💮 Bab 5 💮

7.7K 707 65
                                    

"Ra!" Jeritan Na Jung menyebabkan pen yang berada di tangan Hyera terpelanting cantik. Hyera mengurut dada. Na Jung dijeling dengan mata yang tajam.

"Dah tak sabar nak tengok aku mati kering ke?" Sindir Hyera sedikit pedas. Na Jung menyengih. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil Hyera. Wanita itu sedang membuat rekod keluar masuk resort mereka berdua. Malam dan siang kerja Hyera dan Na Jung memang begini. Sibuk dengan pelbagai rekod yang perlu sentiasa diperiksa.

"Aku tak adalah jahat sampai macam tu sekali."

"Kenyataan, Na kenyataan." Kata Hyera sebelum menyambung kembali kerjanya. Dia menilik beberapa chaletnya yang bakal dibersihkan esok hari.

"Ni, aku nak tanya kau sesuatu."

"Hmm... tanyalah."

"Tadi aku ada ternampak kau dengan sorang budak perempuan. Dalam... 4 5 tahun macam tu. Comel sangat! Siapa tu?" Hyera berhenti membuat kerjanya. Terbantut seketika dengan soalan Na Jung. Kepala diangkat bersama keluhan ringan. Tidak lama selepas itu, bibirnya mengukir senyuman.

"Kau nak tahu tu siapa?"

"Siapa?!"

"Tu... Hyerin. Anak kandung aku."

Dan buat pertama kalinya Na Jung menganga luas seluas-luas alam. Tangan menjadi perisai daripada dimasuki lalat atau segala jenis serangga yang boleh memudaratkan tubuh. Hyera yang melihat ketawa.

"Tak payahlah sampai macam tu sekali."

"Aku teruja! Sumpah! Comelnya! Tu Hyerin ke?! Anak kau?!" Hyera mengangguk laju bersama dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir. Melihat Na Jung yang teruja, lagilah dia teruja.

"Macam mana kau boleh jumpa dia? Tak maksud aku... bekas suami kau dekat sini ke?" Soal Na Jung. Hyera masih dengan ketawanya. Dia tahu Na Jung terlalu teruja sehingga susah untuk mengeluarkan soalan. Dia mengangguk.

"Ya, dia ada. Tapi aku cuma jumpa baby je. Aku tak nak jumpa bekas suami aku."

"Lah kenapa pula? Jumpalah bekas suami kau." Ujar Na Jung sambil tangannya menepuk paha Hyera sedikit kuat. Hyera mengaduh kecil lantas menggosok perlahan kawasan pahanya yang menjadi tepukan Na Jung.

"Aku tak nak. Aku tak nak terburu-buru. Aku nak jumpa baby je dulu setakat ni. Nak dekatkan diri dengan baby. Kalau boleh, aku tak nak jumpa Sehun. Aku tak nak." Suara Hyera perlahan. Kepalanya menunduk. Na Jung yang melihat kemuraman rakan baiknya itu menggosok bahu Hyera perlahan.

"Relakslah. Jangan stress."

"Aku tak nak Sehun tahu aku dah jumpa baby tadi. Mesti dia tak izinkan baby jumpa aku lagi lepas ni."

"Eh, mana boleh. Baby anak kau juga. Dia tak boleh halang."

"Tapi aku yang bodoh dulu. Aku sendiri tolak hak penjagaan tu depan hakim." Kata Hyera. Suaranya menggigil sayu. Nafasnya sedikit tidak teratur. Sedih mula mengejar diri.

"Tu kan kisah lama kau. Kesalahan yang kau tak sepatutnya ingat lagi." Kata Na Jung. Cuba memberikan semangat kepada Hyera. Tetapi Hyera nampak sama seperti tadi. Masih suram dan sedih.

"Sehun memang dah maafkan aku, tapi dia susah nak melupakan. Dia akan kaitkan kesalahan tu. Dan memang salah aku pun, Na. Aku salah. Memang aku salah. Aku bodoh sangat masa tu. Aku terkejarkan Baekhyun. Lama-lama, yang aku kejar tak dapat, yang aku kendong berciciran." Nafas ditarik dalam-dalam. Wajah yang sembam diraup dengan telapak tangan. Bahunya masih diusap oleh Na Jung.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now