[ Hyera POV ]
Aku terkedu perempuan yang pernah aku cintai sedang berdiri betul-betul di hadapanku. Berdiri sambil menatap aku dan Hyera silih berganti. Adakah ini mimpi?
"Apa semua ni, Tae?" soalnya yang nasih kelihatan terkejut. Lidahku kelu. Entah kenapa aku tidak dapat mengeluarkan kata-kata dari mulutku.
"Sa-Sana..."
"Eh, korang memang dah kenal ke?" Soalan Jimin langsung dihiraukan. Dan pada waktu itu, aku perasan sesuatu.
Sana dan Jimin. Mereka...berpegangan tangan.
Menyedari aku yang sedang memandang mereka dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan, mereka segera melepaskan pegangan tangan mereka.
Apa semua ni?
"Jimin, kau kenal dia?" soal Hyera yang juga terpinga-pinga sepertimana aku.
Jimin tersenyum lalu mengambil langkah berani dengan memeluk pinggang Sana.
Di depan mata kami.
"Perkenalkan. My lovely girlfriend"
Kata-kata yang meluncur laju dari mulut Jimin serta-merta membuatkan hati aku hancur berkecai.
Aku pandang Sana kembali. Sana aku lihat sudah tertunduk. Jadi, betullah apa sangkaanku.
Dia tinggalkan aku sebab dah ada orang lain.
Dan orang itu ialah kawan baik aku sendiri.
Sampai hati kau, Sana.
Terasa tanganku digenggam erat oleh seseorang. "Tae.." sayup suara Hyera bergema di sisi aku. Aku langsung tidak memandangnya. Badanku terasa kaku.
Mataku masih belum dialihkan dari mereka berdua. Sungguh aku tidak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang. Makin bertambah sakit hati aku apabila Jimin dengan beraninya membelai lembut rambut Sana.
Shit.
Aku genggam tanganku kuat. Sedaya upaya aku cuba untuk menahan amarahku daripada meletus. Namun, tanpa aku sedar tindakan drastik membuatkan aku terus meluru ke arah mereka berdua dan...
Bukkk!
[ Jimin POV ]
Mataku terbuntang apabila pipi kananku menjadi sasaran tumbukan Taehyung. Aku terkedu dengan tindakan drastiknya yang langsung tidak dijangka oleh aku.
Pipi kananku yang terasa pedih aku pegang. Lalu aku memandang Taehyung. Anak mata kami saling bertikaman. Dan pada masa itu lah aku perasaan akan api kemarahan yang membara dari anak mata Taehyung.
"Kau pukul aku?" soalku. Namun hanya jelingan maut yang aku terima darinya.
Aku pandang Sana yang kelihatan sedang ketakutan di sebelahku. Mungkin disebab aksi liar Taehyung sebentar tadi.
Tanpa aku sedari, aku ditumbuk lagi. Kali ini, pipi kiriku pula yang menjadi mangsa. Sangkaanku bahawa Taehyung akan berhenti memukulku meleset apabila dia berterusan menumbukku. Menyebabkan aku jatuh ke lantai.
Dengan amarah yang tidak tertahan lagi, aku mula melepaskan tumbukanku ke mukanya menyebabkan dia terjatuh ke atas lantai. Aku bangun lalu menindihnya. Kemudian, bertalu-talu tumbukan aku lepaskan.
Tanpa rasa bersalah, aku bersuara. "Lawanlah balik, bodoh. Kau yang nak sangat kan. Lawanlah, lembik"
Aku minta maaf Taehyung. Tapi kau yang mulakan dulu. Kau yang naikkan amarah aku. Ini yang kau nak kan. Jadi terimalah.
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fanfic"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana