💮 Bab 36 💮

4.7K 548 106
                                    

Sampai sahaja Hyera dan Sehun di lobi pendaftaran sewaan chalet, semua mata tertumpu ke arah mereka berdua. Namun, kehadiran Hyera langsung tidak memberi impak kepada Ella dan ibunya. Ella hanya memandang Sehun yang kemas berpakaian kasual pada pagi ini. Walaupun dia nampak terkejut melihat persekitaran kaunter yang habis musnah, tetapi dia perlu menjaga segala perancangan dan lakonannya sebagai seorang lelaki bujang, bukan berkahwin.

"Sehun! Is that you?!" Laungan Ella memecahkan kesunyian. Sehun menelan liur. Hyera dan Na Jung di kawasan lain. Meminta semua pekerjanya bersurai dan membiarkan mereka sahaja berurusan.

"Yes, saya. Oh Sehun."

"Oh my God!" Ella berlari anak dan serta-merta tubuh Sehun dipeluknya. Mata Na Jung membulat, Hyera menggigit bibir bawah, manakala Sehun pula berada dalam keadaan yang berbolak balik. Tetapi tangannya tetap mengusap belakang tubuh gadis ini perlahan. Dalam masa yang sama, dia menyumpah kerana terpaksa membuat perancangan bongok macam ni.

"Finally! I've been looking for you everywhere!" Ella melepaskan tubuh Sehun dan menoleh memandang ibunya. Ibunya datang mendekati Sehun dan Ella.

"You're Sehun?"

Sehun mengangguk. Ella menarik nafas panjang. Tidak putus senyuman. Pegangan tangannya juga tidak pernah regang pada lengan sasa Sehun.

"You're Chanyeol friend?" Soal ibu Ella lagi. Sehun mengangguk lagi.

"Yes I'm his friend. We studied together in Oxford. And I know Ella, too." Kata Sehun. Kepala ibu Ella terangguk-angguk. Ella senyum. Lengan Sehun dipeluknya tanpa sedar. Dia memandang ibunya dan kemudian memandang Sehun semula.

"Are you busy, right now? Can we talk for a moment? Saya nak cakap pasal Chanyeol." Kata Ella. Sehun menarik nafas panjang dan mengangguk tanpa ragu.

"We can talk, tapi bukan sekarang. Bagi saya sikit masa. Right on 12─ we'll meet at the cafe. Okay?" Soalan Sehun dibalas dengan anggukkan laju Ella. Ibu Ella turut mengangguk. Bersetuju.

*****

Hyera menyusun pelbagai jenis kertas di atas meja kerjanya di dalam bilik. Hari ini pasangan pengantin yang akan mengadakan majlis di tepi pantai akan melawat tapak majlis perkahwinan mereka dan dia akan sibuk sehinggalah mereka berdua pulang nanti. Dalam masa yang sama dia cuba untuk lupa apa yang dia lihat tadi. Walaupun pedih, tetapi dia tahu Sehun sebenarnya terpaksa. Inilah yang dia bimbang. Bimbang dia makan hati dan rumah tangga mereka akan bergolak. Seakan buat masa sekarang, dia tidak mahu hendak berbicara dengan Sehun. Takut dia emosi.

Setelah selesai menyusun kertas itu mengikut turutan, Hyera meletakkannya di atas komputer riba. Jam dipandang. 9 pagi. Masih awal. Sehun masih belum lagi pulang ke bilik. Mungkin sedang mengambil langkah untuk mengelakkan Ella melihat di mana suaminya itu berada.

Baru Hyera hendak mengelek komputer riba untuk keluar bilik, pintu bilik terkuak dari luar. Muncul wajah Sehun yang agak tegang masuk ke dalam. Tanpa bicara, lelaki itu terus berjalan dan hempaskan tubuh di atas katil.

"Papa..." suara Hyerin bergema. Gangguan dari Sehun menyebabkan anak kecil itu tersedar dari tidurnya yang panjang.

"Ella cakap apa?" Soal Hyera. Sehun menarik nafas panjang sambil menarik kepala Hyerin ke atas dadanya dan dipeluk erat.

"Dia nak jumpa. Pukul 12 saya keluar ke café. Jumpa dia dengan ibu dia." Kata Sehun. Hyera mengangguk. Entahlah. Tiba-tiba dia rasa kekok dan tidak mahu bercakap dengan Sehun. Berlakon supaya mengelakkan diri dari terserempak dengan Sehun sangatlah menyakitkan. Tanpa bicara, Hyera memulas tombol pintu.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now