2 bulan kemudian...
[ Hyera POV ]
"Dengan kuasa yang diberikan kepada saya. Saya isytiharkan kamu...pasangan suami dan isteri. You may kiss your bride now"
Melihat Yoongi oppa dan Hanbyul unnie selamat diijabkabulkan membuatkan aku berasa sebak. Menyaksikan dua insan itu berciuman di altar dengan penuh rasa cinta membuatkan aku terfikir.
Akhirnya, tanggungjawab dia sebagai penjaga aku sudah berakhir. Aku alihkan pandanganku ke arah perut Hanbyul unnie yang sedikit berbonjol itu. Aku tersenyum. Yoongi oppa dah dapat tanggungjawab yang lebih berat sekarang. Menjaga isteri, dan bakal anak mereka. Aku...aku gembira tengok dia bahagia.
"Kau nangis?" Suara Taehyung yang menyapa pendengaranku membuatkan aku tersedar dari lamunan. Aku sentuh tubir mataku. Berair. Oh sial. Aku dah janji dengan oppa yang aku takkan nangis masa hari perkahwinan dia. Haish.
"Eh mana ada. Habuk ni hah masuk mata" bohongku. Taknak pulak nanti si Taehyung ni mengadu kat Yoongi oppa yang aku menangis. Tak ke oppa lagi sedih nanti.
Taehyung berdecit. "Ha tipu. Tipu. Aku cium kang baru tahu" ugut Taehyung dengan nada geram. Aku balas dengan jeliran lidah. Ada aku kisah?! Alien durjana!!
"Yah, sudah-sudah lah gaduh. Aku tumbuk kang. Yoongi hyung panggil tu. Jom" sampuk Jungkook yang muncul entah daripada mana. Menghentikan pergaduhan kecil antara aku dengan Taehyung tadi.
~~***~~
Yoongi oppa yang kemas berpakaian Tuxedo hitam berjalur putih pada bahagian kolar dan rambut blondenya yang didandan ke atas menyerlahkan lagi ketampanannya. Aku tersenyum seketika. Abang aku hensem^^
"Rara sayang? Meh sini"
Aku akur akan arahan Yoongi oppa. Wajahnya yang putih pucat itu masih tidak lekang dengan gummy smile dia tu. Aku pun ada senyuman yang macam tu jugak. Tapi kulit aku putih kemerah-merahan bukan seperti kulitnya.
"Kenapa mata bengkak ni? Nangis eh" Aku tundukkan kepalaku apabila terkantoi dengan oppa. Sah-sah dia akan tahu yang aku nangis.
"Memang dia nang--Auchh!!" Secara automatik, aku tendang betis Taehyung dengan kasut tumit tinggi aku ni apabila aku dapat rasa yang mulut tempayan dia ni tak membantu langsung. Selalu bawa sial.
"Haaa kantoiii" celah Jungkook juga tidak menyebelahi aku. Anda tidak berguna Jeon-shibei-Kook. Hampir sahaja aku keluarkan middle finger kat depan Jungkook. Tapi aku tahan. Taknak pengantin baru ni pulak yang bagi ceramah motivasi kat aku.
"Oleh sebab Ra dah mungkir janji, Ra kena denda"
Ah sudah. Main denda-denda lah pulak pengantin baru ni.
Aku mengeluh perlahan. "Yelah. Apa dendanya?"
Yoongi tersenyum kemenangan. "Oppa nak Ra carikan satu tempat honeymoon yang paling best untuk oppa dan isteri. Amacam?"
"Yelah, nanti Ra carikan. By the way, mana Hanbyul unnie? Tak nampak pun?" ujarku sambil mataku meliar mencari kelibat kakak iparku itu. Namun tiada di mana-mana tempat.
"Dia pergi tandas lagi" jelas Yoongi oppa ringkas.
"Morning sickness lagi?" tekaku dan dibalas dengan anggukan. Sudah menjadi kebiasaan kepada para wanita yang di awal kehamilan mengalami situasi sebegini. Tetapi mujurlah morning sickness yang dihidapi Hanbyul unnie beransur baik berbanding bulan lepas.
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Фанфик"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana