💮 Bab 55 💮

4.5K 595 177
                                    

"Hyera, makanlah sikit. Lapar nanti." Pujukan Hanbyul tidak diendahkan Hyera. Hyera hanya selesa duduk di atas sofa rumah Hanbyul dan Chanyeol ini tanpa mempedulikan kesihatan diri yang semakin hari semakin merosot.

Sebulan sudah Sehun pergi meninggalkan hidupnya. Sungguh, tidak terurus. Hyera kerap demam dan sakit. Jantungnya mudah lemah. Hyerin pula lebih kurang sama dengan ibunya tetapi disebabkan dia kanak-kanak yang polos, dia akan nampak tenang apabila ada yang mencuri perhatiannya. Seminggu Hyera tinggal di rumah sendirian, memang tidak terurus sehinggakan rumahnya habis berselerak kerana ada perompak masuk. Mujur ketika itu Hanbyul dan Chanyeol tergerak hati untuk datang menjenguk, jadi tiada sebarang kerugian yang berlaku.

Kini, Chanyeol mengupah beberapa orang pengawal keselamatan dan pembantu rumah untuk menjaga rumah Sehun sementara lelaki itu tiada di sini. Chanyeol sekarang bertungkus-lumus menguruskan syarikat guaman Sehun. Walaupun Sehun tidak menitipkan apa-apa pesanan, tetapi dia tahu Sehun pasti memerlukan khidmatnya. Chanyeol rasa bertanggungjawab dengan syarikat tersebut.

"Hanbyul..." suara serak Hyera menarik perhatian Hanbyul. Pantas Hanbyul mengalihkan mata kepada Hyera. Rambut wanita itu diusap perlahan. Wajahnya cengkung. Kurus sangat. Mengandung pula tu.

"Ya, Hyera?"

"Bila Sehun nak balik?"

Hanbyul menarik nafas panjangnya dan melepaskan perlahan-lahan. Dia mati akal jika Hyera menyoal tentang itu. Tetapi disebabkan dia sayang, dia jawab juga.

"Tak lama lagi dia baliklah. So, awak kena makan. Mesti dia marah kalau dia balik, tengok keadaan awak macam ni." Kata Hanbyul, memujuk. Sesekali matanya memandang Hyerin dan Hana yang bergembira di bawah. Sejuk sikit hatinya kerana Hyerin sudah tidak mengigau dan meracau seperti dulu. Hanya Hyera sahaja yang kerap mengigau.

"Dia dah janji, Hanbyul. Dia takkan mungkir janjikan?" Air mata Hyera meleleh lagi sehingga dadanya berombak. Sesak nafas. Cemas Hanbyul dibuatnya. Mangkuk makanan diletakkan di atas meja dan tangannya mula mengusap dada Hyera perlahan-lahan. Beginilah keadaan wanita ini. Jantungnya sangat lemah sehingga darah sukar berjalan dengan lancar. Risau Hanbyul kalau-kalau Hyera pengsan lagi. Dengan alahan mengandungnya lagi. Lagilah Hanbyul bertambah risau.

"Ya, Hyera. Dia tak akan mungkir janji. Awak makan ya? Jangan nangislah. Tak elok menangis. Nanti baby pun ikut nangis." Lembut tangan Hanbyul menyentuh perut Hyera perlahan. Dah mula rasa membenjol sedikit. Minggu depan masuk usia dua bulan. Wajar jika tubuh Hyera berisi. Tetapi sekarang terbalik.

Hyera mengelap air matanya. Dia menarik Hanbyul ke dalam pelukan. Hanya Hanbyul yang mampu menenangkan dirinya sekarang ini. Selama sebulan dia berjuang, Hanbyul sahaja yang bersungguh-sungguh meneningkannya.

"Okey, makan sikit." Pelukan terlerai, Hanbyul menyuap makan sedikit. Sedih dia melihat Hyera menelan makanan dengan wajah berkerut. Bayangkan.. kalau seminggu Hyera cuma makan makanan berat sehari sahaja? Yang lain sekadar diisi dengan air kosong dan vitamin untuk kenyangkan perut. Sebab itulah Hyera kurus dan nampak lemah. Tenaga hilang.

"Minggu depan, kita pergi buat check up okey?" Hanbyul mengingatkan Hyera. Hyera mengerutkan dahinya dan lantas menoleh Hanbyul.

"Check up baby?"

Hanbyul mengangguk. Hyera diam. Tangannya nampak menggigil.

"Saya takut jarum. Sehun..." lemah lagi hati Hanbyul. Ya tuhan, betapa utuhnya cinta mereka. Mereka sangat memerlukan tetapi kali ini, Hyera terpaksa menanggung rasa sakit untuk pengambilan darah sendirian. Tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan Hyera nanti di hospital. Buat pemeriksaan tanpa suami. Luluhkah hatinya?

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now