[ Taehyung POV ]
Suara Jungkook yang bergema dari arah dapur menyapa pendengaranku. Sepertinya dia sedang bercakap dengan seseorang. Rasa ingin tahu membuatkan aku yang sedang asyik mentelaah buku sejarah terhenti. Aku mengatur langkah ke dapur mencari kelibatnya.
"Betul ni awak izinkan? Terima kasih banyak-banyak. Ya, kita jumpa kat sana. Tempat biasa. Ok bye" kata Jungkook masih berbicara melalui fonnya. Aku berasa ingin tahu dengan siapa dia tengah berbual.
Dalam kesempatan ini, aku membuat keputusan untuk terus menanyakan hal ini kepadanya. "Siapa tu--"
"Ahh shit you fuvking bitch!!" carut Jungkook terkejut. Sial betul budak ni. Nampak jer naif tapi budak ni lagi parah daripada aku.
"Tak perlulah mencarut! Aku tanya kau, siapa yang kau call tadi" kataku dengan nada keras tanda geram. Namun nada suaraku masih ditahan.
Jungkook gosok perlahan dada bidangnya dan betulkan cermin matanya yang sudah jatuh ke bawah hidung itu. "Dah kau yang datang tiba-tiba! Macam mana aku tak terkejut! Haish. Aku call Hyera tadi"
Mataku mula membulat tatkala nama Hyera menyapa pendengaranku. Aku pun tak tahu kenapa tetapi semenjak akhir-akhir ini, segala perkara yang melibatkan Hyera membuatkan aku berminat dan tertarik. Aku sudah gila. Memang aku sudah gila.
"Tengok tu. Aku baru sebut nama Hyera dah tersengih-sengih macam alien busuk" Wuish, menyengat betul ayat biskut ni. Eh jap. Aku...senyum. Sumpah aku sendiri pun tak sedar. Gila!
"K-kau nak ke mana? Dengan beg sekolah bagai? Hyera ada sekali?" soalku bertubi-tubi. Curiga.
"Library lah. Takkan nightclub kot. Haah, Hyera ada sekali. Kenapa? Nak ikut?" ujarnya selamba sambil mengisikan beberapa paket biskut Peppero ke dalam beg galasnya. Dah lah ada gambar EXO. Maju budak ni weyh!!
Aku gosok leherku ragu-ragu. "Umm...kalau boleh nak--"
"Aku dah agak dah kau mesti nak ikut punya. Tapi satu jer nak pesan. Lebih baik kau bawak duit lebih sikit. Yelah sebab kau bukan ahli kelab library tu jadi layanan dia lain sikit. Kalau aku dengan Hyera lainlah. Kitorang dah dikategorikan dalam grup VIP tau"
Penjelasan yang baru sahaja keluar dari mulut Jungkook membuatkan dahiku berkerut. Aik? Sejak bila Jungkook minat pergi library ni? Setahu aku dia cuma budak antisosial yang cuma tahu terperuk dalam bilik sambil tonton filem porno.
"Sejak bila kau minat ke library ni? Dengan Hyera pulak tu?" soalku hairan sambil tanganku juga ralit mengemaskan beberapa buah buku yang agak berselerak di atas meja sebelum dimasukkan ke dalam beg.
Jungkook berdecit. "Tulah kau. Dulu masa aku dengan Hyera ajak kau pergi study kat library dulu kau tak nak join. Alasannya, kau lebih selesa study dengan Sana kesayangan kau tu berbanding KAWAN BAIK kau sendiri" jelas Jungkook panjang lebar. Sengaja ditekankan perkataan 'kawan baik' itu ingin menyentapkan aku.
Aku terdiam. Serta-merta tindakanku tadi terhenti begitu sahaja. Memikirkan sahaja kenangan lalu, membuatkan aku rasa...sakit. Pada masa yang sama, aku rasa bersalah terhadap kawan-kawan aku. Aku tahu yang aku lebih pentingkan perempuan kesayangan aku sehingga mengabaikan kawan sendiri. Aku bagaikan kacang melupakan kulit. Lupa asal-usul aku. Tempat aku bergantung. Tempat aku mendapat sokongan. Aku bodoh. Bodoh sangat.
"Kenapa diam? Sentap?"
Aku mengukirkan senyum kelat. Kepalaku masih tidak berhenti dari menunduk memandang lantai. "Padan muka aku kan, Kookie?" ujarku perlahan dengan nada sayu.
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fanfiction"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana