💮 Bab 18 💮

7.7K 724 42
                                    

"Ini semua jadual-jadual Tuan Oh sepanjang minggu ni. Puan tahu kan yang dia..."

"Sooyoung, saya tak selesa bila awak panggil saya puan. Awak tahu kan yang saya dengan Tuan Oh..."

"Puan Park, saya masih mengharapkan yang tuan dengan puan bersama semula. Saya kekok. Maafkan saya," Sooyoung menundukkan tubuhnya. Hyera membulatkan mata. Pantas dia menolak bahu Sooyoung supaya tegakkan tubuh semula.

"Awak jangan macam ni. Awak tak boleh layan saya macam dulu. Sekarang, kita sama-sama pekerja. Layan saya macam kawan awak boleh?" Pinta Hyera. Melihat gelengan Sooyoung, serba salah dia dibuatnya.

"Saya tak boleh, puan."

"Boleh, awak boleh."

"Puan maafkan saya, saya betul-betul tak boleh. Saya nak layan puan macam dulu. Ya?"

Bingung Hyera dibuatnya. Kedegilan Sooyoung menyebabkan dia terpinga juga. Bagaimana dia hendak profesional kalau Sooyoung sendiri tak boleh anggap dia sebagai pekerja di sini? Ramai yang terkejut. Bukan Sooyoung seorang. Semua.

"Awak sorang je. Yang lain, no. Okey?" Hyera terpaksa bertolak ansur juga walaupun dia tetap rasa janggal. Sooyoung tersenyum. Dia mengangguk.

"Baik, puan. Err... kalau tak ada apa-apa lagi, saya nak kemas meja sekejap. Esok saya dah nak kena pergi. Jaga diri, puan. Jangan lupa bagitahu saya kalau puan nak tukar number. Karang tak pasal-pasal kita lost contact pula." Sempat Sooyoung berpesan kepada Hyera. Memandangkan dia akan berlepas ke Australia esok, jadi dia melepaskan rindu dengan semua teman rapatnya di sini.

"Dean orang sana ke?" Soal Hyera. Sooyoung mengangguk sambil mengemas fail-failnya masuk ke dalam kotak. Hyera tidak segan membantu sekali.

"Ya. Haih, menyesal pula tak tanya asal usul dulu. Main kahwin je." Kata Sooyoung. Hyera hampir tercekik air liur mendengarnya.

"Kecil hati dia dengar awak cakap macam tu, Sooyoung. Untunglah dapat suami orang sana. Karang dapat baby made in Australia." Senda Hyera. Sooyoung terpecah ketawa.

"Puan ni. Malu saya dengar."

"Inilah last kita bergurau, Sooyoung. Esok kita dah tak jumpa dah." Kata Hyera. Nada suaranya menurun. Sooyoung memperlahankan gerak tangannya menyusun.

"Janganlah buat saya sedih, puan. Saya..."

Hyera segera memeluk tubuh tinggi lampai itu ke dalam dakapannya. Belakang tubuh Sooyoung diusap lembut.

"Jaga diri dekat sana, Sooyoung. Saya akan ingat awak." Kata Hyera. Sooyoung mengangguk.

"Puan pun jaga diri juga. Jangan bergaduh dengan tuan."

"Mana ada saya gaduh," pelukan terlerai. Sooyoung mengelap sedikit tubir matanya yang basah. Hyera menunduk sekilas. Cuba kawal emosi walaupun dia sendiri pun tak boleh hendak mengawal rasa emosi itu dengan baik. Sejak kahwin, Sooyoung dan dia memang rapat. Tetapi mereka tidak berhubung sejak kes penceraian itu berlaku. Lepas 4 tahun, baru hari ini mereka bersemuka semula.

"Jaga kesihatan puan. Jangan buat kerja yang pelik-pelik. Kecut jantung, tuan menangis lagi." Kata Sooyoung. Sempat dia mengutuk Sehun. Mujur Sehun sekarang berada di bilik mesyuarat.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now