💮 Bab 22 💮

7.9K 727 42
                                    

Seminggu berlalu. Hari yang paling ditakuti oleh Oh Sehun dan Park Hyera. Air mata yang menjadi hiasan kini bermaharajalela di tubir mata Sehun. Satu pengumuman yang cukup memedihkan baginya.

Tepat jam 1 pagi semalam, Tuan Oh disahkan meninggalkan dunia. Waktu itu, Sehun sendirian di hospital kerana Hyera dan Hyerin terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil pakaian. Tuan Oh sudah sedarkan diri sebenarnya sehari sebelum meninggal dunia. Keadaannya cukup ceria dan memberangsangkan. Namun Sehun lupa dunia seketika. Dia terlalu gembira kerana itu semua hanyalah sekadar pancingan.

Kini, jasad Tuan Oh sudah selamat bersemadi dan majlis pengebumian akan dijalankan jam 10 pagi ini.

"Baby, baby tunggu dekat rumah dengan Mama Rose dulu boleh? Mama dengan papa kena pergi makan." Kata Hyera sambil mengenakan gaun hitam pada tubuh anak perempuannya ini. Rambut panjang itu diikat messy burn. Park Roseanna, adik perempuan Hyera pula berada di ruang tamu kediaman Sehun ini. Rose baru sahaja pulang dari Kanada dua hari lepas dan ingin menetap di sini beberapa hari. Tulat, Rose akan pulang ke Kanada semula.

"Emm.. boleh. Tapi mama jangan lama-lama tau." Pesan Hyerin. Rose ketawa kecil. Tubuh itu dipangku di atas ribaannya.

"Akak nak pergi sekarang ke? Hujan ni. Tunggulah dulu." Rose melihat cuaca di luar. Mendung semacam dan ada rintik-rintik hujan mula menurun.

"Tak apa. Naik kereta. Lagipun... majlis mula pukul 10. Sekarang dah pukul 9 suku. Karang tak sempat." Kata Hyera pula. Rose sekadar mengangguk mengiyakan kata-kata Hyera.

"Akak naik atas sekejap ya? Nak tengok Sehun."

"Okey."

Hyera terus menapak naik ke tingkat atas. Dia risau. Entah bagaimana keadaan Sehun. Dia sangat pelik dengan keadaan Sehun. Lelaki itu seakan-akan sedang menahan tangisan. Semasa mendapat berita Tuan Oh meninggal dunia, Sehun hanya diam. Hyera pula yang pelik. Dia sangat bimbang jika Sehun memendam rasa.

Pintu tombol dipulas perlahan-lahan. Kemudian dia masuk ke dalam bilik Sehun. Sehun sedang duduk bersandar di tiang katil dengan tubuh tidak berbaju. Baju kemeja hitam hanya tergantung di pintu almari.

"Sehun? Tak siap lagi? Dah pukul berapa ni? Nanti lambat." Hyera menapak perlahan dan duduk di atas birai katil bersebelahan dengan Sehun. Sehun senyap. Nafas bergelora dan wajahnya merah. Hyera memegang tangan Sehun.

"Sehun? Dengar tak?"

"Boleh tak kalau saya tak nak pergi?"

Kening Hyera ternaik.

"Kenapa pula? Tak naklah macam ni. Awak kena pergi."

"Tapi saya tak kuat, Hyera. Saya dah tak ada sesiapa. Tempat bergantung saya dah tak ada. Dekat mana lagi saya nak bergantung?"

"Sehun, saya ada kan? Saya bergantung dekat awak, awak boleh bergantung harap dekat saya. Tak apalah, kalau awak bencikan saya ke, tak apa. Tapi saya nak awak tahu, yang saya ada dengan awak. Always." Kata Hyera dengan sepenuh hatinya. Tangan Sehun digenggam. Apabila melihat Sehun mula menunduk, Hyera menarik tubuh itu perlahan-lahan dan dipeluk. Belakang tubuh Sehun diusap.

"Menangislah. Jangan tahan. Nanti awak sakit."

"Saya sayang papa..."

"Ya, saya tahu. Saya tahu tu. Sabar. Awak masih ada saya, awak masih ada baby." Pujuk Hyera. Sehun senyap. Dan kemudian dia teresak halus. Hatinya sayu. Dia terharu dengan layanan Hyera. Bekas isterinya sangat memahami. Setiap usapan dan pujukan Hyera mudah sahaja dia pengaruh. Hatinya mudah terpujuk. Seolah hilang rasa kemarahan dalam hati itu. Seakan Hyera sedang memikatnya. Dan ya... Sehun sudah pun terpikat.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now