💮 Bab 53 💮

4.4K 547 185
                                    

Hanbyul menyapu lembut wajah Hana dengan losyen. Sesekali bayinya itu merengek-rengek kecil tanda dia suka dengan sentuhan ibunya. Hanbyul senyum.

"Comel anak mama..." bisik Hanbyul lembut. Dia menutup botol losyen dan bangun.

"Sayang, mama nak ke dapur sekejap ambil susu. Jangan nangis tau." Sempat pipi Hana dikucup sebelum dia bangkit dari duduk dan bergerak ke dapur. Peti ais di buka dan mencapai susu badan. Kemudian dia mengambil mangkuk dan mengisinya dengan air panas. Botol susu tersebut dimasukkan ke dalam untuk memanaskan susu badannya.

Hanbyul leka. Lebih kurang 8 minit, Hanbyul angkat semula botol susu tersebut dan mencapai kain tuala kecil. Kakinya bergerak ke ruang tamu. Sampai sahaja di ruang tamu, kaki Hanbyul terus terasa lemah. Menggigil kepala lututnya. Susu yang berada di tangan jatuh terlepas di atas lantai.

"Hana?! Hana?!"

Hana tiada di tempat tidurnya. Kosong. Memang kosong.

"Hana! Sayang!" Menggelabah Hanbyul mencari anaknya. Dia melihat pintu rumah. Tertutup rapat. Kemudian dia melihat tingkap.

Regang.

"Hana anak mama!" Berjurai air matanya jatuh. Pantas dengan kudrat yang bersisa, Hanbyul memulas pintu rumah dan keluar. Walau apa pun yang terjadi, dia perlu mendapatkan Hana semula.

Lemah jantung Hanbyul apabila terlihat ada sebuah kereta hitam baru bergerak dari depan rumahnya.

"Hana! Hana jangan tinggal mama, sayang! Hana!" Terduduk Hanbyul di atas lantai garaj kereta. Sungguh, kaki sudah tidak berdaya hendak bergerak. Baru semalam dia trauma dengan kejadian Ella masuk ke dalam rumahnya dan mengusik Hana. Kali ini Ella betul-betul buat. Betul-betul ambil Hana.

Minda Hanbyul sudah memikirkan banyak perkara. Sangat banyak.

Macam mana kalau Hana menangis?

Macam mana kalau Hanbyul cederakan Hana?

Macam mana kalau...

"Sayang?"

Hanbyul baru tersedar, ada susuk tubuh seseorang berdiri di hadapannya. Hanbyul mendongak dan sekali lagi air matanya jatuh. Teresak dia.

"Eh kenapa ni? Kenapa duduk kat luar?" Jantung Chanyeol berdegup kencang sebelum dia memeluk tubuh si isteri. Hanbyul hanya menangis. Belakang tubuh Hanbyul diusap sambil mencium perlahan ubun-ubunnya.

"Hanbyul, kenapa ni? Hana mana? Kenapa duduk dekat luar?" Soalan kedua Chanyeol mendesak air mata Hanbyul. Dia memeluk erat leher Chanyeol sehingga lelaki itu mula menjangkakan sesuatu. Terus penumbuk digenggam erat.

"Ella.. Ella culik Hana, Chanyeol." Kan betul. Chanyeol terus meleraikan pelukan Hanbyul. Tubuh Hanbyul diangkat dan terus di bawa masuk ke dalam keretanya yang dipakirkan di luar pagar rumah. Melihat isterinya tidak bermaya seperti itu, semakin hatinya panas.

Pantas tangan menyeluk poket dan telefon dikeluarkan. Niat di hati hendak menelefon polis, tetapi ada mesej lain masuk. Dari nombor peribadi.

Nak anak kau? Suruh isteri kau pujuk Sehun untuk kahwin dengan aku. Atau anak kau akan mati. Pergi ke sini [Lokasi]. Tepat 12 tengah hari, kau mesti ada. Jangan lewat walau sesaat dan jangan awal walau sesaat. Bila-bila masa aku boleh campakkkan anak kau dalam laut. Tak pun, cekik sampai lemas. Bayi kan.. cepat je mati. Dan ingat, kalau sampai aku nampak polis kat sini, aku tak teragak-agak untuk bunuh anak kau depan mata kau sendiri. So.. fikirkanlah. I love you.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now