💮 Bab 50 💮

4.9K 556 63
                                    

Sehun mengemas barang-barangnya dan disusun elok di atas meja. Cantik tersusun dan terus dia bangkit dari kerusi untuk keluar. Beg yang sentiasa menjadi teman diambil kemudian dia bergerak ke pintu. Tombol pintu dipulas dan hampir jatuh jantungnya ke lantai.

"Chanyeol.. kau nak tengok aku mati kering kat sini ke?" Soal Sehun, keras. Chanyeol sengih lebar. Dia memeluk tubuh memandang Sehun.

"Belum lagi. Kau nak keluar lunch ke?" Soal Chanyeol. Sehun menganggukkan kepala.

"Haah. Kenapa?"

"Nak ikut. Aku tak ada meeting. Tak jadi. So let's go!" Chanyeol ceria. Sehun mengerutkan dahi. Biar betul bapak orang ni? Lain macam aje...

"Kau sihat tak?" Soal Sehun spontan. Dia keluar juga dari biliknya dan tarik tombol pintu untuk tutup semula pintu biliknya.

"Aku? Of course aku sihat. Kenapa?"

Sehun sekadar senyap. Dia rasa macam ada sesuatu disebalik keceriaan Chanyeol. Bukan senang nak tengol Chanyeol macam budak-budak dalam pejabat. Sekarang ni dah jadi ayah, tapi perangai tu tetap juga kurang matang. Tapi percayalah, seorang Park Chanyeol sangat charming pada mata semua gadis dan wanita di luar sana. Fuhh..

Dalam perjalanan ke kafe, mereka berbual. Macam dah lama tak jumpa. Mereka kemudiannya masuk ke dalam sebuah kafe dan melabuhkan punggung di meja kosong. Selesai membuat pesanan, Chanyeol menumpukan matanya ke arah Sehun. Lama.

"Dah kenapa pandang aku macam tu? Nak jadi kunyit pula?"

"Apa salahnya. Kan?"

"Nak mati awal eah?"

Besar ketawa Chanyeol. Sehun menggeleng sambil ketawa. Bongok punya kawan.

"Taklah.. aku tak sangka kau sibuk sampai lupa hari ni hari apa." Kata Chanyeol. Lagi berkerut kening Sehun.

"Aku ingatlah." Katanya. Mata Chanyeol membulat tidak percaya.

"Serius?!"

"Yelah."

"Okay what day today?"

"Selasa."

Terdiam Chanyeol dibuatnya. Terus lemah tubuh menyandar kerusi dengan wajah aku-tak-sangka-kau-punya-bongok-tahap-tak-boleh-bawa-bincang.

"Why? Why looking me like that?" Soal Sehun tanpa ada rasa bersalah. Chanyeol sudah sampai tahap menganga mulut tak boleh katup. Dia menegakkan tubuhnya dan memandang tepat Sehun.

"You ask me why? Why? Takkan tak ada soalan lain? Sejuk sikit hati." Kata Chanyeol. Sehun menggeleng halus. Tak faham. Pelayan datang membawa pesanan mereka dan selepas beredar, mereka sambung borak lagi.

"Actually aku tak faham kenapa semua orang tanya aku hari ni hari apa? Takkan kalender tak ada kut? Atau sistem kat dunia ni tiba-tiba stuck sampai kalender handphone dah tak function?" Selamba Sehun menyoal tanpa ada rasa bersalah atau ingin tahu. Chanyeol semakin gila. Dia menggenggam penumbuk.

"Patutlah Hye..."

Drtt.. drtt..

Chanyeol tamatkan ayat. Nasib baik telefonnya berbunyi. Sehun sibuk dengan minumannya. Chanyeol mengeluarkan telefon dan menjawab panggilan daripada isterinya itu.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now