💮 Bab 9 💮

5.6K 674 11
                                    

Hyerin tersandar kekenyangan setelah selesai makan tadi. Wajahnya nampak ceria sedikit dari tadi. Hyera pula sedaya-upaya hendak memujuk dan akhirnya dia berjaya walaupun masih rasa tidak berpuas hati dengan diri sendiri. Terasa bodoh benar apabila tidak boleh menunaikan permintaan si anak walaupun remeh. Hyera mengeluh panjang. Sambil itu dia mencuci tangan di sinki. Sesekali matanya memandang Hyerin yang berada di atas katil. Sedang menonton TV.

"Baby, dah lewat ni. Tak nak tidur?" Soal Hyera sambil mengelap tangan. Kemudian kakinya di bawa ke katil.

"Dah malam ke, mama?" Soal Hyerin. Hyera mengangguk. Jam tangannya ditayangkan di hadapan wajah Hyerin.

"Dah pukul 12. Tapi papa tak balik lagi." Suara Hyerin muram sekejap. Hyera tersenyum lantas dahi luas anaknya itu dikucup.

"Nanti papa baliklah. Mama yakin, esok lepas bangun tidur je, papa mesti dah ada." Kata Hyera. Terpaksa dia menyakinkan Hyerin walaupun dia tidak tahu bila Sehun akan pulang.

"Dahlah esok nak balik." Kata Hyerin lagi. Hyera memandang Hyerin dengan kerutan di dahi.

"Balik? Maksudnya, balik Seoul?" Kepala Hyerin terangguk. Hilang senyuman Hyera dibuatnya. Lantas tubuh kecil itu dipeluk.

"Mama will miss you."

"Mama tak nak ikut ke?"

"Pergi mana?"

"Balik rumah papa."

Hyera melepaskan pelukan seraya menggeleng. Tersenyum dia melihat muncung panjang Hyerin.

"Alah.... nanti bila lagi nak jumpa mama."

"Bila-bila masa. Kalau ada masa, mama balik Seoul, kita keluar sama-sama. Okey?"

Hyerin mengangguk dengan senyuman. Dia menarik tangan ibunya supaya baring di sebelah. Hyera ikutkan sahaja. Dari tadi dia rasa sebak. Entah kenapa, dia rasa bahagia tidak terkira. Tetapi hatinya tidak tenang selagi Sehun tidak berdamai dengannya. Rasa kurang tenteram sahaja.

"Baby nak tidur."

"Tidurlah..."

"Tapi papa tak ada."

Hyera memeluk Hyerin sambil menepuk-nepuk punggung si kecil itu perlahan. Hyerin pejamkan mata. Dia tiada jawapan untuk itu melainkan cuba untuk melekakan Hyerin sahaja.

"Mama,"

"Hmm?"

"Tadikan, papa ada bagi satu handphone kat baby sebab dia nak keluar cari breakfast. Baby ambillah phone tu. Tapi, phone tu kan, bukan yang baby selalu guna. Baby nampak muka mama dekat lockscreen tu. Tapi dia mati balik. Papa datang, ambil phone tu semula lepas tu simpan." Cerita Hyerin sambil bermain dengan rantai leher Hyera. Hyera yang mendengarnya cuba untuk menghadam dengan baik walaupun jantungnya berdegup tidak sekata.

"Handphone? Handphone apa?"

"Iphone."

"Gold?"

"Ya. Papa kata, tu dia punya." Sambung Hyerin lagi. Hyera menggigit bibir sambil mengusap kepala Hyerin.

"Boleh baby tunjuk mama phone tu?" Soal Hyera. Dia mahu mencuba nasib dan ingin tahu, adakah benar telefon itu adalah telefon lamanya? Tapi, mustahil Sehun masih simpan. Sekarang, mungkin Sehun dan lupakannya.

"Emm... I'm not sure mana papa simpan. Tapi kejap, baby cari." Bingkas si kecil ini bangkit dari bahu ibunya dan turun dari katil. Kemudian beg Sehun dicapai dan dibawa ke katil. Hyera duduk bersila. Diperhatikan anaknya menyelongkar beg bekas suaminya itu dan mencari apa yang dia minta.

"Hah! Ini!" Maka, keluarlah sebuah telefon pintar yang dikatakan oleh Hyerin. Ternganga Hyera dibuatnya. Kemudian telefon itu disambut.

"Baby..."

"Hmm?"

"Papa simpan lagi ke phone ni?"

Hyerin mengerutkan dahi. Tidak faham dengan soalan Hyera.

"Of course dia simpan. Papa punya." Polos. Hyera tergelak. Dia jadi teruja. Lantas punat tengah itu dibuka. Ada kata laluan. Laju tangannya menaip dan serta-merta terbuka.

"Eh! Mama tahu password phone ni?!" Hyerin menyoal teruja. Dia mendekati ibunya dan melihat apa yang Hyera buka.

Hyera menahan sebak di dada. Satu per satu kenangannya bersama Sehun dibuka. Daripada zaman bercinta, sampailah kahwin. Penuh fail imej telefon ini dengan segala kenangan mereka berdua. Namun, kali terakhir telefon ini digunakan ketika dia sudah bercerai dengan Sehun. Tidak sangka pula, Sehun masih simpan. Malah tiada satu pun fail yang dipadam.

"Mama? Kenapa menangis?" Soal Hyerin dengan nada suaranya yang perlahan. Diseka air mata ibunya dengan tangan. Hyera tergelak kecil. Dia tersenyum.

"Tak ada apa-apa. Gatal tadi, sebab tu mama menangis. Tak boleh garu." Kata Hyera. Tubuh Hyerin dipeluk seketika.

"Mama nak pakai ke phone tu? Baby nak simpan beg papa ni. Nanti dia marah baby ambil phone ni." Kata Hyerin.

"Sekejap lagi mama simpan. Mama nak tengok sekejap. Meh sini tidur." Hyera menepuk tilam di sebelah. Hyerin menyimpan beg Sehun semula dan panjat katil. Kemudian dia masuk ke dalam selimut dan labuhkan kepala di atas bahu si ibu. Sementara Hyera masih memegang telefon tadi dengan seribu satu pertanyaan.

"Tidur. Dah lewat."

"Okey. Good night, mama."

"Good night, sayang."

Selepas Hyerin tertidur di atas bahunya, Hyera membuka semula telefon bimbit itu dan mula membeleknya satu per satu.

'Kenapa dia tak buang handphone ni?'

'Dia masih ingat aku? Atau dia cuma simpan je?'

'Bohong kalau dia tak ingat. Dia mesti ingat. Kalau tak, kenapa dia masih simpan?'

Hyera pejamkan mata serapat yang mungkin. Otaknya geliga. Memikirkan teori dan andaian hati sama ada Sehun masih mengingatinya ataupun tidak. Tetapi, kalau betul dia lupa, kenapa telefon ini masih disimpan? Sedangkan di dalamnya banyak kenangan lama mereka. Malah tiada satu pun yang dipadam.

"Sehun... awak masih sayangkan saya ke?"

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now