💮 Bab 51 💮

4.9K 520 42
                                    

"Nak pergi toilet sekejap." Sekadar membisik lembut pada telinga Sehun, Hyera bangun. Dia berjalan ke tandas. Tiba-tiba dia rasa tidak selesa. Dada berombak hendak muntah. Bimbang Sehun akan tahu, dia bangun dahulu.

Hyera berdiri di hadapan sinki sambil memejamkan mata dan tangan bertahan pada sinki untuk menampung tubuh. Bukan main hebat gelora tekaknya tadi. Hyera leka. Melayan rasa hendak termuntah dan pening.

Tiba-tiba.. ada sepasang tangan menyentuh bahunya.

"Awak okey?"

Hyera buka mata dan melihat Hanbyul sedang tersenyum di sebelahnya. Hyera tersenyum nipis. Dia mengangguk.

"Okey."

"Muka pucat, badan awak sejuk. Awak tak sihat ke?" Soal Hanbyul, prihatin. Ringan tangannya menarik tangan Hyera dan menyentuh nadi wanita itu. Tanggungjawab dia sebagai doktor walaupun di luar kawasan. Dan melihat keadaan Hyera seperti ini, niatnya serta-merta terbatal. Serta-merta!

"Nadi awak lemah. Something wrong..." Hyera masih senyap. Dia tidak mahu memberitahu. Dia tahu Hanbyul pasti akan dapat tahu. Dia doktor. Sekali lihat dah tahu apa sebenarnya masalah dia.

Tiba-tiba, tangan Hanbyul menyentuh bahagian perut Hyera dan terasa tangan Hanbyul menekan lembut di kawasan tepi dan tengah perutnya. Besar mata Hyera. Hanbyul mendongak dengan senyuman.

"Awak mengandung?"

Hyera tidak menjawab. Angguk tidak, geleng pun tidak. Hanya senyum.

"Macam mana awak boleh tahu? Awak rasa je kan?"

"Doktor ni pelik sikit. Dia ada deria keenam." Seloroh Hanbyul. Tangannya masih melekap pada perut Hyera. Masih tak nampak. Tapi dia boleh rasa perut orang mengandung dan yang tidak mengandung. Perut orang mengandung, akan rasa keras sedikit berbanding orang yang tidak mengandung. Tak percaya? Ha mengandung cepat. Haha!

"Awak dah buat check up?" Soal Hanbyul. Hyera mengangguk.

"Dah. Esok dah masuk 3 minggu."

"Woah seriously? Oh my God. Congrats." Jelas, Hanbyul teruja. Ini ikhlas, bukannya dibuat-dibuat. Tak sampai hati hendak provok Hyera. Niat di hati ke sini untuk merosakkan mood ceria wanita itu. Tetapi apabila berita ini sampai ke telinga, Hanbyul batalkan niat itu. Pedulilah. Dia sudah tidak tahu lagi. Dia perlu berterus-terang dengan Chanyeol. Dia tidak sanggup menahan sendiri.

"Thanks. Saya tak sangka yang saya boleh pregnant lagi."

"Awak cuma kena kuat je masa proses bersalin. Jantung kena banyak bersenam lepas ni. Supaya terbiasa." Nasihat Hanbyul. Dia tersenyum. Kemudian Hyera mengangguk mendengar nasihat ikhlas daripada wanita cantik ini.

"Hyera..." Hanbyul tiba-tiba berdiri di hadapan Hyera. Ketinggian Hanbyul yang kurang sedikit dari Hyera memaksa dia untuk menundukkan kepala sedikit merenung wajah Hanbyul.

"Ya?"

"Saya... saya nak minta maaf sebab.. dulu. Saya cuba nak rampas Sehun dari awak." Kata Hanbyul. Suaranya sudah merendah. Nada kesal. Hyera senyap sesaat.

"Tak apalah. Benda dah lepas."

"Tapi saya bersalah sebab cuba nak rosakkan rumah tangga awak dengan dia." Kata Hanbyul lagi. Hyera tersenyum. Hilang rasa mual dan loyanya. Dia rasa senang hati mendengar pengakuan dan penjelasan Hanbyul ini. Perlahan bahu wanita manis ini dipegang.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now