12 ; Sorry

108 10 0
                                        

[ Hyera POV ]

Aku memandang warung-warung yang menjual pelbagai makanan Jeju. Semuanya enak-enak belaka. Aku kini sedang berjalan-jalan di sekitar pasar malam di pekan pulau Jeju ni. Ini pun atas ajakan ibu. Tapi, kalau dia tak ajak pun aku tetap nak ikut. Siapa tak kenal aku. Pelahap no. 1 Korea. Muahahaha.

Lampu-lampu dan tanglung-tanglung mini yang berwarna-warni menghiasi setiap warung. Menambahkan lagi keindahan suasana malam pulau Jeju. Ini lah antara sebab aku sukakan pulau Jeju.

Sedang aku melilau di sekitar, kakiku tiba-tiba terhenti di sebuah warung yang menjual dolsot bibimbap. Kalau readers yang tak tahu, dolsot bibimbap ni sebenarnya nasi campur dalam periuk batu. Naengmyeon pun ada dijual di sini. Haish, apalah yang pekan ni tak ada.

"Mulut kau berair" bisikan suara garau di telingaku membuatkan aku terkejut. Lupa pulak, kitorang datang bertiga.

Aku segera mengelap mulutku dengan lengan baju. Malu weyh kalau penjual tu nampak.

Tiba-tiba, Taehyung berdecit. Membuatkan aku memandangnya hairan. "Kau kenapa?"

"Senang betul kau kena tipu kan?"

Aku gigit bibir bawahku geram. Kim Taehyung tak guna. Kau sengaja kan nak malukan aku?!

"Tak payah buat muka ketat macam tu. Kau nampak buruk" usiknya lagi. Aku dia cuma bergurau. Tapi aku rasa geram sangat masa ni. Kalau boleh, aku nak sembam muka hensem dia yang tak berapa nak hensem ni dalam kuali jeon tu.

Aku hela nafas dalam. Sabar je lah Hyera. Terus aku menyambung langkahku meninggalkan Taehyung di belakang. Laju.

"Yah! Jangan laju sangat!" jeritannya langsung aku abaikan. Lebih baik aku jalan sorang-sorang. Kalau dengan Taehyung boleh gila sebab stress aku.

Lepas Taehyung mula hilang dalam kesesakan orang ramai, bermula lah penjelajahan makananku dari gerai ke gerai. Bolehlah berjalan-jalan dengan aman sikit.

Ibu pulak aku lihat sedang membeli beberapa makanan laut di gerai berhampiran. Ehehe, aku tak nak join. Geli aku tengok benda yang macam gastropod tu. Tapi sedap kalau dah dimasak.

"Ahhh!!" Aku terjerit kecil apabila bahuku dilanggar oleh seseorang. Perempuan jugak tapi badan dia lebih besar daripada aku. Tak guna. Mata tu letak kat lutut ke apa sampai tak nampak aku.

Memang kalau nak dibandingkan gadis Seoul seperti aku dengan perempuan-perempuan Jeju kat sini, mereka jauh lebih besar dari aku. Baka zirafah ke apa diorang ni.

"Ahh!!" Kali ini, tubuhku tertolak sedikit ke belakang akibat terlanggar seseorang. Eh silap, dilanggar. Aku pandang dia sekilas.

"Mian" ujarnya sepatah. Nasib baik minta maaf.

Sesudah aku membeli semangkuk tteokbokki, aku terus berjalan untuk mendapatkan ibu yang sudah berada di warung buah-buahan selang beberapa warung dari warung tteokbokki ni.

Tiba-tiba...

"Ahhh!!!" Tteokbokki yang aku pegang tadi tertumpah ke atas bajuku. Shit. Dah lah ni baju kegemaran aku.

"Ahh mianhe, saya tak perasan awak tadi" ujar orang yang melanggar aku tadi. Aku rasa dia lelaki sebab suara dia memang macam lelaki. Aku malas nak tengok muka dia. Bukan benci, tapi baju aku lebih penting buat masa ni.

"Dah comot Kumamon" gumamku perlahan sambil menarik sedikit baju itu menjauhi perutku. Panas weyh. Dah lah aku pakai sehelai ni jer. Terus berdesup masuk rasa panasnya ke perut aku. Hik hikk, dahlah baju ni hadiah daripada oppa. Wuuu, dah kotor.

[C] Move On + KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang