36; Thank You

76 6 0
                                        

[ Author POV ]

Angin sejuk penghawa dingin menyapa lembut kulit mulus Hyera yang sedikit. Namun masih tidak dapat menghilangkan peluh sejuk yang melapisi kulitnya itu.

Rambutnya yang disanggul rapi tadi kini mula dibiarkan serabai. Bahunya agak terdedah akibat daripada kesan koyak yang bahagian bahu bajunya itu.

Kesunyian bilik hotel diiringi dengan lampu kekuningan malap itu sahaja lah yang menemani Hyera. Bucu katil empuk bersaiz King itu menjadi tempat duduknya.

Klekk!

Bunyi pintu ditutup menyapa gegendang telinga Hyera. Namun tidak pula dia terfikir untuk mendongak memandang susuk tubuh yang sedang melangkah mendekatinya itu.

Bau aroma kelalakiannya semakin menusuk hidung. Menandakan yang susuk tubuh itu sudah berdiri di sebelahnya. Segulung kain putih dihulurkan kepada Hyera. Namun tidak pula disambutnya.

"Pergi mandi dan tukar baju. Aku bagi kau pinjam baju aku ni dulu" ujarnya dingin.

Hyera mendongak memandangnya. Dapat dia lihat mata bundar milik gadis itu yang membengkak lebih daripada biasa, dihiasi pula dengan manik-manik air mata yang masih galak bercucuran dari empangan mata gadis itu. Hidung dan pipinya juga turut memerah akibat menangis.

Entah kenapa wajahnya terasa membahang tatkala menatap wajah sayu gadis itu walaupun untuk seketika. Tetapi pada masa yang sama, turut timbul rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa gadis itu.

Tanpa bersuara, hulurannya disambut perlahan oleh Hyera. Lantas dia bangun dari duduknya menuju ke tandas.

Tombol pintu bilik air dicapai Hyera. Belum sempat dia memulas tombol tersebut, terdetik sesuatu di benak hatinya. Lantas dia menoleh ke arah susuk tubuh lelaki tersebut. Kelihatan dia sedang asyik meneliti isi kandungan fonnya sambil duduk di birai katil.

Hyera menelan liur kelat. Menghilangkan segala keraguan di hati untuk menyatakan apa yang terbuku di hati.

"Terima kasih..." Lancar tutur bicaranya. Membuatkan lelaki itu mengalihkan pandangan ke arahnya. Raut wajahnya yang kebingungan itu jelas dipamerkannya.

Sedaya upaya Hyera mengukir senyum manis di bibirnya walaupun keadaannya sekarang tidak menunjukkan bahawa dia sedang dalam keadaan baik. Sekali lagi Hyera bersuara.

"Terima kasih...Taehyung"

~~***~~

[ Hyera POV ]

Lama aku merenung cermin di sinki sambil membelek-belek sehelai pakaian yang elok tersemat di tubuhku itu.

Susuk tubuhku yang agak langsing membuatkan kemeja putih tersebut kelihatan sedikit besar tetapi masih kelihatan cantik. Butang baju yang sedikit ke bawah atau rendah itu membuatkan lurah dadaku yang tak berapa besar itu sedikit terdedah. Masih lagi aku ingat kata-kata Hoseok tempoh hari bahawa Taehyung semakin liar kebelakangan ini. Tetapi itu bukan masalah bagiku. Aku akan sentiasa berjaga-jaga. Bahagian bawah kemeja juga agak singkat iaitu di tengah peha. Namun ia masih mampu untuk menutup apa yang patut. Itu pun aku sudah bersyukur. Rambutku yang masih basah usai mandi tadi biarkan lepas.

Hatiku bertambah sakit tatkala mataku tertancap akan kesan-kesan lebam akibat cengkaman lelaki tua itu di kedua-dua belah bahuku. Aku ketap bibir. Mataku aku pejam rapat. Aku tekap wajahku dengan tangan tatkala merasakan mataku semakin memanas. Sungguh aku merasa jijik kepada diri sendiri kerana membiarkan diriku disentuh tanpa rela oleh orang yang tidak aku kenali. Ego nya aku kerana tidak mahu meminta tolong daripada orang-orang di sekeliling pada ketika itu. Semata-mata ingin menjaga hubungan persahabatan dua buah syarikat yang juga menjadi hasil titik peluhku selama hampir dua bulan ini.

[C] Move On + KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang