💮 Bab 41 💮

4.9K 631 379
                                    

Hyera menyandarkan tubuh pada kepala katil. Dia memerhatikan Sehun yang sedang memakai kemeja di hadapannya.

"Sehun,"

"Hmm..."

"Kenapa marah baby semalam?" Soal Hyera. Dia cuba kawal suara supaya tidak melenting kuat. Cukuplah satu malam dia tidak dapat lelapkan mata. Boleh gila dia dibuatnya.

"Bila masa saya marah dia? Dia call pun tidak. Nak marah dah kenapa?" Suara Sehun cukup dingin. Jarinya tidak jadi hendak membutangkan baju kerana dia tiba-tiba berangin satu badan.

"Saya tanya awak baik-baik, Sehun. Saya tak marah pun. Janganlah tinggikan suara." Kata Hyera. Sikit pun suaranya tidak meninggi. Sedaya habis dia cuba rendahkan egonya supaya tidak tinggikan suara. Dia tahu hormat. Dia tahu siapa Sehun.

"Tapi semalam saya ada mesej awak. Ada tetamu nak datang. Saya suruh baby call minta awak balik awal. Lepaa tu dia cakap, awak marah-marah dia. Sebab tu dia kecil hati." Cerita Hyera, ringkas. Harap sangat Sehun akan faham.

Tapi melihat wajah Sehun bersahaja, Hyera ketap gigi.

"Baby tu mengada-ngada. Manja. Awak pun satu, macam tak faham yang saya sibuk kerja. Nak kena naik turun court. Tak mustahil kalau saya salah angkat call lepas tu marah-marah." Berdesing telinga Hyera dibuatnya. Terasa seperti ada seribu satu beban menghempap bahunya sekarang ini.

"Dulu awak tak macam ni pun, Sehun..." kata Hyera. Hatinya tergores lagi. Cukup dia kecil hati.

"Awak abaikan saya, awak abaikan anak kita."

"Kalau saya tak kerja awak nak makan apa?"

Hyera diam. Dia urut pelipis. Sehun menghempas botol gel rambut di atas meja solek. Hyera memerhatikan Sehun. Lelaki itu nampak dingin. Tiada senyuman, tiada ayat manis. Pandang pun tak mahu.

Sakitnya hati Hyera.

"Awak balik makan tengah hari ke nanti?" Soal Hyera. Masih mahu bercakap. Sehun pusingkan tubuh dengan decitan kasar.

"Awak faham tak saya sibuk? Saya sibuk. Saya tak akan balik rumah semata-mata untuk makan. Banyak lagi kedai yang dekat. Tak payah fikir pasal saya. Fikir diri sendiri dengan anak je." Pedas. Hyera ketap gigi. Air matanya mula bertakung.

"Nak tanya boleh?"

Sehun senyap tanpa bicara. Hyera bermain dengan hujung jari. Tahan air mata.

"Kenapa balik lambat semalam?"

"Berapa kali saya nak ulang benda yang sama, Hyera? Cuba cakap, berapa ribu kali saya nak kena ulang? Saya sibuk, saya kerja. Susah ke awak nak faham? Ha?"

"Kenapa marah saya? Kenapa awak berubah?

"Saya tak berubah. Awak yang buat saya berubah. Saya penat, Hyera. Saya dah penat." Sehun terus keluar dari bilik yang baginya seperti ada petrol yang menyimbah-nyimbah dirinya.

Air mata Hyera terus gugur. Sakitnya hati, biar dia sahajalah yang rasa. Sungguh, Sehun betul-betul berubah tanpa ada sebab atau punca. Takkan sebab kerja sahaja? Atau betul.. Sehun dah penat menghadap muka dia dan Hyerin setiap hari?

Dulu Sehun tidak seperti ini. Lelaki itu akan tetap mencuri masa untuk mereka sekeluarga. Walaupun sibuk, Sehun tak akan balik lewat. Mustahil kerja. Sangat mustahil. Dia tahu pukul berapa Sehun habis kerja, pukul berapa pejabat tutup. Dia tahu. Semalam dah lewat sangat. Tak logik pejabat guaman itu tutup lewat kerana Sehun seorang.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now