💮 Bab 24 💮

7.9K 678 21
                                    

Hubungan Sehun dan Hyera semakin hari semakin erat. Sama seperti awal-awal pertemuan dan perkahwinan mereka dahulu. Selepas Sehun membuat pengakuan, akhirnya mereka berdua sudah tidak segan lagi bila berhadapan. Masing-masing sudah mula move on dengan masalah lama. Apa yang mereka harapkan adalah, supaya mereka kekal begini tanpa ada pergaduhan lagi.

Hyera memeriksa jadual kerja Sehun. Hari ini Sehun agak sibuk dan janji temunya bertimbun-timbun. Jam di tangan dipandang. Pukul 3 petang. Lagi dua jam dia akan pulang. Tetapi Sehun masih ada janji temu. Hyera bangun dan bergerak ke bilik Sehun. Pintu diketuk beberapa kali dan setelah mendengar arahan masuk, Hyera masuk.

"Petang, tuan."

"Petang,"

"Tuan ada appoinment pukul 3 setengah."

Tiba-tiba Sehun ketawa. Kepala diletakkan di atas meja kerana hendak menutup gelak kecilnya itu daripada dilihat oleh Hyera. Kening Hyera bertaut. Ada yang lawak ke?

"Kenapa gelak?"

"Saya awkward bila kita formal macam ni." Kata Sehun. Merah padam wajahnya ketawa tadi. Tetapi sekarang dia sudah tenang semula. Hyera berdecit. Buku nota di tangan ditutup.

"Jahat. Ketawakan saya lah tu sebab formal sangat. Kan?"

"Tak cakap." Kepala Sehun tergeleng. Hyera mengeluh pendek. Dia terpaksa beriak seperti biasa. Kalau tak formal, dia pula rasa janggal. Seakan kurang ajar dengan tuan sendiri. Sudahlah syarikat guaman ini sudah sepenuhnya diserahkan kepada Sehun kerana wasiat Tuan Oh.

"Hyera,"

"Ya?"

"Nanti tolong ambil baby dekat baby sitter dia. Lepas habis kerja. Saya ada hal sikit. Nanti saya balik." Pesan Sehun. Hyera menganggukkan kepalanya sambil mencatat supaya dia tidak lupa.

"Lagi? Ada apa-apa nak pesan sebelum saya keluar?" Soal Hyera. Sehun menggeleng lembut dan senyum.

"Tak ada."

"Saya keluar dulu."

"Okey."

*****

Hyera tiba di hadapan rumah jagaan Hyerin. Kereta diberhentikan dia keluar.

"Ha, tu mama dah sampai!" Jeritan halus Hyerin menyebabkan Hyera tersenyum. Dia melemparkan senyuman kepada seorang wanita 40-an yang duduk di sebelah Hyerin di atas buaian. Wanita itu membalas senyuman Hyera.

"Puan Park?"

Hyera angguk.

"Ya, makcik. Saya nak jemput Hyerin." Kata Hyera, sopan. Hyerin melompat dari buaian dan mendapatkan ibunya.

"Oh, hah tu. Makcik tak sempat cakap apa-apa dia dah meloncat dulu." Kata wanita ini sambil ketawa. Hyerin tersenyum. Hyera senyum.

"Terima kasih sebab jagakan anak saya."

"Sama-sama, puan. Kerja saya. Tak nak minum dulu?" Pelawaan wanita itu, Hyera menolak lembut dengan gelengan dan senyuman manis.

"Tak apa, terima kasih. Saya nak kena balik cepat. Jalan sesak, dah nak lewat petang ni. Ni, budak kecil ni tak mandi lagi. Busuk." Hidung Hyerin dipicit lembut. Anak perempuannya itu mengaduh kecil.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now