2 tahun kemudian...
"Min Hyeon! Min Hayeon! Jangan main dekat air! Bahaya!!" laung Hanbyul sambil bercekak pinggang.
Hanbyul bertambah risau apabila dua orang anak perempuannya itu langsung tidak menghiraukan katanya. Hayeon yang masih berusia 2 tahun itu hanya mengikuti kakaknya sambil tertawa riang.
"Min Yoongi!! Tengoklah anak-anak awak tu. Degil"
Yoongi yang sedang minum air di atas tikar berkelah itu tercekik apabila ditengking secara mengejut oleh si isteri. "Macam awak laa"
Hanbyul tergamam sambil memandang si suami dengan riak wajah tidak percaya. Lantas bahu Yoongi ditamparnya berkali-kali. Yoongi mengaduh kesakitan.
"Ouch! Sakitlah sayang"
"Padan muka!"
"Alaaa Jimin dengan Joshua kan ada. Pandai lah diorang jaga budak-budak tu"
Sekali lagi bahu Yoongi ditampar. "Kalau tak nak jaga, tak payah lah buat!!"
Yoongi berdecit nakal. "Sejak bila awak jadi nakal ni?"
Pipi Hanbyul membahang apabila diusik oleh Yoongi. Dia menoleh ke arah lain, membelakangi Yoongi. "Diamlah"
Yoongi tertawa melihat telatah si isteri. Dia suka mengusik hanbyul. Tubuh genit Hanbyul didakapnya dari belakang dan dagunya diletakkan di atas bahu Hanbyul. Bahu Hanbyul yang sedikit terdedah itu diciumnya lembut.
"Awak nak tahu sesuatu tak?" kata Yoongi bernada lembut.
"Apa?"
"Hayeon dah genap dua tahun"
"Jadi?"
"Kita masih belum ada anak lelaki. Alang-alang kita sedang bercuti ni, apa kata kalau kita..." bisik Yoongi di telinga Hanbyul. Sengaja membiarkan ayatnya tergantung. Leher jinjang Hanbyul diciumnya nakal.
"J-Jangan nak mimpi!!" bentak Hanbyul. Pantas dia melepaskan diri daripada pelukan si suami dan terus berlari meninggalkannya ke arah pesisir pantai. Dia cuba untuk tidak menoleh. Tidak mahu Yoongi melihat pipinya yang sudah kemerahan itu. Yoongi berdecit nakal sebelum mengejar si isteri. Lalu bermula lah situasi kejar-mengejar di antara mereka.
Hyera yang melihat gelagat pasangan suami isteri bersama anak-anaknya dari dalam khemah itu asyik tersenyum dan tertawa. Suka dia melihat keluarga kecil yang cukup bahagia itu.
Sedang asyik dia menikmati pemandangan disertai dengan kenakalan Yoongi sekeluarga, terasa pipinya dicium lembut oleh seseorang. Membuatkan dia menoleh.
"Hai, sayang" kata Taehyung seraya tersenyum lembut.
"Hai, Tae"
Pinggang rampingnya dirangkul oleh Taehyung lalu didakapnya erat dari belakang.
"Saya cemburu dengan mereka, Tae. Mereka kelihatan bahagia sekali walaupun mereka hanyalah sebuah keluarga yang kecil" kata Hyera. Taehyung mengerling sekilas ke arah keluarga yang dimaksudkan oleh Hyera itu. Senyuman sumbing mula terukir di bibirnya.
"Hari dah nak gelap, kan?" soal Taehyung tiba-tiba.
"Kenapa tiba-tiba?"
"Just thinking. How about we...check in hotel?"
Hyera tercekik di dalam hati.
"K-Kenapa nak buat macam tu? Kita dah ada chalet kan?"
"Unless you feel comfortable enough to let them hear you scream and moan my name again in bed"
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Move On + KTH
Fiksi Penggemar"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana
![[C] Move On + KTH](https://img.wattpad.com/cover/114300281-64-k256015.jpg)