💮 Bab 20 💮

7.5K 693 11
                                    

Hyera memulas tombol pintu. Bilik bertanda nama 'Dr. Kim Hanbyul' dimasuki oleh Hyera dan Sehun. Ini adalah kali kedua dia dan Sehun masuk ke dalam kerana kali pertama tadi, Hyerin membuat pemeriksaan dan sekarang anak mereka berada di dalam bilik CT scan untuk memeriksa keadaan jantungnya. Disebabkan lama, Hyera menemani Sehun dahulu.

"Have a sit." Suara dingin Hanbyul memecah sunyi. Sehun melabuhkan punggung di atas kerusi. Sementara tangannya sedang berpaut pada lengan Hyera. Mata Hanbyul sakit melihat kemesraan itu.

"Saya tunggu dekat luar ya?" Bisik Hyera, perlahan. Sengaja dia hendak melihat reaksi Sehun. Tetapi, apabila dia menerima decitan kasar dan muka masam, Hyera senyum. Tak nak kena tinggallah tu.

"Okey, okey saya temankan awak." Hyera melabuhkan punggung di kerusi lain. Kerusi kali ini jauh sedikit dari kawasan Sehun dan Hanbyul. Dia tidak kisah jika Sehun disentuh atau dilakukan apa sekalipun oleh doktor muda ini kerana dia tahu, Hanbyul menjalankan tugas. Bukan menggatal. Hyera mengambil perkara baik sahaja.

"Bila awak kena demam ni, hmm?" Suara lembut Hanbyul memecah sunyi. Hyera memandang ke arah lain. Tetapi telinganya masih mendengar.

"Tadi."

"Kuat sangat kerja ni. Lepas tu, tak nak makan. Kan?" Hanbyul mencapai satu alat pengesan degupan jantung. Kemudian diletakkan pada telinganya. Alat berbentuk bulat diletakkan di atas dada kiri Sehun.

"Jantung awak normal. Mari sini tangan." Hanbyul menarik tangan Sehun dan meletakkannya di atas meja. Kemudian, satu alat untuk membaca tekanan darah diambil. Hanbyul mula menjalankan tugasnya walaupun dia sedang diulit rasa menyampah melihat Hyera turut berada sama di dalam bilik ini.

"Darah awak rendah, Sehun. Panas sangat ni. Dah nak cecah 40." Bebelan halus dari Hanbyul, Sehun senyap sahaja. Malas dia hendak bercakap lebih. Semakin dilayan, semakin menjadi-jadi.

"Okey, dah. Ini senarai ubat awak. Ambil dekat farmasi, okey?" Kata Hanbyul sambil menghulurkan satu senarai ubat yang perlu Sehun ambil. Sehun mencapai kertas itu dan berkira untuk bangun. Belum sempat Hyera hendak mengangkat punggung, Hanbyul terlebih dahulu mendahului dan cuba untuk memegang tangan Sehun. Namun Sehun tahu keadaan ini akan berlaku, dia menghulurkan tangannya minta untuk disambut oleh bekas isterinya.

Hyera berdiri dan mencapai lengan bekas suaminya itu. Dia menerima jelingan sekali lagi.

"Terima kasih doktor." Ramah. Hanbyul mencarut perlahan. Dia kembali duduk dan menyambung membuat kerja.

*****

Kereta dipandu sederhana laju memandangkan mood Sehun kurang baik kerana dia baru sahaja lepas muntah. Hyerin pula tertidur di belakang. Sudah terlalu lewat malam. Sukar untuk anak kecil itu mencelikkan mata.

Hyera tenang memandu. Namun otaknya sedang bercelaru memikirkan banyak perkara. Lebih-lebih lagi dengan soalan Sehun tadi.

Sebenarnya, dia terlalu teruja untuk menjawab, ya-saya-nak-kita-bersama-semula. Tetapi, gangguan daripada orang yang sama, iaitu Hanbyul menyebabkan dia tidak sempat untuk mengatakan hal tersebut. Ketika itu, Hanbyul sedang berjalan di belakang mereka untuk ke suatu bilik dan terlihat Sehun seakan hendak terjatuh. Disebabkan Hyera mendukung Hyerin, jadi dia tidak boleh mencapai tangan Sehun. Sehun hampir tumbang tetapi Hanbyul pantas menahan dari belakang.

Dan bermulalah babak-babak menjijikkan pada mata Hyera. Dia sakit hati juga melihat manja Hanbyul yang berlebih-lebih itu sehingga kadang-kala dia sendiri pun rasa geli melihatnya. Sehun apatah lagi. Mulut kalau boleh hendak dicarutkan sahaja doktor itu. Belajar tinggi-tinggi tapi otak letak dekat lutut!

Hyera memegang tombol gear. Tetapi, dia dikejutkan dengan satu tangan yang melekap pada belakang tangannya. Sehun. Hyera menoleh ke kanan.

"Ya?"

"Saya sejuk..." adu Sehun, perlahan. Tangan Hyera digenggam erat.

"Kejap, saya buka pemanas." Hyera cuba untuk melepaskan genggamannya dari tangan Sehun, tetapi lelaki itu bertindak mendiamkan diri dan tidak mahu melepaskan.

"Sehun, macam mana saya nak buka pemanas kalau awak pegang tangan saya?"

"Tak apa. Tak payah buka. Tangan awak dah hangat." Kata Sehun, suaranya cukup kedengaran seperti orang sakit. Hyera senyum. Hilang macho bila dia sakit. Tapi tetap kacak.

"Lepas saya hantar awak nanti, makan ubat ya?" Pesan Hyera. Dia memusingkan stereng dengan sebelah tangan perlahan-lahan untuk masuk ke dalam laluan rumah. Meskipun agak sukar, tetapi dia tidak sampai hati hendak menarik tangannya sendiri. Biarlah dia merasakan saat-saat bahagia ini hari ini. Untuk malam ini. Esok lusa, belum tentu Sehun macam ni. Ajakan untuk berkahwin semula tu.. sama ada Sehun main-main atau tidak sedar sahaja. Dia tidak terlalu berharap. Sebab dia tahu, Sehun kerap tidak sedarkan diri kalau bercakap.

"Ya."

Hyera kini tiba di hadapan rumah Sehun. Automatik tangannya terlepas. Brek ditarik.

"Jom turun. Saya nak angkat baby." Hyera turun kereta dan membuka pintu kereta belakang. Tubuh anaknya didukung erat. Melihat Sehun masih berdiri di sebelah kereta, dia tahu lelaki itu tidak kuat jalan.

"Boleh jalan tak?"

"Kalau saya cakap tak, bukan awak boleh bawa saya sampai atas." Kata Sehun. Dengan pinggang dipaut oleh Hyera, dia berjalan perlahan-lahan.

"Selagi saya boleh gerakkan awak, saya gerakkan. Sekalipun heret, saya sanggup." Kata Hyera dengan gelakan. Sehun ketawa juga mendengarnya.

"Kejam."

"Well, you know me?" Hyera senyum. Dia memasuki rumah besar ini dan terus membawa Sehun ke tingkat atas. Baby kecil dibawa masuk ke bilik manakala baby besar pula diangkut ke bilik lelaki itu sendiri.

"Makan ubat tau," pesan Hyera. Beg ubat dikeluarkan dari dalam beg tangannya. Telefon bimbit Sehun juga turut dikeluarkan dari beg tangannya. Sehun duduk bersandar pada kepala katil.

"Ya, nanti saya makan."

"Saya balik dulu ya?" Pipi Sehun diusap perlahan. Sedia untuk meninggalkan rumah agam milik Sehun ini. Mendengar ayat pamit Hyera, Sehun celikkan mata.

"Nak pergi mana? Balik?"

Hyera angguk.

"Ya, kenapa?"

Sehun diam sekejap. Serba salah, tapi dia terlalu ingin Hyera menemaninya di sini. Tapi egonya juga turut tinggi melangit macam dulu.

"Tak ada apa-apalah."

"Jaga diri ya?"

"Hmm.."

"Bye..."

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now