💮 Bab 21 💮

8.3K 694 43
                                    

"How, bro? Feeling better now?" Soal Chanyeol sambil menarik kerusi yang ada di hadapan Sehun kemudian dia duduk. Sehun yang baru sahaja masuk kerja hari ini selepas tiga hari cuti mengangguk.

"Hmm.. bolehlah. Sikit-sikit." Jawab Sehun. Suaranya pecah-pecah kerana masih dalam keadaan yang belum sihat. Tetapi dia lebih stabil dan lebih kuat berbanding hari sebelum-sebelumnya. Hyera pula bekerja. Dia tidak mahu menelefon wanita itu supaya datang ke rumah. Entah, tiba-tiba rasa segan walaupun Hyera ialah bekas isterinya.

"Aik? Masih sikit-sikit lagi? Hyera jaga kau kan?" Chanyeol tersenyum-senyum. Sehun menjeling dan berdecit.

"Apa kau ni?"

"Eleh... nak selindung konon."

"Aku seganlah." Kata Sehun. Chanyeol ketawa mengekek.

"Confess jelah. Ajak kahwin semula." Cadang Chanyeol. Sehun mengeluh mendengar cadangan itu.

"Aku dah buat dulu baru nak suggest kat aku." Katanya. Chanyeol tergamam seketika. Terkebil-kebil mata memandang si kawan yang baru membuat pengakuan itu.

"Apa kau cakap? Kau dah buat?" Sehun mengangguk tanpa memandang wajah Chanyeol.

"Maksudnya, kau ajak Hyera kahwinlah?"

"Ya, Park Chanyeol."

"Wow! So? Apa reaction dia?" Soal Chanyeol, teruja. Kening Sehun terangkat dan sekali lagi dia mengeluh panjang.

"Tak sempat dengar dan dia tak sempat bagitahu." Kening Chanyeol berkerut.

"Kenapa pula?"

"Hanbyul."

Chanyeol terdiam. Hanbyul... isterinya terlibat sama. Dia mengawal riak muka supaya nampak biasa dan tidak palsu.

"Kenapa pula dengan Hanbyul?"

"Dia potong line aku lah!" Kata Sehun, geram. Chanyeol mengangguk dan diam lagi. Matanya terpejam. Malu dengan sikap isterinya. Entah buat kali ke berapa dia sendiri pun tidak pasti. Apa yang pasti, dia perlu melakukan sesuatu supaya Hanbyul berubah fikiran dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap dia seorang sahaja. Bukan Sehun, bukan sesiapa.

"Bila entah nak kahwin. Menyibukkan hal orang." Sambung Sehun lagi. Dia membaca teks yang berada di atas kertas sekarang ini. Laju matanya bergerak ke kanan ke kiri. Apabila terjumpa sedikit kesalahan, dia bulatkan.

"Kau tak terfikir ke yang Hanbyul dah kahwin?" Chanyeol pancing. Kepala Sehun terangkat.

"Aku tak jumpa lagi ada perempuan yang dah kahwin, gatal dengan lelaki lain."

"Eh ada, bro. Ada. Ramai."

"Siapa?"

"Hanbyul tu lah!" Chanyeol tersentak. Err.. dia terlepas cakap. Mulut yang berpuaka itu ditutup dengan tangan. Sehun mengerutkan dahi. Dia mengecilkan mata memandang Chanyeol.

"Kau kata Hanbyul? Macam kau tahu je yang dia dah kahwin." Kata Sehun perlahan. Sesekali hidung yang berair dilap dengan tisu. Gatal hidung.

"Aku agak je. Yelah manalah tahu dia kahwin senyap-senyap ke, kahwin paksa ke kan? Tak mustahilkan?"

"Ya, memang tak mustahil. Tapi pelik!" Jawab Sehun. Chanyeol berhenti membahas topik yang membahayakan itu. Sebenarnya, lebih elok jika dia beritahu Sehun tentang hal ini. Sehun akan jauhkan diri dan mudah dia untuk membentuk Hanbyul. Tetapi sekarang rancangannya lain. Disebabkan hatinya mudah jatuh cinta, sekarang ini Hanbyul pula sedang mengusik-ngusik tangkai hatinya. Dan disebabkan itu jugalah dia cuba untuk membuat Hanbyul jatuh cinta dengannya dan sekali gus dia dapat menenangkan Sehun daripada gangguan Hanbyul. Bijakkan?

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now