💮 Bab 42 💮

5.6K 636 268
                                    

Sehun tidak boleh duduk tenang dari tadi. Jam sudah menayangkan angka 7 malam, tetapi tanda-tanda Hyera akan pulang bagaikan mimpi. Dia risau kerana Hyera tidak berapa mahir memandu dalam keadaan malam kerana dia yang menegah dari dulu.

Itulah kau, masa dia ada, kau buat-buat tak nampak. Bila dia tak ada, tahu pula kau takut. Suara berbisik jengkel dari benaknya. Sehun panasaran.

Tubuh segera diangkat dari sofa. Telefon dan kunci kereta dicapai. Dia mahu mencari Hyera.

Masuk sahaja ke dalam perut kereta, tiba-tiba dia mendapat satu panggilan daripada seseorang. Sehun mencapai telefonnya dan segera dijawab.

"Helo, Puan Nam."

"Sehun ya? Makcik nak bagitahu, Hyera ada dekat rumah makcik. Hyerin pun ada. Makcik takut kamu risau. Tak apa, makcik tahu masalah kamu dengan dia." Sehun memejamkan mata lantas tubuhnya disandarkan secara kasar pada kerusi. Lega.

"Putus nyawa saya nak cari dia."

"Dia ada. Tapi makcik harap, kamu bagi dia ruang boleh? Dia larang makcik bagitahu kamu kat mana dia sekarang. Tapi makcik risau kalau kamu cari dia jauh-jauh. Tu yang bagitahu." Lembut suara Puan Nam. Sehun ketuk stereng dengan hujung jari.

"Terima kasih, makcik. Salah saya sebab melenting. Salah saya juga sebab abaikan dia." Kata Sehun. Dia akui dan dia sedar, ini memang salah dia. Menyesal.

"Memanglah macam ni. Rumah tangga, tak akan lebih bahagia kalau tak ada pergolakan. Bukannya makcik nak masuk campur, tapi kamu bagi dia ruang untuk bertenang. Ya?"

Sehun mengangguk.

"Baiklah, makcik. Sekarang dia dekat mana?" Soal Sehun.

"Dia keluar pergi klinik sekejap. Kaki dia terkena kaca tadi." Kata Puan Nam. Mata Sehun membulat.

"Terkena kaca?! Macam mana boleh terkena?"

"Dia pegang gelas, terlepas. Lepas tu terpijak. Tapi tak apa, anak makcik tolong dia tadi hantar pergi klinik." Kata Puan Nam. Sehun mengerutkan dahi. Anak?

"Joo Hyuk ke?"

"Ya.."

Sehun menarik nafas panjang. Mula rasa tak selesa tapi dia tahan rasa perasaannya.

"Okey. Terima kasih. Tolong jagakan dia untuk saya ya?"

"Ya. Jangan risau, dia baik-baik je dekat sini."

"Terima kasih, makcik."

"Sama-sama."

Sehun letak panggilan. Dia pejamkan mata lagi. Lega.

Drtt.. drtt..

Sehun melihat telefon. Keluhan panjang dilepaskan perlahan-lahan. Walaupun penat, dia tetap menjawab panggilan tersebut.

"Helo, Ella."

"Sehun! Tolong I!" Jeritan Ella menyebabkan mata Sehun segar.

"You kenapa?"

"I kena ragut. Kaki I melecet. Tolong I, Sehun.." ada tangisan pada hujung ayat itu. Sehun raup muka dengan tangan.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now