💮 Bab 38 💮

4.8K 550 152
                                    

Hyera menyediakan sarapan ala kadar pada pagi ini. Kesihatannya tidak berapa baik. Moodnya juga tidak berapa bagus kesan daripada kes malam tadi. Masih lagi dia tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku malam tadi.

Betul ke Sehun curang?

Kalau tidak, kenapa Sehun tidak memberitahunya bahawa dia masih berhubung dengan Ella secara senyap? Hantar ke rumah, baju ada kesan gincu, bau baju minyak wangi perempuan.

Ragu-ragu Hyera dibuatnya. Tetapi dia tidak mahu terus menyerang. Dia mahu menyiasat dahulu. Jika telahannya ini benar, dia akan berunding dengan Sehun secara damai dan tidak mahu bergaduh. Moodnya mudah terganggu sekarang. Kesihatannya yang tidak memuaskan juga menyebabkan dia tidak mahu bertekak. Biarlah perkara ini selesai dengan damai.

Hyera tersedar dari lamunan apabila merasakan tubuhnya dipeluk mesra dari belakang. Pendaratan satu kepala di atas bahunya menyebabkan Hyera merasa berat buat seketika.

"Good morning, sayang."

"Morning."

"Dah sihat?"

"Hmm.. bolehlah." Hyera menjawab dalam nada suara yang mendatar. Dia menolak tangan Sehun yang melekap pada perutnya. Tiba-tiba dia rasa tidak mahu melekat dengan Sehun. Rasa tidak selesa.

"Yakin ke dah sihat? Tak nak pergi klinik?" Soal Sehun yang sudah selesai mandi dan hanya memakai pakaian santai. Hari ini cuti umum. Jadi Sehun sekadar berehat di rumah sahaja.

"Tak naklah. Malas." Jawab Hyera. Dia kembali semula ke ruangan makan dan duduk.

"Duduklah, makan." Pelawanya. Hyera melayani Sehun seperti biasa walaupun hatinya gundah gulana. Gila. Ingin sahaja dia menanya sesuatu, tetapi ditahankan hati supaya tidak terlalu gelojoh.

Sehun menarik kerusi dan melabuhkan punggung di atas kerusi perlahan-lahan. Makanan yang terhidang di depan mata, dimakan perlahan-lahan.

"Hyera..."

Senyap. Hyera termenung. Sehun melambatkan kunyahan lalu menyentuh belakang tangan isterinya perlahan.

"Hei, dengar tak?"

"Hah? Apa?"

Sehun tertawa kecil sambil menggeleng.

"Kenapa ni, hmm? Berangan pula. Demam ke?" Sehun meletakkan tangannya di atas dahi dan leher Hyera.

"Panas sikit. Awak demam kenapa ni? Jatuh ke?" Sehun sudah masak dengan sikap Hyera. Jika terjatuh atau tercedera, wanita itu pasti akan jatuh sakit. Paling teruk pun, akan masuk hospital kerana lemah jantung.

"Tak jatuh. Tapi semalam ternampak ada bangkai kucing dalam longkang. Tu yang termuntah, tak sedap badan." Kata Hyera. Dia memejamkan mata. Terbayang dia jasad kucing yang sudah berbau di dalam longkang jiran sebelah. Lemah terus satu badan dia dibuatnya.

Sehun tercengang.

"Kucing?"

"Hmm.."

"Awak nampak?"

"Ya.."

"Dah tahu diri tu lemah semangat, tengok juga." Kata Sehun sedikit tegas. Hyera menajamkan anak matanya. Sensitif.

"Saya tertengok je kan saya cakap. Tak tengok lama pun." Kata Hyera. Dia terus memandang tempat lain tanda protes.

Sehun mengeluh pendek.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now