💮 Bab 11 💮

6.6K 656 26
                                    

"Jung, aku dah ambil keputusan. Aku akan berpindah ke Seoul." Pengakuan Hyera itu menyebabkan Na Jung ternganga luas. Anak matanya membulat besar seiring dengan mulutnya. Namun dia masih tidak mengerti dengan apa yang rakan baiknya ini cuba sampaikan.

"Kejap, kau dahlah tak balik sampai ke pagi, lepas tu kau kata yang kau nak pindah Seoul? Habis resort? Siapa nak jaga kalau bukan kau?" Soal Na Jung dengan kerutan di dahi. Melihat Hyera sudah mencapai bagasi di atas almari, hatinya dihambat rasa kebingungan yang maha dahsyat.

"Aku percayakan kau. Tolong jaga resort ni sementara aku tak ada."

"Sementara? Maksud kau, kau akan datang sini semula?" Soalan itu dijawab dengan anggukan kepala Hyera.

"Ya, lepas aku dah dapatkan Sehun semula." Kata Hyera tanpa tapisan. Sekali lagi Na Jung melopong. Bagai hendak luruh rahang mukanya ke lantai. Diperhatikan Hyera menyumbat baju sehelai demi sehelai ke dalam bagasi.

"Kau pindah sebab Sehun? Anak kau?"

"Ya. Aku nak bahagia aku semula. Aku nak suami aku semula, anak aku semula. Aku menyesal sebab tinggalkan diorang dulu. Aku menyesal." Air mata Hyera mula bertakung. Na Jung serba salah. Segera diangkat punggung dari katil dan bergerak mendekati Hyera. Tubuh itu dipeluknya erat.

"Aku sayangkan kau. Carilah kebahagiaan kau tu. Aku tak halang." Ujar Na Jung. Belakang tubuh Hyera digosok-gosoknya untuk menenangkan hati Hyera.

"Terima kasih, Jung. Jaga resort baik-baik. Aku perhatikan kau dari jauh." Kata Hyera. Na Jung melepaskan pelukan.

"Kau nak pergi sekarang ke?" Soal Na Jung. Hyera mengangguk pantas. Dia kembali menyambung kerjanya.

"Kalau nak diikutkan ya. Tapi aku kena sign banyak laporan dulu. Gaji staf kita, kos pembaikan barang yang rosak. Lepas tu kerja kau, tebus cek, pergi bank, ambil sebut harga untuk perabot kita yang dah rosak, check chalet, buat promosi. Macam biasa. Aku tolong kau nanti."

"Tapi aku tak mampu buat sorang-sorang." Suara Na Jung mundur. Hyera mengeluh pendek. Bagasi ditutup dan dizip.

"Please, semangat untuk aku?" Hyera memegang pipi Na Jung dan dipandang dalam anak mata itu. Na Jung mengangguk. Air mata mereka bertakung serentak sebelum mereka kembali berpelukan.

"Aku sayangkan kau," kata Na Jung. Hyera mengangguk pantas.

"Aku lebih sayangkan kau. Jaga diri baik-baik."

*****

Sehun membutangkan baju kemejanya dengan laju. Mesyuarat bakal menjengah dua jam lagi dan dia terpaksa bersiap dengan cepat walaupun baru sahaja tidur tidak sampai 10 minit. Hyerin di tingkat bawah. Sampai sahaja di rumah pagi tadi, Hyerin tersedar dan masih merajuk. Lebih bertambah merajuk apabila Sehun mendiamkan diri sahaja. Tidak memujuk seperti biasa. Bukan Sehun tidak peduli, tetapi dia sengaja. Jika diikutkan, nanti anaknya itu mula menangis. Sekarang tak menangis, biarkan.

Jam tangan disarungkan ke tangan kiri, minyak wangi disembur ke tubuh, beg duitnya dimasukkan ke dalam beg galasnya. Kemudian selepas itu, dia mematikan segala suis yang ada di dalam bilik ini dan keluar. Perlahan-lahan dia menuruni anak-anak tangga dan terlihat susuk tubuh Hyerin yang sedang baring di atas permaidani lembut di ruang tamu. Sedang menonton televisyen.

Sehun tersenyum manis. Kepalanya tergeleng. Tiba di tingkat bawah, dia mendekati Hyerin.

"Baby papa...." Sehun melabuhkan punggungnya di atas sofa berdekatan dengan Hyerin. Tetapi anak kecil itu diam membisu sahaja. Fokus memandang skrin TV.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now