💮 Bab 12 💮

7.4K 736 30
                                    

"Sayang, papa ada meeting sekejap lagi. Duduk sini diam-diam tau. Jangan pergi mana-mana. Kalau nak keluar jalan-jalan, Makcik Hwang ada. Kalau dia tengah berehat dekat pantri, jangan kacau. Tunggu sampai dia dah siap, baru ikut dia. Okey?" Pesan Sehun kepada Hyerin yang sedang duduk di atas sofa di dalam biliknya ini.

Dia tahu, Hyerin kebosanan walaupun dia sudah menyediakan satu set alat permainan digital di hadapan mata anaknya itu. Tidak cukup, buku-buku juga turut disediakan bersama beberapa buku melukis. Warna pensil memang penuh satu meja ini disediakan. Marker, highlight, warna air, warna pensil dan sebagainya. Tetapi Sehun faham, Hyerin tidak akan pernah sentuh semua itu melainkan kalau gerak hatinya mahu sendiri. Jadi, selagi Hyerin tidak merengek menangis hendak pulang, dia akan biarkan sahaja sampai petang.

"Papa habis meeting pukul berapa?" Soal Hyerin sambil memeluk anak patung Garfil yang memang ada dalam bilik ini.

"Err... around 2 or 3 something. Papa lunch lewat. Baby makan dulu. Jangan tunggu papa okey?" Sehun mula angkat beg galasnya untuk beredar. Hyerin mengangguk laju. Wajahnya tidak muram. Ceria sahaja walaupun dia akan ditinggalkan sekejap lagi.

"Okey! Nanti baby suruh makcik masakkan untuk papa."

"Masak? Office ni tak ada masak-masak, sayang. Karang terbakar macam mana?" Sehun tergelak kecil sebelum mencium wajah Hyerin tanda pemergian. Entah kenapa, hatinya berat sekali untuk meninggalkan anaknya ini sendirian. Padahal bilik mesyuarat tidaklah jauh mana. Mungkin hati nalurinya sahaja yang rasa tidak sedap. Rasa yang bukan-bukan.

"Kalau terbakar, baby terjun bangunan ni."

"Wuish, ganasnya anak papa."

Hyerin ketawa. Dia melepaskan tangan ayahnya dan melambai.

"Bye..."

Sehun menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. Dia tersenyum.

"Bye."

*****

Hyera masuk ke dalam rumah teres dua tingkat yang baru disewanya tadi. Bibirnya tersenyum puas melihat perhiasan rumah ini. Walaupun ringkas dan harganya murah, namun segala perabot yang ada, susunannya sangat menguja mata. Tidak salah dia membuat pemeriksaan di internet tadi soal sewa-menyewa rumah ini.

Bagasi dan beg kecil diletakkan di sebelah sofa. Sementera dia menghenyakkan punggung di atas sebelahnya. Nafas berat dan lelah dihelanya. Namun apabila teringat, dia mahu mencari kerja petang ini juga, dia terpaksa menyegarkan mata dan menegakkan tubuh.

"Mana nak cari kerja..." gigi menggigit bibir bawah, sementara tangannya diletakkan di sisi tubuh. Fikir.

"Jae Kyung cakap tadi, ada jawatan kosong dekat syarikat guaman, tapi kat mana ya..." Hyera bermonolog sendiri dalam nada yang cukup perlahan sementara dia cuba untuk mengesan kembali di manakah firma guaman yang dikatakan oleh tuan punya rumah sewa ini, Kim Jae Kyung. Puas dia cuba ingat, tetapi kotak fikirannya samar-samar dan susah untuk dingat semula. Lantas dicapai telefon bimbit yang berada di dalam beg tangan. Segera nombor telefon Jae Kyung didail.

"Helo, kak."

"Ya, Hyera. Kenapa? Ada apa-apa masalah ke dengan rumah tu?"

"Eh tak. Tak ada. Saya cuma nak tanya, apa nama syarikat guaman yang akak cakap ada jawatan kosong tadi?" Soal Hyera tanpa menanti lama.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now