💮 Bab 28 💮

7.1K 631 52
                                    

Sehun dan Hyera berjalan berpegangan tangan menuju ke chalet. Disebabkan cuaca kelihatan sudah mula menutup tirai waktu siang, Sehun bercadang untuk pulang ke rumah malam nanti. Dia mahu berehat di sini dahulu sebelum memandu pulang ke rumah tanpa henti. Jemput Hyerin di rumah Chanyeol dan terus pulang ke rumah.

"Nak makan tak? Kat sini ada menu baru." Pelawa Hyera. Melihat Sehun menggeleng, tahulah dia bahawa Sehun sebenarnya mahu pulang ke rumah dengan segera.

"Saya tak boleh lambat. Nak berehat sekejap, lepas 30 minit kena balik. Kalau tak anak awak tu merajuk. Saya dah janji nak jemput pukul 9." Kata Sehun. Hyera melihat jam tangan. Kemudian dia merenung Sehun di sebelah.

"Sekarang pukul 6 setengah. Sepatutnya awak gerak sekarang. Barulah on time,"

"Halau?"

"Tak. Tak kata pun." Hyera menghantar Sehun ke chalet yang ditempah khas buat bekas suaminya itu. Kunci chalet diberi, Hyera sekadar berdiri di hadapan chalet Sehun.

"Apa-apa, call."

"Tak nak masuk?"

Hyera menggeleng sambil tersenyum.

"Banyak kerja nak kena buat. Restlah." Kata Hyera dan dia bersedia untuk beredar. Tetapi, tangannya tiba-tiba diraih. Hyera belum sempat hendak berkata apa-apa. Dia ditarik masuk ke dalam chalet dan pintu ditutup pakej kunci sekali. Hyera mengerutkan dahinya, hairan.

"Kenapa, Sehun?"

"Saya baru teringat yang saya ada benda nak cakap dengan awak." Kata Sehun. Dia melepaskan tangan Hyera dan dihempaskan tubuhnya atas katil. Hyera berdiri memeluk tubuh bersandar pada dinding.

"Apa dia?"

"Pasal Chanyeol dengan Hanbyul."

"Kenapa dengan dia?" Hyera masih tidak faham. Dia mengambil tempat di sebelah Sehun dan memandang lelaki itu dalam.

"Chanyeol kahwin dengan Hanbyul sebab kita." Kata Sehun lagi. Hyera terpempan.

"Kenapa pula sebab kita?"

Sehun menarik nafas panjang. Perlahan-lahan dia menceritakan apa yang Chanyeol ceritakan tadi, kepada Hyera. Hyera dengar penuh teliti. Sekejap dia terkejut, sekejap dia hairan, sekejap dia terdiam. Selesai Sehun bercerita, mereka diam satu minit.

"Kenapa Chanyeol buat macam tu? Kesian Hanbyul."

"Kenapa nak kesian Hanbyul pula?"

"Dia cintakan awak. Tapi dia terpaksa kahwin dengan Chanyeol. Kahwin jelah dengan awak. Apa maslaahnya kan?" Kata Hyera tanpa rasa bersalah dan dia rasa itu tidak salah. Sehun mendengar dengan wajah yang tidak puas hati.

"Kenapa suka libatkan saya dengan Hanbyul? Nak sangat suruh saya kahwin dengan dia?" Soal Sehun, keras. Hyera terkebil-kebil.

"Betulkan? Dia suka awak?"

"Tapi saya tak suka dia. Saya tak cintakan dia." Kata Sehun. Terasa berapi satu kepala.

"Are you sure? Awak kenal Hanbyul lepas kita bercerai tau. Takkanlah sikit pun tak ada rasa apa-apa?" Hyera tersenyum-senyum. Sengaja hendak menyakat Sehun. Dia tahu Sehun akan melenting nanti dan dia tahu cara nak pujuk.

"Sengaja nak buat saya marahkan?" Mendengar suara Sehun dah lain, Hyera ketawa. Dia mengesot sedikit dan memeluk tubuh sasa itu.

"Okey, okey, okey. Saja je tanya."

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now