28 ; Change

91 5 0
                                    

Kini, Jimin, Hyera, Joshua berada di wad hospital yang menempatkan Hyera. Tidak lupa juga dengan kakak ipar dan anak buahnya itu. Yoongi? Walaupun berat hatinya ingin meninggalkan adik kesayangannya itu, namun dia terpaksa. Atas urusan kerja. Maklumlah dia kini sudah bergelar chief producer di Big Hit Entertainment. Bukan mudah dia ingin mengabaikan tugasnya. Walaupun dia sibuk, tetapi dia tetap akan melawat adiknya itu ketika pulang dari kerja.

Menurut Yoongi, pendarahan pada kepala Hyera semakin parah sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka. Oleh sebab itu, Yoongi terus memecut ke hospital berdekatan. Nasib tak accident.

Kanak-kanak yang sedang seronok bermain di taman permainan hospital itu diperhati oleh Jimin. Buat seketika dia tersenyum kecil melihat telatah comel kanak-kanak tersebut.

"Auchh" Jimin mengaduh kecil apabila hujung bibirnya terasa pedih. Darah yang masih bersisa dilapnya menggunakan jari. Dia berdecit. Kuat jugak penangan si biskut hangit tu.

"Nah"

Sebotol kecil iodin dihulurkan kepada Jimin. Jimin mendongak memandang si pemberinya.

"Mianhe" ucapnya sambil tersenyum kelat. Jimin tersenyum seketika sebelum menyambut hulurannya. Tempat duduk di sebelahnya ditepuk-tepuk. Menyuruhnya duduk. Faham akan isyarat tersebut, dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah Jimin.

"Kau...okey?"

Jimin tertawa kecil. "Pedih sial. Kau tu? Lebam kat pipi tu dah ok? Sorry, aku tertumbuk kuat sikit tadi"

"Ah takde apa-apa lah, Jimin. Ni Jungkook lah. Jungkook kan sado. Setakat lebam macam ni, buat apa nak merajuk lebih. Hahaha"

"Amboi, mengata aku nampak"

"Eh, terasa ehh"

Terletus tawa dua jejaka itu. Walaupun lawak mereka tak berapa nak menjadi.

"Hebat kan 'dia'. Dalam sekelip mata jer boleh pecah-belahkan kita. Kalau lah kita takde, dan Hyera terpaksa hadap benda ni sorang-sorang, agak-agak apa jadi ehh" soal Jimin cuba berbasa-basi.

Jungkook mengeluh. "Takde yang hebatnya kalau nak menjahanamkan orang, Jimin. Sebab tu lah kita kena bertindak bijak. Bukannya ikut perasaan. Baru lah masalah ni dapat diselesaikan"

"Maafkan aku sebab bersikap biadap tadi. Aku tak bermaksud pun nak pukul kau. Aku cuma--"

"Aku faham. Kalau aku jadi kau pun, aku akan buat benda yang sama. Tch! Dahlah. Sekarang bukan masa nak kenang semua benda tu. Aku datang sini sebab nak minta maaf jer"

Jimin tersenyum nipis. "Aku pun minta maaf, Jungkook"

~~***~~

"Jungkook-ahh"

Wajah Hyera yang masih pucat itu dipandangnya. "Nae?"

"Kau peguam jugak kan? Sama macam aku dengan Tae?" soal Hyera lagi.

"Erm yup"

"Kau dengan Tae dulu sama syarikat guaman kan?"

"Yes"

[C] Move On + KTHWhere stories live. Discover now