💮 Bab 19 💮

7.7K 751 163
                                    

Sampai sahaja di hospital, Hanbyul segera mendapatkan Sehun yang baru sahaja turun dari kereta yang dipandu oleh Hyera. Hyerin berada di belakang mencemik. Mula tidak suka akan kedatangan Hanbyul. Walaupun Hanbyul ialah doktor peribadi Hyerin, tetapi sikap Hanbyul yang kadang-kala menjengkelkan itu menyebabkan anak kecil ini menjadi jelak dan kurang suka.

"Jom, sayang. Kita turun." Hyera mengajak. Enjin dimatikan dan dia segera turun dari perut kereta. Hyerin membuka pintu kereta Audi belakangnya dan memegang tangan Hyerin.

"Sehun, awak okey tak ni? Hmm? Muka awak pucat sangat ni. Jom, kita check up." Hanbyul mula bersuara risau. Habis satu muka Sehun disentuhnya. Sehun berdecit dan menolak tangan itu menjauhi wajahnya. Melihat Hyera dan Hyerin sudah turut dari kereta, dia mencapai tangan Hyera dan memautnya erat. Seperti biasa, dijatuhkan beban sepenuhnya di atas bahu Hyera menyebabkan wanita ini hampir hilang keseimbangan badan.

"Sehun! Nasib baik saya tak jatuh." Bisik Hyera, perlahan. Dari celah matanya, dia dapat melihat bibir Hanbyul terkumat-kamit. Seakan sedang mengutuk dan mengata sesuatu.

"Emm.. Hyera, apa kata kalau awak bawa baby, biasa saya bawa Sehun pergi check up. Say..."

"Doktor Hanbyul, saya boleh check up dengan doktor lain. Awak bawa anak saya pergi check up. Saya dengan Hyera pergi bahagian klinik." Sehun bersuara. Hyera diam. Dia memeluk pinggang bekas suaminya itu supaya tidak jatuh rebah ke lantai.

"Tapi sekarang ni klinik tengah sibuk sebab ada kebakaran tadi. So kalau awak nak tunggu pun memang lama. Sebab tu saya suruh awak check up sekarang sebelum saya check baby." Kata Hanbyul. Sehun mati kata. Hyera sekadar diam sahaja. Seorang memegang tangan kanan, seorang peluk bahagian tubuh kirinya. Hyera jadi patung.

"Jom," Hanbyul menarik tangan Sehun dan spontan pegangan Hyera terlepas apabila Hanbyul bertindak kasar. Hyera malas hendak bertekak. Biarlah apa yang Hanbyul hendak buat. Cemburu? Ya, siapa kata tak? Tapi dia simpan sepenuh rasa itu di dalam hati.

"Baby, jom ikut doktor dengan papa mas.."

"Baby tak nak! Nak mama..." Hyerin memegang tangan Hyera dan menarik tangan ibunya masuk ke dalam. Hyera terpaksa mengikut rentak kaki anaknya dan meninggalkan Hanbyul dan Sehun. Pergi sahaja Hyera ke dalam, Sehun cuba untuk stabilkan tubuh dan melepaskan pelukan Hanbyul dari pinggangnya.

"Lepas, saya boleh jalan sendiri." Sehun cuba melangkah setapak dua. Pening. Tapi demi melarikan diri dari Hanbyul, dia sanggup. Hanbyul menggeleng kepala sedikit. Dia mendapatkan Sehun dengan pantas dan segera mengait tangan lelaki itu.

"Saya tahu awak tak selesa dengan Hyera kan?" Tiba-tiba, Hanbyul bersuara. Kaki terus melangkah menuju ke biliknya.

"Apa maksud awak?"

"Yelah, dia kan bekas isteri awak."

"So apa kaitan dengan tak selesa?"

Hanbyul mengherotkan bibir ke tepi.

"Manalah tahu, kalau dia tak pernah jaga awak macam mana saya jaga awak." Kata Hanbyul. Mendengar ayat itu, Sehun terus menolak tubuh Hanbyul. Terasa tubuhnya stabil.

"Saya rasa kita tak ada apa-apa kaitan. Macam mana awak boleh kata yang awak pernah jaga saya?"

"Sekarang ni? Saya yang pegang awak, saya yang tolong awak. Dia? Dia dengan baby je. Dulu masa lahirkan, dia buang baby. Sekarang bila awak dah bahagia, baby dah besar, dia sibuk pula." Kata Hanbyul tanpa ada rasa bersalah atau rasa tidak selesa. Sehun mendengus kasar. Gigi diketap kuat.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now