💮 Bab 26 💮

7.3K 649 44
                                    

Chanyeol tidak senang hati. Kaki panjangnya melangkah laju menuju ke bilik Sehun. Sudah tidak peduli apa yang terjadi, dia perlu berjumpa dengan Sehun juga. Lantaklah apa orang nak kata. Janji dia mahu perkahwinannya dengan Hanbyul tidak diganggu.

Tanpa mengetuk pintu bilik, Chanyeol masuk ke dalam dan gotcha! Hyera ada bersama Sehun. Chanyeol menarik nafas laju. Dia menghempas pintu bilik Sehun sekuat hati. Hyera dan Sehun saling berpandangan.

"May I go out?" Hyera mula berdiri untuk meminta diri. Tetapi Chanyeol cepat-cepat menggeleng dan menolak tubuh Hyera supaya duduk semula. Terduduk Hyera di situ. Sehun mengerutkan dahi. Hyera juga tidak faham dengan keadaan ini. Dengan tubuh Chanyeol berpeluh-peluh.

"Kau kenapa? Okey tak ni?"

"Tak, aku tak okey. Sehun, Hyera, kau kena tolong aku." Kata Chanyeol. Nafasnya turun naik.

"Kejap, kau duduk dulu. Tarik nafas, tenang. Aku tak faham. Kenapa ni?" Soal Sehun. Pelik betul dia melihat rakan baiknya yang seorang ini. Hyera sekadar senyap. Dia memberi laluan kepada dua lelaki ini sahaja.

"Sehun, Ella. Ella."

Sehun terdiam sejenak. Hyera mula memandang Sehun dengan pandangan mata yang mencurigakan. Perasan dengan hal itu, Sehun membulatkan mata dan menggeleng.

"Bukan saya!"

"Tak cakap apa-apa pun. Kenapa? Ada buat salah?" Sengaja Hyera menyergah walaupun dia tahu memang Sehun tidak ada bekas teman wanita.

"Ella datang sini. Parents dia nak jumpa aku, dan aku... aku tak boleh!" Kata Chanyeol. Wajah diraup berkali-kali.

"Ella? Kejap, ex kau tu ke? Yang masa kita belajar dekat..."

"Yes! Oxford dulu. Gabriella Edward Kim. Dia orangnya." Kata Chanyeol. Sehun melopong. Gabriella Edward Kim. Chanyeol pernah bercinta dengan gadis Inggeris-Korea itu suatu masa dahulu. Tetapi hubungan mereka tidak kekal disebabkan keluarga Ella berketurunan darah diraja, manakala Chanyeol pula sekadar berkeluarga kaya raya. Tiada keturunan diraja, bagi keluarga Ella itu sangat hina bagi mereka.

"Kenapa pula parents dia nak jumpa kau? Bukan dulu bukan main reject ke?"

"Ya. Ella pujuk sampai diorang nak jumpa aku. Aku.. aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Tolong aku." Kata Chanyeol. Dia betul-betul buntu. Perasaannya sekarang sudah berkali seratus peratus buat Hanbyul. Sedikit pun Ella tiada di hatinya. Tetapi entah kenapa, di saat dia sedang dihambat rasa cinta yang dahsyat, Ella datang semula menagih kasih.

"Aku tak tahu nak tolong macam mana. Macam mana Ella boleh dapat contact number kau? Bukan ke kau dah tukar number and she don't know about you. Benda dah lama kut. Agaklah. 6 tahun."

"Aku tak tahu macam mana dia boleh tahu contact number aku. Aku tak nak, Hun. Aku tak nak. Hyera tolong aku. Please?" Kali ini Chanyeol terpaksa merayu kepada Hyera pula. Hyera buntu. Dia memandang Sehun.

"Kau nak aku tolong apa? Aku tak tahu."

"Tolong jadi isteri aku!"

"Hoi!" Sehun meng'hoi' Chanyeol. Hyera ketawa. Tidak dapat menahan rasa lawaknya apabila Sehun meng'hoi'kan Chanyeol.

"Fake jelah fake. Tolonglah! Kali ni je. Kali ni. Please?" Chanyeol mula memegang tangan Hyera. Seakan hendak dipeluk wanita itu. Hyera pula serba salah. Sehun kemam bibir.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now