💮 Bab 56 💮

4.2K 539 107
                                    

Hyera melangkah perlahan-lahan menuruni anak-anak tangga. Dia tersedar dari tidurnya yang tidak pernah lena. Tekak terasa dahaga. Pinggangnya sesekali rasa lenguh. Sekejap sahaja masa berlalu. Kini usia kandungannya mencecah 6 bulan. Dan sudah 6 bulan lebih juga Sehun meninggalkannya.

6 bulan bukan tempoh yang sekejap. Sangat lama. Hyera sendiri sudah berputus asa. Tetapi dia masih mengharapkan Sehun akan hadir ke dalam hidupnya semula dalam masa terdekat. Dia mahu Sehun memegang tangannya. Sentuh wajahnya dan ada ketika dia sedang sakit melahirkan nanti.

Peti ais dibuka. Mug ditangan digenggam erat. Tiba-tiba, ketika air sejuk mencurah ke dalam mug, tiba-tiba cawannya terlepas dari tangan. Berderai ke lantai kaca mug tersebut dan mengena pada kakinya.

"Auww..." Hyera mengaduh perlahan. Kemudian dia termenung. Kenapa hatinya kurang sedap? Tiada nama lain, hanya nama Sehun terbit di minda.

'Awak tak apa-apakan, sayang?'

*****

BUK!!!

Tersungkur Sehun di atas lantai balkoni apabila terasa belakang kepalanya dipukul kuat dengan objek keras. Kepalanya berpusing, namun telinganya masih menangkap butir bicara manusia.

"Lepas ni, kurung dia dalam bilik sebelah. Ikat tangan dan kaki dia." Arah suara itu. Sehun cuba untuk membuka mata. Dia melihat, bayangan tubuh kurus Ella yang berdiri di atas kerusi roda, dengan wajah yang membengkak dan tubuh yang lebam sedang memberi arahan kepada dua orang lelaki bertubuh sasa.

Sehun cuba untuk bangkit dari lantai tetapi sekali lagi dia dipukul dan kali ini dia sudah tidak sedarkan diri. Hasil pukulan kuat itu menyebabkan kepala Sehun sedikit luka. Jelas, ada darah menitik dari celah rambutnya.

Tersenyum sinis Ella. Dia memeluk tubuh yang sakit gara-gara Sehun selama 6 bulan ini. Dan hari ini dia kembali untuk membalas dendam.

"Adam, Kristen..." Ella memanggil. Serentak dua lelaki itu menoleh memandang bos mereka.

"Ya, Ell."

"Bawa dia sekarang. Ikat dekat tiang katil. Jangan bagi dia sedar. Suntik dadah dalam badan dia." Arah Ella. Tiada lagi rasa simpati. Rasa cintanya sahaja yang memaksa Ella menjadi seperti ini. Cinta dan dendam.

"Baik. Tapi.. dadah tu.."

"I nak you letak sebanyak yang mungkin. Buat dia khayal dan lupakan diri dia. I nak dia lupa siapa Hyera dan anak dia." Kata Ella lagi. Meleleh air matanya. Entah, dia terlalu obses. Dia berdendam dengan Sehun. Dia rasa cinta dan dendam yang memaksa dia untuk melakukan kerja gila ini.

"I cuma ada dua dos. Esok I akan minta dari Tony. Kalau dia ada lagi." Kata Adam. Ella mengangguk.

"Dua dos pun dah kuat, Ell. I takut lelaki ni mati."

"Biar mati dalam rumah I, dalam dakapan I. Asalkan bukan dalam dakapan perempuan tu." Kata Ella lagi. Adam dan Kristen mengangguk. Tiada daya untuk menghalang. Lalu, tubuh Sehun yang lemah itu dibawa oleh mereka berdua masuk ke dalam bilik satu lagi. Kakinya diikat, tangannya diikat.

Ella sekadar memerhati dua orang anak buahnya membuat kerja dari luar. Melihat jarum suntik terbenam dalam kulit Sehun, Ella tersenyum puas. Dadah pengkhayal selamat masuk dua dos ke dalam tubuh Sehun. Dia rasa puas hati kerana dapat menguasai Sehun setelah 6 bulan dia menanggung seksa.

"Dah siap, Ell." Pintu bilik dikatup. Ella anggukkan kepalanya.

"Kunci." Kata Ella. Kunci dihulurkan kepada Kristen. Sekelip mata, pintu bilik itu terkunci.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now