💮 Bab 23 💮

7.8K 735 62
                                    

Hyera meletakkan makanan di atas meja selepas selesai masak. Selepas menghantar Rose ke rumahnya tadi, dia segera ke pasar raya untuk membeli bahan untuk memasak. Dibiarkan Sehun di rumah bersama Hyerin. Sampai di rumah, Sehun dan Hyerin tidur jadi dia tidak mahu menganggu. Dia masak sehinggalah sekarang sudah siap.

Tangan yang lembab dibiarkan. Dia menapak naik ke tingkat atas untuk menjenguk dua insan kesayangannya itu. Tombol pintu dipulas tanpa ketuk. Hyera jengukkan kepala.

"Argh! Oh Sehun! Kenapa tak bagitahu yang awak nak buka baju?!" Berderau darah Hyera dibuatnya apabila terlihat Sehun sedang menanggalkan pakaiannya. Kalau baju tak apa, sekarang ni pakej atas bawah. Mahu tak segan?

Hyera terdengar suara Sehun mentertawakannya. Hyera menenangkan diri. Walaupun sudah lama hidup bersama, tetapi rasa malu itu tetap ada. Tiba-tiba, pintu bilik terbuka.

"Awak tak ketuk pintu. Saya mana tahu." Sehun bersuara. Hyera membelakangkannya. Sekarang, Hyera segan dengan Sehun selepas apa yang terjadi sebelum ini. Sehun seakan... sedang berubah menjadi Sehun yang dulu. Yang suka senyum dan manja. Dia pula yang malu-malu kucing. Kira dia dah berjaya pikat Sehun semula. Tapi... kenapa mesti malu?!

"Maafkan saya. Ermm.. jom turun makan." Hyera bercakap tanpa memandang Sehun. Pipi yang panas ditepuk-tepuk. Zalim betullah perasaan ni. Kenapa boleh tersegan ni?!

"Pandang saya," Sehun menarik bahu Hyera dan memusingkan tubuh wanita itu menghadapnya. Hyera memandang Sehun. Masih tidak berpakaian dan sekadar bertuala di pinggang. Tuhan, dugaan apa ni?

"Baby ada dekat dalam. Kejutkan dia. Saya nak mandi sekejap."

"Okey. Err... Sehun?" Tangan Sehun ditahan. Sehun menaikkan kening.

"Ya?"

"Minta sesuatu boleh?"

"Sesuatu? Apa?"

"Nak pinjam kereta. Rose nak pinjam kereta saya nanti. Saya kena balik resort sebab ada hal. Boleh pinjam sekejap?" Pinta Hyera, penuh berhati-hati. Sejak dulu, Sehun memang tak suka jika barang-barangnya dipinjam. Tapi sekarang dia terdesak! Terpaksa. Bukan sengaja.

Sehun tak bercakap apa-apa. Dia masuk ke dalam. Hyera menaikkan kening. Okey, dia tak bagi. Hyera kemam bibir seketika dan berkira untuk turun ke bawah.

"Hyera," Hyera berhenti berjalan. Dia toleh ke belakang semula. Sehun sedang mendekati sambil membawa sesuatu di tangan.

"Nah," kunci kereta dihulur. Hyera memandang Sehun.

"Apa ni?"

"Tadi kata nak pakai kereta. Ambillah." Hyera terpaku sejenak. Dia jadi bingung. Mata Sehun dipandang dalam-dalam. Pipi lelaki itu dipegang.

"Awak demam lagi ke?" Soal Hyera, selamba. Kening Sehun bertaut. Tangan Hyera dipipinya diturunkan.

"Mana ada. Saya okey."

"Tapi awak nampak pelik.."

Sehun senyum. Tetapi senyumannya sekejap sahaja.

"Ini yang awak nakkan?"

Hyera diam. Dia sembunyikan senyuman. Kunci kereta Sehun diambil dan digenggam erat. Wajah lelaki itu dipandang lagi. Bahagia!

"Terima kasih." Ucap Hyera. Sehun kerutkan kening sekali lagi. Tubuhnya dipeluk.

"Saya rasa awak lupa sesuatu dekat belakang terima kasih tu." Kata Sehun. Dahi Hyera berkerut.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now