💮 Bab 47 💮

5.2K 576 80
                                    

Hyera mengurut pelipis yang berdenyut-denyut tidak menentu sejak kelmarin. Bukan main kuat kepalanya berdetak. Terasa seperti hendak pecah pun ada.

Kerja yang berlambak diketepikan. Lalu kepala yang memberat diletak di atas meja beralaskan dengan lengan.

"Sayang..." panggilan lembut itu menyapa tenang telinganya. Dengan mata yang berat, Hyera mengangkat kepalanya semula dan membuka mata. Wajah Sehun yang segar dipandang lemah.

"Hmm.."

"Aik? Dah kenapa? Baru lepas makan biskut mayat ke apa?"

Hyera mengerutkan dahi. Tak faham. Dia berdecit kecil lantas menggeleng.

"Apa awak ni? Saya pening kepala. Semua yang ada kat sini, ada dua. Termasuk awak." Adu Hyera dengan suara yang tenggelam timbul. Nampak penat sangat gayanya. Seminggu lebih dia berjaga di waktu malam dan tidur sekadar 3 jam. Semata-mata untuk menyiapkan satu persiapan majlis perkahwinan yang akan diadakan di pantai ini dan hampir 3 per 4 chaletnya bakal disewa dari orang warganegara Barat.

"Tu lah. Tidur lewat. Sejak kita balik dari resort, awak jarang tidur. Pergilah tidur. Tenangkan otak tu dulu." Arah Sehun, lembut. Lengan isterinya dipaut mesra lantas ditarik tubuh itu supaya ke katil.

"Tak naklah, Sehun."

"Tak elok lawan cakap suami."

"Oh Sehun." Hyera menjeling tajam wajah Sehun yang menahan ketawa itu. Merah telinganya kerana ketawa. Tetapi lengan Hyera masih erat digenggam. Hyera terpaksa juga bangun dan dengan perlahan-lahan dia melabuhkan kepala di atas bantal.

Terhela satu keluhan lega bercampur sakit dari bibir Hyera. Sehun menyingsing lengan baju kemejanya sebelum menarik selimut menutupi separuh tubuh isterinya itu.

"I got to go. Pagi ni ada perbicaraan dekat mahkamah. Saya balik lewat. Jaga diri, sayang. Jaga baby. Jangan lupa makan. Bye. I love you." Seluruh wajah itu diciumnya setelah menitipkan pesanan dan terus dia melangkah pergi keluar bilik. Sehun melangkah pantas ke tingkat bawah dan memboloskan diri ke dalam kereta.

Kereta dipandu dengan cermat. Setibanya di lampu isyarat, telefon Sehun bergetar. Susah payah dia menarik gajet itu keluar dari poket seluarnya. Nama seseorang tertera. Terus dia jawab panggilan.

"Helo."

"Helo, Sehun."

"Ya. Nak apa?"

"Awak masih save number saya?"

Sehun tersenyum. Dia mengetuk stereng kereta dengan hujung jari telunjuknya.

"Mestilah save. Awak masih kawan saya." Kata Sehun. Tenang lagaknya. Walaupun dia tidak menyangka wanita yang pernah menggilainya suatu masa dahulu akan telefon kembali.

"Sehun... boleh tak kalau kita jumpa?"

"Err.. saya ada perbicaraan pagi ni. Masa lunch nanti boleh?"

"Boleh. Saya tunggu dekat tempat biasa."

"Okey." Jawab Sehun. Kemudian talian sunyi.

"Saya kena letak dulu. Tengah drive. Jumpa tengah hari nanti ya?" Sehun berkira-kira hendak meletakkan telefon.

"Emm.. okey. Thanks." Kata si pemanggil. Kening Sehun bertaut.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now