💮 Bab 16 💮

6.8K 663 47
                                    

"Mama!" Jeritan nyaring Hyerin menyebabkan Hyera tersenyum. Dia keluar dari perut kereta dan mendapatkan Hyerin yang sedang bermain buai bersama bekas bapa mentuanya itu.

"Eh, Hyera. Meh sini duduk." Tuan Oh menepuk kerusi batu yang berada di sebelahnya. Hyera senyum. Kemesraan Tuan Oh tidak pernah terhakis meskipun dia pernah melakukan kesilapan suatu masa dahulu.

"Terima kasih, papa."

"Tak payah terima kasihlah. Macam orang luar pula." Kata Tuan Oh. Dia sedang membaca surat khabar sambil menemani cucunya bermain di luar.

"Papa buat apa dekat luar sejuk-sejuk ni?"

"Teman anak kamu ni ha. Sibuk nak main dekat luar. Haa.. papa bawa terus ke taman ni. Nasib baik cuma gerimis je." Kata Tuan Oh. Sesekali dia terbatuk-batuk. Kesihatan Tuan Oh memang kurang memuaskan sejak pulang dari bercuti. Kerap batuk dan selesama.

"Ohh.. baby paksa atuk keluar ya? Atuk kan tak sihat." Seloroh Hyera. Hyerin mencebik nipis.

"Baby bosan."

"Alahai kesiannya dia. Ikut mama nak?"

"Pergi mana?!"

"Makan dengan Papa Yeol."

"Wah! Nak! Nak! Nak!"

"Okey nanti kita pergi ya?"

"Nak keluar makan dengan Chanyeol?" Tuan Oh mencelah. Hyera mengangguk.

"Ya, papa. Tadi terserempak dia dekat pejabat Sehun."

"Emm... dah lama papa tak nampak Chanyeol. Entahlah, nak kata percaya cakap orang, papa malas nak bahas." Kata-kata Tuan Oh menyebabkan Hyera berkerut dahi.

"Maksud.. papa?"

"Ni, tak ada apa-apalah. Kamu kata tadi nak bawa baby makan kan? Suruh dia mandi dulu. Tadi dia dah berguling-guling atas rumput ni." Kata Tuan Oh. Hyerin menganga kecil.

"Mana ada baby berguling, atuk. Baby cuma duduk je atas rumput tu." Bibir anak kecil ini memuncung panjang. Tuan Oh ketawa. Sengaja dia menyakat cucunya ini. Hyera turut tergelak.

"Jom, baby. Kita mandi dulu. Cepat, nanti lama Papa Yeol tunggu kita." Kata Hyera. Dia mendekati Hyerin lantas tubuh itu didukung.

"Beratnya anak mama ni."

"Mana adalah!"

*****

Hanbyul masuk ke dalam sebuah restoran untuk makan tengahari. Kebetulan pula, dia terlihat suaminya, Chanyeol sedang duduk sendirian di satu sudut. Tidak tergerak hatinya hendak duduk di tempat yang sama dan menemani suaminya itu makan bersama. Dia lebih gemar menyembunyikan diri dan tidak mahu berhubungan dengan Chanyeol. Dia melabuhkan punggung di satu meja yang jauh dari Chanyeol.

"Order," dia menggamit pelayan. Setibanya pelayan di mejanya, matanya terpandang kelibat Sehun sedang berjalan menuju ke arah restoran ini dan lelaki itu duduk di meja Chanyeol. Melopong Hanbyul dibuatnya.

"Cik, makan?"

"Err.. tak apa. Saya pergi sana." Hanbyul segera berdiri dan mendekati meja Chanyeol dan Sehun. Tanpa segan, dia menegur.

"Hai! Can I join?"

*****

"Hai! Can I join?"

Sehun mendongak dan tidak sampai sesaat dia alihkan matanya ke arah Chanyeol. Jelas, Chanyeol terkejut melihat gadis ini berada di hadapan matanya. Orang lain dia ajak, orang lain yang muncul.

"Err... hai doktor. Emm sorry, kami ada janji dengan orang lai..."

"It's okay, Chanyeol. I'll seat here." Bersahaja Hanbyul labuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan Sehun. Kerusi mereka bersambung, jadi mudah buat gadis ini melekat dengan lebih dekat dengan Sehun. Chanyeol mula panas hati. Bukan kerana dia cemburu. Tetapi dia malu mempunyai isteri yang tidak tahu malu seperti Hanbyul. Mujur Sehun tidak tahu yang dia sudah berkahwin, jika tidak, memang dia tidak akan mengaku bahawa Hanbyul ini ialah isterinya.

"Err... so, kenapa senyap je?" Hanbyul selesai membuat pesanan, dia menyapa kedua-dua jejaka ini. Namun dia lebih terarah kepada Sehun. Sehun pula hati batu. Ditanya senyap, dipandang sombong. Dia biarkan sahaja.

"Okey, maybe saya menganggu you all berdua."

"Mana Hyera? Lama lagi ke?" Sehun bersuara khas buat Chanyeol. Hanbyul agak terkejut.

"Excuse me? Siapa? Hyera?"

"Kejap lagi sampailah tu. Tunggu kejap." Kata Chanyeol. Dibiarkan Hanbyul tidak wujud di situ. Balik rumah nanti, memang habis dia ajar Hanbyul supaya lebih sopan dan hormat. Rasa malu sungguh.

*****

Sampai sahaja di restoran tersebut, Hyera dan Hyerin masuk bersama-sama. Mencari kelibat Chanyeol. Sekali cari sahaja, Chanyeol sudah dijumpainya dan lelaki itu melambai-lambai. Hyera kerutkan dahi. Kenapa ada orang lain di meja Chanyeol? Sehun dan...

"Papa! Papa Yeol!" Sapa Hyerin dari jauh. Kanak-kanak ini menarik tangan ibunya sehingga tiba di meja Chanyeol.

"Hai, sayang." Sehun mencium pipi Hyerin perlahan dan tiba-tiba sahaja berdiri. Hyera agak pelik. Sehun tiba-tiba menarik kepalanya dan dahinya... dicium! Berbulu mata Hanbyul dibuatnya.

"Kalau dah bekas, buatlah cara bekas." Tiba-tiba, Hanbyul bersuara. Sehun, Hyera dan Hyerin berpindah meja meninggalkan Chanyeol dan Hanbyul.

"Yang awak menggedik duduk dekat sini dah kenapa? Tahu pula sakit hati tengok diorang?" Bisik Chanyeol, geram. Hanbyul menjeling dan mendengus.

"Suka hati saya lah nak buat apa sekalipun. Saya suka Sehun dan saya tak suka dia buat macam tu dekat bekas isteri dia!" Bentak Hanbyul semula. Chanyeol menggeleng kepala.

"Awak dah gila ke apa? Tu, suami orang."

"Bekas suami orang."

"Dan saya akan pastikan diorang akan berkahwin semula." Bicara Chanyeol tanpa ragu. Mata Hanbyul mengecil.

"Apa masalah awak sekarang ni ha?"

"Masalah saya sekarang ialah awak. Saya malu ada isteri macam awak, tak tahu malu, tak reti hormat orang."

"So tunggu apa lagi? Ceraikanlah saya." Balas Hanbyul. Diketap giginya sekuat hati. Dia masih berbulu mata melihat Sehun dan Hyera di meja sebelah. Walaupun tidak nampak mesra, tetapi cara mereka berbual cukup mesra. Tangan Sehun dan Hyera cukup rapat dan boleh bersentuhan.

"Saya tak akan ceraikan awak selagi Sehun dengan Hyera tak kahwin."

"Hei, awak dah gila ke apa?!"

"Awak yang gila. Nakkan laki orang. Malulah sikit, Hanbyul." Chanyeol menggelengkan kepalanya. Kemudian dia sambung lagi.

"Sekarang, saya nak awak keluar dari restoran ni. Pergi makan dekat tempat lain dan jangan ganggu saya nak makan dengan keluarga bahagia tu. Faham?" Chanyeol segera berdiri. Melihat suaminya berdiri, Hanbyul turut ikut berdiri.

"Awak ingat saya nak biarkan awak? Of course not! Saya nak ikut."

"Balik, Hanbyul."

"No! Saya nak ikut makan dengan Sehun!"

Chanyeol mendengus.

"Terpulanglah. Yang sakit hati nanti awak, bukan saya."

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now