[ Taehyung POV ]"Yah! Taehyung-ahh. Palliwa!!"
"Yelah! Aku datang lah ni. Kau boleh sabar tak"
"Kalau lambat, kau pondan"
"Yahh!!!"
Aku melangkah malas ke arah Hyera yang sedang asyik bermain di gigi air. Kini. Geram betul dengan budak ni. Boleh pulak dia panggil aku pondan. Aku dan dia kini berada di jeti di mana ibu menyelam. Dah menjadi kebiasaan bagi wanita pertengahan umur pergi menyelam di jeti ni untuk mencari rezeki. Tapi yang aku pelik, ibu ni taklah miskin sangat sampai nak kena menyelam untuk cari duit.
"Hyera!! Ni ibu dapat abalone lagi. Nah, letak dalam bekas" laung ibu yang baru sahaja timbul di permukaan air. Hyera bersorak gembira lalu menerpa ke arah ibu.
"Taehyung, tengok ni. Besar kan?" Hyera menghulurkan salah satu abalone yang baru ditangkap oleh ibu kepada aku. Aku senyum nipis.
"Uhm, macam otak kau jer" sindirku. Hyera pulak mencebik tanpa bersuara. Diam pun. Tadi bukan main lagi bising.
"Ibu menyelam sorang-sorang jer ke? Jimin tak tolong?" soal Hyera kepada ibu. Ye tak ye jugak kan. Dari tadi aku tak nampak batang hidung si Jimeng tu. Mana dia erk?
"Waktu-waktu macam ni, Jimin selalu pergi kelas tuisyen. Lepas habis kelas, dia terus pergi kerja kat Scent Cafe kat pekan. Petang nanti dia baliklah" jelas ibu panjang lebar sambil mengasingkan isi abalone dengan cengkerangnya menggunakan pisau.
"Owh, patutlah dia tak duduk sekali dengan ibu"
"Ye sayang" Hyera tersenyum. Aku pulak duduk tercongok kat sini macam tunggul. Apa motif budak ni bawak aku kat sini sebenarnya? Nak holiday ke tolong aku?
"Taehyung nak cuba menyelam tak?" soalan ibu memecahkan lamunanku. What? Menyelam?
Aku teragak-agak nak jawab. Tapi Hyera dengan suka hati ikan kering dia jer jawab dulu.
"Eh, tak boleh ibu. Si Taehyung ni tak pandai berenang. Nanti tak pasal-pasal masuk akhbar. 'Alien sesat lemas dalam laut'." kata Hyera selamba seraya menjelir lidah ke arahku. Aku pulak pandang dia dengan pandangan kau-nak-mati-ke-sial?
"Eh, ma-mana ad--"
"Ok lah, ibu. Kitorang pergi dulu. Ada benda yang Hyera kena uruskan. Nak tolong si Taehyung ni daripada terkena penyakit kemurungan" pintas Hyera memotong kata-kata ku tadi. Aku tak dengar sangat ayat last dia sebab di berbisik dengan ibu. Tapi aku rasa macam dia sebut nama aku.
Ibu angguk sambil mengukirkan senyuman."Ha yelah. Tengah hari nanti balik tau. Ibu nak masak makanan tengah hari untuk korang"
"Nae^^"
~~ *** ~~
[ Taehyung POV ]
"Kau nak bawak aku pergi mana?" soalku ingin tahu. Aku dari tadi hanya mengekorinya dari belakang. Aku tanya banyak kali nak pergi mana, dia taknak bagitahu.
"Ikut jer lah"
See? Kan aku dah kata. Bukannya budak ni nak cakap pun. Aku pun ikut jer lah budak ni. Sampailah di sebuah pantai kecil, dia terus berhenti.
"Dah sampai" katanya dengan nada ceria. Senyumannya dilemparkan ke arah aku. Aku pulak hanya pandang dia dengan pandangan hairan.
Aku tengok suasana sekeliling. Tempat ni macam pantai kecil jer. Kat belakang, semuanya hutan. Sunyi. Takde langsung orang lalu-lalang kat sini. And aku nampak banyak batu-batu besar dan ada bot terbiar dekat dengan gigi air. Nampak macam terbiar, sebab banyak teritip dan lumut melekat kat bawah bot tu.
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fanfiction"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana