Setelah 3 jam berperang main Nintendo dengan Eun, akhirnya Eun tertidur juga di pangkuanku. Rambut hadapannya yang sedikit basah akibat peluh itu aku selak ke belakang. Takut Eun rasa panas pulak. Nasib baik minggu ni dia cuti. Bolehlah luangkan masa dengan aku lama sikit.
Aku toleh ke arah meja kopi. Habis berselerak segala permainan video. Mario lah, One Piece lah, Dragonball, Mobile Legend lah. Macam-macamlah budak Eun ni. Penat betul nak melayan.
"Jungkook-ahh!" panggilku setelah mendapati susuk tubuhnya tidak kelihatan terbaring di atas lantai yang sudah dibentangkan toto itu.
Ya, kami bertiga tidur kat luar malam ni. Yeah aku mengaku aku penyebabnya. Tapi ada aku kisah?
Mendapati kelibat Jungkook tiada di sekitar begitu juga dengan dapur, aku membuat keputusan untuk menjenguk Hyera seketika. Lagipun itu memang niat sebenar aku untuk bermalam di sini. Aku bukan seperti yang difikirkan. Aku cuma mahu rapat dengan dia semua. Tch! Walaupun aku tahu yang itu takkan terjadi.
Sempat lagi aku mengemaskan segala DVD dan permainan video yang bersepah. Kalau Jungkook nampak, mesti angin satu badan budak tu.
Eun yang sudah terlena lebih awal di atas sofa aku angkat perlahan ke atas toto diantara tempat tidur aku dan Jungkook. Tubuh kecil itu aku selimuti dengan selimut. Kepalanya ku usap lembut sebelum aku meneruskan niatku.
Setibanya di bilik yang menempatkan Hyera, dahiku terus berkerut seribu apabila mendapati susuk tubuh gadis itu tiada di atas katil. Kepala yang tidak gatal aku garu.
Dia dah sedar ke?
~~***~~
"Taehyung dengan anak kau dah tidur?"
Jungkook menggeleng. "Belum lagi. Sibuk main game jer dari tadi. Kau takyah risau lah. Diorang kalau main, bukan ingat dunia pun"
Hyera tersenyum walaupun raut wajahnya masih tidak bermaya. Pandangannya kembali dilemparkan ke langit malam yang menghiasi ruang balkoni itu. Sungguh cantik sekali bintang-bintang yang bertaburan di langit pada malam itu.
"Kau nak aku buatkan air? Maybe hot chocolate? Aku takut kau rasa sejuk pulak nanti" ujar Jungkook prihatin. Hyera sekadar membalasnya dengan gelengan tanpa mengalihkan pandangannya daripada langit malam yang indah itu. Jungkook hanya akur.
"Comel anak kau. Aku tertanya-tanya macam mana rupa mak dia" kata Hyera cuba berbasa-basi.
Jungkook berdecit. "Tengoklah anak siapa. Hehe" ringkas Jungkook menjawab. Malas hendak membuka cerita. Baginya, urusan keluarganya tidak sepenting apa yang gadis itu sedang lalui.
"Sampai bila kau nak sorok semua ni, Hyera?"
Soalan yang dilemparkan oleh Jungkook itu serta-merta membuatkan senyuman di bibir Hyera mati. Namun tidak pula dia ingin menjawab.
"Hyera, sampai bila kau nak biar diorang buat macam ni kat kau? Kau tak kesiankan diri kau sendiri ke? Kau tak kesiankan Yoongi hyung? Kau tak kesiankan Tae? Kau tak kesiankan aku?" soal Jungkook panjang lebar apabila soalannya tadi hanya dibiarkan tergantung oleh Hyera.
Hyera mengeluh berat. Senyuman hambar diukirkan perlahan di bibir pucatnya.
"Biarkan, Jungkook. Biar je apa diorang nak buat kat aku. Aku tak kisah. Biar diorang tindas aku habis-habisan..."
Pandangannya beralih ke arah wajah Jungkook. Mata bundar milik Jungkook ditatapnya dengan mata berair miliknya.
"...asalkan diorang tak ganggu hidup Tae" sambungnya lagi.
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fanfic"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana