💮 Bab 8 💮

5.7K 636 6
                                    

"Mana anak kau ni, Ra? Majlis dah nak habis, batang hidung dia pun aku tak nampak. Sehun lagilah. Dia tak jadi datang ke?" Desakan Na Jung sedikit sebanyak membuatkan diri Hyera rasa tidak senang duduk. Sekejap berdiri, sekejap duduk, sekejap berjalan, sekejap berlari. Sakit kepala Na Jung melihatnya.

"Aku tak tahu, Jung. Takkan Sehun tak bagi."

"Aku tak letak nama kau pun sebagai penganjur dalam flyers tu."

"Ya, aku tahu. Tapi, aku tak sedap hati." Hyera mengurut dada. Dari tadi dia rasa dadanya sesak. Padahal dia tidak membuat kerja berat pun. Sakit pada dadanya menyenakkan nafas.

"Apa kata kau pergi tengok dia dekat chalet?" Cadang Na Jung. Hyera menoleh.

"Boleh aku tinggal kau sekejap dekat sini?"

Na Jung mengangguk. Bahu si kawan ditepuk mesra.

"Boleh. Pergilah. Aku boleh tengok orang. Lagipun sekejap lagi majlis nak tutup. Catering pun nak mula susun bufet." Kata Na Jung. Hyera terus berdiri. Beg tangannya dicapai. Berkira untuk beredar dari kawasan pantai ini.

"Aku pergi dulu tau."

"Ya, jaga diri."

"Kau pun." Segera Hyera melangkah pergi dari kawasan pantai ini meninggalkan Na Jung. Hatinya cukup berkobar-kobar hendak menemui Hyerin pada malam ini. Tetapi bayangan anaknya itu tidak kelihatan pula. Kakinya melangkah pantas masuk ke bahagian chalet Hyerin. Agak jauh juga dari pantai tetapi digagahkan kaki supaya bergerak pantas walaupun sakit pada dada tidak terkira.

Apabila sampai sahaja di sana, dari jauh lagi Hyera sudah nampak susuk tubuh seorang lelaki agak berusia sedang duduk di luar. Hyera cukup kenal dengan lelaki tua itu. Lantas dia berlari ke arahnya.

"Papa!"

Lelaki tua itu menolehkan kepala. Tidak semena-mena, matanya terbuntang.

"Hyera!"

"Papa..." tubuh lelaki itu dirangkulnya seketika. Wajah bekas ayah mertuanya dipandang risau.

"Papa buat apa dekat luar? Sehun mana? Hyerin?" Bertalu-talu Hyera menanya tanpa sabar. Tuan Oh mengeluh pendek. Senyuman hambar yang ditayangkan menyebabkan Hyera rasa kurang senang.

"Sehun keluar ke bandar. Chanyeol accident. Hyerin ada dekat dalam. Masih merajuk dengan Sehun sebab tak bawa dia pergi majlis makan malam tu." Kata Tuan Oh. Hyera menekup mulut dengan tangan. Tiba-tiba air matanya hendak tumpah. Tetapi digagahkan hati supaya bersabar.

"Papa, kalau papa nak tahu, resort ni saya punya. Saya yang anjurkan makan malam tu. Pagi tadi, saya hantar flyers pada Hyerin. Suruh dia datang dinner tu." Kata Hyera. Tuan Oh sekali lagi terkejut.

"Kamu?"

Hyera mengangguk. Senyuman cuba diukir tetapi sukar.

"Kenapa tak bagitahu papa awal-awal ni resort kamu? Papa boleh bawa Hyerin selalu datang jumpa kamu. Tak payah buat sesuatu semata-mata nak jumpa naak sendiri, Hyera. Hyerin anak kamu, dan kamu ada hak. Jangan risau." Bahu Hyera ditepuknya. Hyera pejamkan mata dan menunduk. Dia sebak.

"Saya malu nak bagitahu. Saya menantu yang tak sedar diri."

"Hei.. tak elok cakap macam tu. Papa masih anggap kamu menantu papa. Jangan malu. Kamu ibu Hyerin. Jadi tak ada benda yang boleh menghalang kamu berjumpa dengan Hyerin." Kata Tuan Oh lagi. Hyera tersenyum manis. Bergenang air matanya kerana tersentuh dengan butir bicara Tuan Oh.

"Terima kasih, papa. Terima kasih sangat-sangat."

"Ya, ya sama-sama. Pergilah masuk dalam. Hyerin ada dekat dalam. Cuba pujuk dia. Kalau dia nak keluar jalan-jalan, bawaklah. Papa tak halang." Kata Tuan Oh. Hyera mengangguk.

"Ya, saya cuba pujuk dia. Papa nak pergi mana tu?"

"Papa nak keluar makan angin sekejap. Dah tua-tua ni, duduk terperap dalam bilik tak sedap juga." Kata Tuan Oh. Hyera tersenyum dan mengangguk.

"Yelah. Saya nak masuk dulu ya?"

"Ya, masuklah."

Hyera terus memulas tombol pintu bilik bekas ayah mertuanya ini dan masuk ke dalam. Kemudian dia rapatkan daun pintu semula dan bergerak ke dalam lagi.

"Baby..." benjolan yang terdapat di bawa selimut katil bersaiz king itu membuatkan bibir Hyera tersenyum. Benjolan itu bergerak-gerak sehinggalah kepala Hyerin muncul.

"Mama!" Terburai tangisan Hyerin buat kali yang entah ke berapa selepas melihat bayangan tubuh ibunya muncul di depan mata. Segera Hyera mendekati dan memeluk tubuh itu seerat yang mungkin.

"Kenapa menangis ni, sayang?"

"Papa... papa..." mulut Hyerin tidak henti-henti memanggil ayahnya. Hyera memejamkan mata. Pedih.

"Papa sibuk. Mama kan ada?" Belakang tubuh Hyerin diusap perlahan. Teresak-esak si kecil itu menangis di dadanya.

"Dah, jangan nangis. Nanti baby sesak nafas. No, stop." Pipi Hyerin dipegang. Diseka air mata yang meleleh itu. Sakitnya hati melihat anaknya menangis. Dia tidak boleh menyalahkan sesiapa. Salah dia juga kerana bercerai dengan Sehun. Jika dia tidak berpisah, pasti Hyerin boleh membiasakan dirinya jika Sehun terpaksa bertugas jauh.

Hyera mendukung seketika tubuh itu dan dibawa ke atas ribanya. Hyerin memeluk lehernya erat. Tangisannya mula perlahan. Tetapi masih lagi kedengaran. Hyera menggoyangkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Cuba untuk pujuk.

"Baby nak jalan-jalan tak? Mama bawa pergi majlis tu. Nak?" Hyerin menggeleng.

"Emm.. kalau aiskrim? Nak? Kita makan aiskrim pusing dekat kafe."

"Tak nak..." Hyerin merengek kecil tanda tidak mahu. Hyera mengeluh pendek. Cengkaman tangan Hyerin pada bajunya dibiarkan. Setakat cengkaman tidak kuat itu, sakit manalah.

"Habis tu baby nak apa? Mama tak tahu baby nak apa." Terasa dirinya begitu bodoh sekali apabila tidak dapat tahu apa yang anaknya hendak.

"Baby nak papa."

"Nanti papa balikkan? Okey, jom tidur." Tubuhnya diangkat perlahan-lahan sambil mendukung Hyerin. Kali ini Hyerin tidak membantah apa-apa. Hyera bergerak ke muka pintu untuk pergi ke bilik Sehun. Sampai sahaja di sana, Hyera memulas tombol pintu dan masuk ke dalam.

"Mama teman baby tidur. Jangan nangis." Tubuh Hyerin diletakkan di atas katil. Beg tangannya diletakkan juga di atas katil.

"Mama..."

"Ya, sayang."

"Baby lapar..."

Pecah gelakan Hyera dibuatnya. Senyuman lebar.

"Alahai, comelnya anak mama ni." Dahi Hyerin dicium lembut.

"Kalau nak makan, jom ikut mama keluar."

Kali ini kepala Hyerin tergeleng.

"Baby tak nak keluar. Baby penat." Kata Hyerin. Hyera senyum.

"Okey kalau macam tu. Mama keluar sekejap, nanti mama datang balik. Ya?"

Hyerin mengangguk.

"Jangan lama-lama."

"Ya, sayang."

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now