💮 Bab 25 💮

7.7K 629 39
                                    

Hyera mengemas bilik Sehun. Terasa semak biji matanya melihat cadar dan selimut bergumpal atas katil. Dah macam anak 10. Padahal baru seorang. Itu pun nak menjaganya bukan main mencabar lagi.

Hari ini Sehun dan Hyera bekerja macam biasa dan atas arahan Sehun, Hyera terpaksa pergi ke tempat kerja dengan kereta yang sama, bukan asing seperti selalu. Walaupun mereka akan berkahwin semula hujung bulan ini, tetapi mereka tetap beriak seperti biasa. Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana segala urusan diletakkan di atas bahu pengurus perkahwinan. Sekadar konsep biasa-biasa sahaja, Sehun dan Hyera sekadar menjemput rakan rapat dan jiran-jiran sahaja. Cukup 100 orang, selesai.

Cadar Sehun siap diganti dengan yang baru. Yang kotor dicampak masuk ke dalam bakul kotor. Melihat banyak bakul kotor di rumah ini, Hyera sudah menghitung-hitung dalam kepala untuk pergi ke dobi jika berkesempatan. Bukan tak ada mesin basuh di rumah ni, ada. Tapi tempat penyidai itu tak ada. Nampak sangat Sehun jarang basuh baju. Yelah, duduk berdua apa je kan? Sekarang bertiga. Segala urusan dalam rumah ini, Hyera yang uruskan. Bukan Sehun.

"Hyera,"

"Ya?"

"Saya rasa kita tak boleh pergi sama-sama." Kata Sehun sambil memandang skrin telefon. Rambut yang kemas disikat digaru perlahan.

"Kenapa?"

"Saya kena panggil ke mahkamah. Ada kes urgent." Kata Sehun. Kemudian dia terus kelam-kabut. Hyera berdecit kecil. Bukan sebab rancangan awal dibatalkan tetapi sikap Sehun yang mudah gabra ini.

"Janganlah cemas. Relaks."

"Saya dah lambat."

"Ya tahu."

"Tak apa, biar saya bawa baby pergi rumah baby sitter. Awak kena balik office. Check semua appoinment saya dan pastikan saya tak miss. Okey, sayang? I got to go. Bye, love." Tanpa sempat Hyera berbalas apa-apa, bibirnya dicium dan terus Sehun berlari turun ke bawah. Hyera terkebil-kebil. Ada kuasa ajaib ke apa suami aku ni?

*****

Puan Nam memandang sebuah kereta mewah berhenti di hadapan nurserinya. Kelihatan seorang lelaki kemas berpakaian blazer dan kemeja turun dari kereta bersama seorang kanak-kanak empat tahu. Tahulah dia, bahawa itu ialah Sehun.

"Nenek!" Jeritan kecil Hyerin membuatkan Puan Nam tersenyum. Sehun senyum memandang Puan Nam selepas menghantar Hyerin ke sini.

"Saya hantar awal sikit hari ni, makcik. Ada meeting." Kata Sehun. Puan Nam angguk. Dia mencium pipi gebu Hyerin dan membiarkan Hyerin masuk ke dalam bermain dengan rakan-rakannya yang lain.

"Boleh je, Sehun. Tak salah pun. Ni, mana puan?" Soal Puan Nam.

"Oh, ada. Dekat rumah. Saya kebetulan lalu jalan yang sama, so saya bawa Hyerin ke sini sekali. Dia terus pergi office." Kata Sehun tanpa segan. Puan Nam ketawa kecil. Sudah dianggap Puan Nam seperti ibunya sendiri walaupun baru kenal dalam dua minggu macam tu.

Tiba-tiba, seorang lelaki muncul dari dalam perut rumah nurseri ini bersama dengan senyuman manis di bibir.

"Eh, Sehun."

"Eh, Joo Hyuk! Lama tak jumpa kau." Kata Sehun lantas tubuh bekas rakan sekolahnya itu dipeluk erat. Puan Nam sekadar memerhatikan dua anak muda ini berbual.

"Hantar siapa?" Soal Joo Hyuk.

"Anak aku lah."

"Oh ya! Aku lupa. Mana satu eah anak kau?" Joo Hyuk memandang ke dalam, melihat isi dalam rumah ini. Sehun ketawa.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now