[ Sana POV ]
Segelas soju ditanganku aku telan. Pahit. Tapi pahit lagi peristiwa yang aku baru saksikan sebentar tadi.
Betapa bodohnya aku pada waktu itu. Bertindak secara melulu. Sehinggalah aku menyaksikan sesuatu yang tidak sepatutnya aku lihat.
Taehyung dah Hyera...berciuman.
Di depan mata aku.
Aku tak sangka. Min Hyera, sepupu aku yang aku percaya mengkhianati saudaranya sendiri.
Mengambil kesempatan dalam kesempitan. Semata-mata untuk mendapatkan kepuasan dan keseronokan dalam kesedihan orang lain. Itu lebih keji daripada apa yang aku lakukan.
"Termenung jauh nampak" teguran dari Jimin membuatkan aku tersedar dari lamunanku. Dia tersenyum ke arahku. Aku balas senyumannya.
"Awak okey tak ni? Dari tadi saya tengok awak asyik minum soju jer. Langsung tak sentuh makanan awak. Nanti awak sakit perut macam mana?" jelasnya risau.
Aku mengukir senyum. "It's okay. I ada bawa ubat. Jangan risaulah" ujarku sekadar ingin menyedapkan hatinya.
Suasana menjadi sunyi seketika sebelum Jimin mula bersuara. "Saya nak tanya sikit boleh?"
Sudah aku agak itu yang akan keluar dari mulutnya. Maklumlah, apa yang berlaku tadi di luar pengetahuannya.
"Pasal Taehyung?" tekaku. Jimin mengangguk.
Aku tersenyum hambar. "Takde apa-apa lah. Kisah lama"
"Kalau ye pun, takkan tak nak bagitahu saya langsung. Ceritalah. Kalau macam ni, sampai bila pun saya takkan faham"
Aku mendiamkan kiri. Aku berfikir sejenak. Patutkah aku ceritakan segalanya kepada Jimin?
"Kita kawan kan?" kata Jimin.
Ya, kami hanya kawan. Dan tidak lebih dari itu. Semua yang Taehyung dan Hyera dengar tadi adalah palsu belaka. Bukan niat aku ingin menipu mereka dan orang lain, tetapi aku ada sebab aku sendiri. Ini kerana hanya Jimin sahaja yang dapat membantu aku mencapai cita-cita aku. Aku beruntung dapat mengenali Jimin sebab dia mempunyai beberapa orang kenalan yang bekerja di syarikat-syarikat hiburan besar seperti BIGHIT Entertainment, SM Entertainment, YG Entertainment, PLEDIS Entertainment, JYP Entertainment, YMC Entertainment dan banyak lagi. Dengan peluang untuk aku menjadi seorang penghibur adalah lebih besar.
Dan dengan gosip tentang hubungan palsu antara aku dan Jimin ini, aku dapat mengasingkan diri dari orang lain buat sementara waktu sebelum aku direkrut ke syarikat hiburan. Mereka semua takkan faham. Tetapi ini adalah untuk kebaikan aku.
Hujung rambutku aku pintal. Aku rasa bersalah. "Entahlah you. I malas nak ungkit cerita lama. Boleh tak kalau kita tak cakap pasal benda ni lagi?"
Jimin mengangguk lalu menyambung aktiviti makannya. Aku tahu dia kecewa. Maafkan aku. Tapi aku takut perasaan aku pula yang tidak menentu nanti apabila mengenangkan kisah lama.
Sejujurnya, aku masih mencintai dan merindui Taehyung. Aku tahu aku bodoh sebab lepaskan kau sewaktu kau sudah betul-betul menaruh harapan terhadapku.
Maafkan aku kerana telah hancurkan harapan kau. Tapi ini bukan seperti yang kau sangka. Aku lakukan semua ni demi mengejar cita-cita aku untuk menjadi seorang penyanyi.
Sekali lagi, maafkan aku.
Hyera tak guna. Kau ingat aku akan lepaskan Taehyung macam tu jer dekat kau? In your dream!
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fanfiction"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana