💮 Bab 40 💮

5K 551 71
                                    

Sehun khusyuk menaip kes-kes dari tahun lepas kerana dia akan mengadakan perbicaraan tentang sebutan kes tahun lepas. Mahu berpeluh dia dibuatnya mencari segala fail dan bukti yang ada. Walaupun dia yakin dia akan menang, tetapi dia masih bimbang jika dia gagal.

Sedang khusyuk dia menaip, telefon bimbitnya bergetar, tanda ada panggilan. Sehun melihat sekilas.

Ella.

Satu keluhan berat dilepaskan. Sebenarnya, sejak seminggu ni Sehun sedang cuba untuk melarikan diri dari Ella. Bukan kerana apa, kerana Hyera masih tidak berapa sihat. Takkanlah dia hendak bergembira dengan wanita lain pula?

Cukuplah hari itu. Mati kutu juga dia memujuk. Tetapi akhirnya Hyera makan pujukan dan sehingga kini hubungan mereka elok. Cuma sekarang dia agak kurang pulang awal ke rumah. Panggilan Hyera pun dia abaikan kerana sibuk bekerja!

Telefon bimbit yang bergetar dicapai lantas diletak dalam mood silent. Sehun kembali fokus.

Drtt.. drtt...

"Fuck off. Damn." Mulut Sehun tidak dapat menahan carutan dan tanpa memandang skrin, dia menjawab panggilan tersebut.

"You nak apa? I busy, tolong jangan ganggu I. Okey?"

*****

Terkedu Hyerin dibuatnya. Dia menjarakkan telefon si ibu dari melekap pada telinga dan duduk memeluk kaki di atas sofa.

"Dah call papa?" Laungan lembut Hyera di dapur, Hyerin diamkan. Dia sentap. Ayahnya marah dan bercakap kasar. Siap matikan telefon sebelum dia ada jawab apa-apa.

"Baby?"

"Papa kata dia sibuk. Dia tak nak diganggu." Suara Hyerin mendatar. Hyera mengerutkan dahi. Lain macam bunyi.

Tadi dia menyuruh Hyerin menelefon Sehun, supaya pulang awal kerana dia ada menjemput beberapa tetamu untuk makan malam di sini nanti sempena majlis ulang tahun Hyerin. Sebenarnya sudah berlalu dua hari lepas dan sudah sambut. Tetapi sengaja Hyera menjemput dan buat sedikit majlis makan-makan.

Tak alih, mood Hyerin pula melayang. Tangan dilap, Hyera berjalan ke ruang tamu dengan apron masih terikat pada tubuh.

"Hei, what's wrong sayang?"

"Papa marah..." panjang muncung si kecil itu. Dahi Hyera berkerut.

"Papa marah? Dia kata apa?"

"Dia tak nak diganggu. Dia sibuk. Lepas tu terus letak."

"Baby sempat cakap tak?"

Hyerin geleng. Air matanya sudah bertakung. Jarang Sehun melenting. Suaranya juga kuat. Patut si kecil ini terasa hati.

Hyera memanjangkan tangan lalu tubuh Hyerin dipeluk erat. Sambil itu dia berfikir, apa sebab suaminya melenting dengan anak tunggal mereka ini tanpa ada alasan? Mesti ada sesuatu...

*****

Sehun kemas meja. Dia tidak sedar jam sudah menayangkan angka 8 malam. Dia langsung tidak sedar. Betapa sibuknya dia hari ini. Pula tu tiba-tiba tadi ada mesyuarat mengejut dengan klien. Masalah rumah tangga. Bergeliga juga otak hendak menasihat sehingga lupa akan kerja yang perlu diselesaikan dengan segera.

Satu hal lagi, Ella tiba-tiba datang ke pejabat semata-mata untuk makan tengah hari. Fikirnya, gadis itu tidak akan munculkan diri selepas dia memberi amaran tadi. Punya keras. Siap tengking. Tapi tetap tak jalan. Malah wajahnya nampak biasa-biasa sahaja.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now