26 ; Nintendo

77 7 0
                                    

[ Author POV ]

PAKK!!

Hyera berdiri kaku. Fail yang baru sahaja menampar wajahnya itu menjadi tatapannya. Habis berterabur segala isi kandungannya di atas lantai.

Keluhan kasar seseorang dapat didengarinya.

"What are you thinking, Miss Hyera? Are you out of your mind? Awak tahu tak, sebab awak syarikat ni hampir kehilangan seorang klien yang paling berpengaruh di Eropah tu?! Awak memang sengaja nak lingkupkan syarikat ni ke apa?!!" tengkingan demi tengkingan menyapa pendengarannya. Pedih sekali kata-kata yang dikeluarnya oleh wanita berusia lewat 50-an itu.

Hyera tertunduk lagi. "M-Maafkan saya, Puan Presiden" ucapnya kesal. Buat masa ini, hanya itu sahaja yang mampu diungkapkannya. Tak perlu nak berbahas lagi. Lagipun dia juga mengakui yang itu memang salah dia.

"Hei!! Awak ingat dengan maaf awak tu, awak boleh jernihkan keadaan!! Sebab perangai tak berdisiplin dan tak bertanggungjawab awaklah klien tu dah tarik balik 30% saham pelaburan dia kat syarikat ni!! Syarikat ni dah rugi berbilion euro tahu tak?!!!"

Setiap kata-kata sinis daripada majikannya semakin lama semakin meretakkan hatinya. Tak cukup dimarahi, dia juga dimalukan di hadapan staf-staf lain. Hyera hanya mampu meminta maaf berkali-kali walaupun dia tahu yang majikannya itu tidak akan memberi muka kepadanya.

"Puan Presiden? Puan panggil saya ke?"

Suara seorang lelaki dari luar pejabat majikannya itu didengarinya. Tetapi tidak pula dipandangnya. Jadi dia tidak dapat mengenal pasti siapakah gerangannya itu.

"Come in. Saya memang tengah tunggu awak pun" kata majikannya ringkas sebelum kembali memaki hamun Hyera.

"Cik Hyera!! Awak sepatutnya berterima kasih dekat mentee awak ni. Sebab dialah klien tu tak jadi nak tarik semua saham dia kat syarikat ni. Awak patut malu dengan diri awak selaku mentor kepada Encik Taehyung!!"

Sebaik sahaja nama Taehyung disebut oleh majikannya itu, terus perasaan bersalahnya bertukar kepada penghinaan. Dia keliru. Adakah majikannya ingin memberikan pengajaran kepadaya atau sengaja ingin merendahkan dirinya di hadapan Taehyung?

Apa yang korang rasa apabila dimalukan di hadapan musuh atau 'kawan tak berapa baik' korang sendiri? Rasa terhina dan malu bukan?

~~***~~

Setelah selesai, mereka berdua sama-sama kembali ke pejabat mereka. Hyera langsung tidak mengendahkan Taehyung.

Taehyung pula sedaya upaya menutup rasa simpatinya terhadap Hyera. Dia tahu bahawa gadis itu tidak suka mendapat simpati orang. Lagi-lagi orang sepertinya. Buat apa kenal dia bertahun kalau itu pun tak tahu.

"Cik Choi Aera, masuk sekejap!" pintanya melalui fon pejabat. Tidak lama kemudian, kelihatan setiausahanya itu memasuki ruang pejabat ini. Wajah suram Hyera dipandangnya simpati setelah menegurnya.

"Don't look at me like that. You make me sick!!" kata Hyera tanpa nada namun kedengaran keras suaranya. Setiausahanya itu mengangguk tanda faham.

"Did you forgot to tell me anything?" soal Hyera dingin tanpa memandang ke arah Aera.

[C] Move On + KTHWhere stories live. Discover now