"Macam mana keadaan Hyera, Jimin?"
Jimin mengeluh berat. Wajah Yoongi yang kelihatan gelisah itu ditatapnya serba salah. "Doktor cakap, tulang bahu kanan dia retak akibat dipukul oleh sesuatu yang keras. Dan ada cedera ringan di bahagian dahinya akibat terjatuh. Dan dia dapat 6 jahitan dekat luka tersebut. Overall semuanya baik" jelas Jimin.
Yoongi, Haneul dan Joshua dapat menghela nafas lega mendengarkan khabar tersebut.
"Hyera masih di bawah pengaruh ubat pelali hasil pembedahan kecil tadi. Jadi dia akan sedar dalam masa yang terdekat" sambung Jimin lagi.
"Jungkook mana?" tanya Joshua.
"Ada dekat dalam"
"Dia okey ke?" soal Haneul pula. Jimin hanya mampu melepaskan keluhan panjang tatkala memikirkan keadaan sahabat karibnya itu. Bibirnya diketap. Cuba menahan hiba yang membelenggunya.
"Aku harap dia baik-baik sahaja" jawapan ringkas daripada Jimin membuatkan mereka keliru.
"Apa maksud Jimin 'harap' dia baik-baik sahaja?"
"Haah Jimin. Apa maksud kau?"
Persoalan daripada Joshua dan Haneul dibiarkan tergantung. Kepalanya ditundukkan. Membiarkan matanya yang berkaca itu memandang lantai marmar tersebut. Kalau diikutkan kata hatinya, mahu sahaja dia menghentakkan kepalanya ke lantai keras itu. Beban yang terasa di benak hatinya membuatkan rasa bersalah itu semakin membuak-buak.
Air mata kelelakiannya yang ditahan dari tadi akhirnya jatuh juga membasahi pipinya yang putih mulus itu. Bibirnya diketap rapat untuk mengelakkan sedu akibat tangisannya itu didengari oleh mereka. Tidak henti dia menyalahkan diri sendiri akibat cuai dalam menjaga keselamatan gadis tersebut. Jikalau dia lebih berhati-hati, sudah tentu Hyera tidak akan berada di sini. Dan Jungkook pula tidak akan berkelakuan sebegitu.
Sentuhan lembut tetapi kemas hinggap kedua-dua belah bahunya. Membuatkan dia mendongak. Terpaparlah wajah sayu Yoongi. Senyuman hambar cuba diukirkan di bibirnya.
"Mereka berdua kuat, Jimin. Jangan risau. Hyung yakin dengan mereka"
~~***~~
"Nah, upah you. You did a very good job today"
Gadis yang berpakaian serba hitam itu mencapai sampul surat berisi wang tunai itu lalu dibukanya. Bibirnya mengukir senyum seketika sebelum senyuman tersebut mati. Dia kembali memandang wajah majikannya itu dengan riak wajah sayu.
"Cik Sana?" panggilnya. Membuatkan Sana menoleh. Keningnya terjungkit. Menunggu bicara gadis itu.
"Maaf, tapi boleh tak saya nak minta upah lebih sikit? Untuk hari ni saja. Saya janji saya takkan minta lagi. Abang saya kalah dalam judi. Dan dia dibelasah teruk. Saya perlukan duit untuk membiayai rawatan dia di hospital" jelasnya. Tekaknya mula berasa kering. Akibat menanggung malu dan takut.
Sana tersengih sinis sebelum melepaskan tawanya. "Kalau dah nama sampah masyarakat, you hantar lah ke hospital mana pun balik-balik akan buat kerja terkutuk dia tu. Dah la miskin, tak reti bersyukur. You pulak bodoh. Dia layan you pun macam sampah, you masih lagi nak tanggung dia" sindir Sana.
Si dia hanya mampu mendiamkan diri. Bukannya dia tidak dapat membidas kata-kata majikannya itu kembali. Namun hakikatnya, apa yang diperkatakan oleh Sana tadi benar belaka. Kedua-dua penumbuknya digenggam kemas. Sebelum dirinya jatuh melutut dengan relanya. Kepalanya ditundukkan memandang lantai. Tidak berani memandang Sana yang lebih mulia berbandingnya itu.
"Tolong lah, Cik Sana. Saya merayu. Kali ni sahaja. Saya mengaku, apa yang Cik Sana katakan tentang abang saya itu betul belaka. Tetapi, saya hanya dia. Tanpa dia, saya bukan sesiapa. Dan saya tak mahu kehilangan dia" rayunya. Air mata kekesalannya yang ditahan itu akhirnya melimpahi tubir matanya yang berkaca itu. Bibirnya diketap rapat menahan sebak di dada.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Move On + KTH
ספרות חובבים"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana
![[C] Move On + KTH](https://img.wattpad.com/cover/114300281-64-k256015.jpg)