonku menyedarkan aku dari lamunan. Aku keluarkan fonku dari dalam kocek t-shirt ku.
Dahiku berkerut melihatkan nombor pemanggil yang tidak aku kenali itu. Tanpa berfikir panjang, aku terus menekan punat hijau. Mungkin ada hal penting, fikirku.
"Hello, who's there?" soalku namun langsung tidak disahut oleh si pemanggil. Hanya bunyi nafasnya sahaja yang dapat aku dengari.
"Hello? Can you hear me?" sekali lagi aku menyoal. Namun masih sama seperti tadi.
Aku mengetap gigiku geram. Mahu sahaja aku mencarut dan memaki hamun pemanggil tersebut. Tetapi malangnya, watak aku bukanlah Min Suga😪
Aku menarik nafas panjang untuk menenangkan hati. "Kalau ni salah nombor, ok saya faham. Tapi tolong jawab kalau saya tanya. Saya tak suka"
Tuttt...
Aku menghela nafas lega setelah memutuskan panggilan tersebut. Makin menambahkan serabut aku ada lah. Haishh.
Tringgg!! Tringgg!!
Belum sempat skrin fonku dimatikan, nada pemberitahuan pun berbunyi. Menandakan ada mesej yang masuk.
Lantas aku lihat nombor penghantar tersebut. Benar jangkaanku. Nombor yang sama dengan pemanggil tadi.
Unknown
Maaf sebab buat you marah..Unknown
You still tak berubah macam dulu..Dahiku berkerut. Kenapa aku rasa macam kenal jer mesej teks macam ni?
Kerana rasa ingin tahu, aku cuba bertanya.
Who's this?
Ringkas sahaja balasanku.
Send.
Tringg!!
Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya satu lagi mesej teks masuk daripada nombor yang sama.
Unknown
Love you...💗Kerutan di dahiku bertambah. Apa yang dia merepek ni? Dia siapa? Kenapa dengan mesej ni?
Dan kenapa aku ni bengap sangat sampai susah nak faham semua ni?
Aku yang bengap ke dia?
Ok stop.
~~***~~
Semenjak dari peristiwa itu, nombor yang tidak aku kenali itu kerap kali memanggilku. Tetapi tidak pula bersuara. Seperti biasa.
Terdetik juga di hati aku untuk sekat sahaja nombor tersebut. Tetapi entah kenapa aku rasa macam ada sesuatu tentang nombor misteri tersebut. Tetapi kenapa? Aku pun tak kenal siapa dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Move On + KTH
Fanfiction"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana