44 ; Recharge

60 6 0
                                        

"Awak dah sedar?" soal Jungkook prihatin. Tempat duduk bersebelahan katil pesakit yang Hyera duduki itu menjadi persinggahannya.

Tiada balasan daripada Hyera. Membuatkan Jungkook bertambah risau. Hyera baru sahaja sedar beberapa jam yang lalu. Tetapi tindak balas yang diberikan oleh gadis itu bukan seperti yang mereka harapkan.  Sebaik sahaja dia tersedar, dia hanya membisu. Merenung ke luar tingkap dari katilnya sepanjang hari. Langsung tidak berkomunikasi dengan sesiapa mahupun doktor dan jururawat yang merawatnya.

Mereka berpendapat bahawa Hyera masih dalam keadaan yang lemah. Tetapi hanya Jungkook sahaja yang tahu, apa yang sedang bermain di fikiran gadis itu.

"Sayang. Yoongi hyung beritahu saya yang awak langsung tak sentuh makanan awak" Lembut Jungkook bersuara. Rambut Hyera yang tersikat rapi oleh Hanbyul itu diselak ke belakang telinga. Membolehkan dia menatap keseluruhan wajah kosong Hyera.

Masih tiada respon daripada Hyera.

"Awak nak saya suapkan ke?"

Jungkook mengeluh. Sedikit kecewa dengan respon gadis itu yang masih sama.

Dia cuba mencapai tangan Hyera untuk digenggamnya erat. Namun Hyera seperti tahu akan niatnya, terus menjauhkan tangannya dari dicapai oleh Jungkook. Jungkook memandang wajah kosong Hyera penuh simpati sebelum mengeluh lagi.

Ada sebab kenapa gadis ini membisu sebegini. Dia mahukan penjelasan. Dari mereka semua. Jelas yang dia betul-betul kecewa dengan apa yang berlaku. Hyera tahu yang tiada siapa yang akan menjelaskan hal itu oleh kerana keadaannya yang masih lemah. Oleh sebab itu, dia membuat keputusan untuk berdiam diri. Sambil menunggu jawapan untuk persoalan-persoalan yang bermain di fikirannya.

"Saya minta maaf" kata Jungkook. Hyera tidak membalas.

"Saya minta maaf sebab tak jujur dengan awak. Ya, memang betul yang kami semua tahu tentang perkara ini kecuali awak. Bukan niat kami untuk merahsiakannya. Tetapi ini adalah untuk keselamatan awak. Untuk kebaikan awak. Taehyung sudah jelaskan segalanya kepada kami sehari sebelum perkahwinan Taehyung dan Sana. Dan ini juga adalah permintaan Taehyung sendiri, untuk tidak memberitahunya kepada awak. Pada mulanya, Taehyung fikir yang dia mampu uruskan hal ini sendirian. Tetapi segalanya terbongkar semasa hari terakhir di mana Taehyung datang ke rumah Yoongi hyung tempoh hari. Pada hari itu, Joshua menangkap seorang penghendap yang mengekori Taehyung. Dan dia juga perasan yang penghendap itu juga turut bersenjata. Jadi dia syak yang ianya ada kaitan dengan kemalangan yang menimpa awak selama ni"

Air mata sudah mula bertakung di tubir mata Hyera. Entah kenapa setiap butir kata yang dilontarkan oleh Jungkook bagai pengkhianatan dan penipuan di fikirannya. Dia berasa tersakiti. Dikhianati. Dibohongi. Segalanya.

Jungkook perasaan akan perubahan riak wajah Hyera. Tidak lupa juga air matanya yang galak melimpah. Jungkook merenung wajahnya itu simpati sebelum menarik tubuh genit Hyera ke dalam dakapannya.

"Maafkan saya, Hyera. Maafkan--"

Tubuh Jungkook ditolak kasar. Meleraikan pelukan tersebut. Jungkook tergamam. Terkejut dengan respon Hyera kali ini.

"Keluar"

Jungkook kelihatan teragak-agak untuk meninggalkan bilik itu. Dia risau tentang anggapan Hyera terhadapnya. Dia tidak mahu Hyera berfikiran yang bukan-bukan terhadapnya.

Hyera memusingkan posisi tubuhnya membelakangi Jungkook lalu menarik selimut sehingga ke paras bahu. "Saya penat. Tolong keluar"

Jungkook mengeluh hampa. Perlahan dia bangkit dari duduknya sebelum menapak ke pintu. Tombol pintu dipegang namun belum dipulasnya. Ada sesuatu yang perlu diberitahunya kepada gadis itu.

[C] Move On + KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang