💮 Bab 63 💮

3.7K 167 1
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Sehun nampak betul-betul gembira dengan 14 hari bulan ini. Penerbangan mereka ke Maldives jam 12 tengah hari. Tetapi Sehun yang terlalu teruja dengan percutian ini terus ambil cuti hari itu. Walaupun sepatutnya dia kena berjumpa dengan seorang klien, tetapi dia terus serah kepada Chanyeol.

Memang Chanyeol akan jadi baby sitter kepada syarikat Sehun dan anak-anaknya sekali. Sehun memang bijak ambil kesempatan. Chanyeol pula mata duitan. Bila Sehun kata, "Kau jaga anak-anak aku, kau jaga syarikat aku, aku naikkan gaji kau 23%." Dengan gaji sedia ada sudah 5 angka, naik lagi 23 peratus, haih.. dunia ini betul-betul adil.

Hyera sudah melengkapkan segala barang-barang dalam dua bagasi. Cukuplah untuk mereka berdua sahaja. Setelah selesai, Hyera keluar dari bilik.

"Mama!"

"Ya, sayang?" Hyera tersengih kecil melihat Hyerin yang baru keluar dari biliknya. Sejak masuk tahun baru, Hyerin nampak lebih matang walaupun baru masuk 6 tahun. Tadika baru je beberapa bulan. Tapi bila ditinggalkan oleh ibu dan ayah untuk bercuti, tak menangis langsung! Merengek pun tidak! Haih.. Sehun buat apa agaknya ni, getus Hyera.

"Mama pergi pukul berapa?" Soal Hyerin. Tangannya dinaikkan tanda mahu didukung. Hyera membulatkan mata.

"Dah besar pun nak dukung ke?" Dia dukung juga tubuh itu. Kemudian dia turun perlahan-lahan ke tingkat bawah. Hyerin tersengih. Dia menanti soalannya dijawab.

"Pukul 11 nanti mama pergilah. Baby jangan nakal-nakal tau masa mama dengan papa tak ada. Jaga adik boy elok-elok. Kalau ada apa-apa, terus call. Okey? Papa ada bagi handphonekan?" Kepala Hyerin terangguk-angguk faham. Pipi gebunya dicium-cium Hyera. Geram. Hyerin makin gemuk. Tapi gemuknya bukan gemuk sampai obesiti. Tapi gemuk yang sederhana. Dulu Hyerin terlalu kurus. Sekarang dah mula nampak daging sikit pada badannya.

"Ya, baby tahu. Mama janganlah sedih. Kan 10 hari je."

"Lama tau 10 hari tu. Dahlah jauh." Hyera bagaikan sedang mengadu nasib dengan anak sendiri. Mendengar ketawa Hyerin mengekek-ngekek, Hyera tersenyum. Hilang sikit rasa susah hati. Tubuh Hyerin diletakkan di atas sofa. Wajah Sehun muncul di muka pintu. Dia sudah pun bersiap. Segak, kacak! Memang suami yang sangat mithali kalau bab-bab membuli isteri.

Hyera sendiri belum siap lagi. Berat sangat hatinya nak pergi. Tapi dia terpaksa mengikut kata Sehun dan percayakan kata-kata Sehun.

"Sayang tak siap lagi? Dah pukul berapa dah ni? Nanti lambat." Soal Sehun. Dia mendekati tubuh anak lelakinya yang berada di dalam baby court sebelah sofa. Kemudian tubuh itu didukung. Rengekan kecil dari si bayi kerana si ayah menganggu tidurnya yang lena membuatkan Sehun menepuk belakang tubuh itu perlahan-lahan. Terus kepala bayi itu terlentok pada bahu Sehun dengan wajah tersembam pada leher. Lena betul tidur.

"Awal lagikan. Macam tak sabar je nak tinggalkan anak-anak."

Sehun ketawa sedikit besar. Dia mendekati Hyera dan ubun-ubun Hyera diciumnya.

"Bukan tak sabar nak tinggal anak-anak, tapi takut terlambat. Awak tu kalau berat hati, pukul 12 kita punya flight, 11.50 awak keluar rumahkan? Pergi bersiap. Saya tunggu." Sempat Sehun mengejek. Hyera mendengus geram. Dia naik juga ke atas. Dicapai kemeja longgar warna putih yang sudah disediakan di atas katil dan disarung ke tubuh. Difesyenkan sedikit baju itu sehingga nampak begitu sesuai pada tubuh badannya, dikenakan dengan seluar jeans biru gelap. Pakaian yang sama dengan Sehun. Rambutnya yang ikal dibiarkan lepas.

"Dah siap?" Pintu terkuak. Sehun. Hyera diam. Sibuk menyolekkan muka. Padahal dia tak nak tengok muka Sehun. Konon sentap.

Sehun mengerutkan dahi. Hairan apabila soalannya dibiarkan. Dia masuk ke dalam bilik ini dan merapatkan daun pintu. Dengan senyuman Sehun melangkah dan meletakkan tangannya pada pinggang Hyera. Bahu Hyera dicium lembut.

"Marah eah?"

Hyera geleng.

"Sedih?"

Geleng lagi. Kening Sehun bertaut.

"Habis tu?" Mata Sehun memanah anak mata Hyera melalui cermin. Hyera mengalihkan mata ke tempat lain. Dia segan apabila melihat keintiman Sehun dan dia melalui cermin walaupun Sehun sekadar memeluk pinggangnya sahaja.

"Sayang..." tiba-tiba Sehun pusingkan tubuh Hyera supaya menghadapnya. Hyera mengangkat bola mata. Memandang Sehun. Bahunya dipegang. Erat.

"Kan saya dah janji... lepas balik Maldives kita bawa babies pula? Kenapa ni?" Suara lembut Sehun benar-benar membuaikan hatinya yang memang lemah terus menjadi semakin layu. Hyera memanjangkan tangannya lantas pinggang lelaki itu dipeluk erat. Wajah disembam pada dada Sehun.

"Saya risaulah, Sehun. Risau kalau jadi apa-apa dekat..."

"Hei... kenapa cakap macam ni?" Bahu Hyera ditolak perlahan. Sehun merenung wajah isterinya ini.

"Taklah, risau je."

"Nothing happen, sayang. Trust me. Nanti awak terbiasa. Okey?"

Hyera mengangguk. Mereka berpelukan buat sementara. Selepas itu terus sahaja keluar dari bilik ini.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now