💮 Bab 37 💮

4.7K 576 97
                                    

Hujan lebat pada hari ini tidak berhenti dari siang tadi sehingga dia tertidur di dalam pejabat. Betapa enaknya dia terlena. Kalau bukan kerana pengawal keselamatan yang mengejutkannya tadi, sampai ke esok dia tertidur gamaknya.

Dengan langkah yang longlai dan lemah, Sehun bangkit dari kerusi dan mengemas meja ala kadar. Kunci kereta dicapai berserta beg dan kot. Dia kemudiannya berjalan terus keluar bilik dan turun ke lobi utama. Hujan masih lagi merintik lemah menyembah bumi. Sudah lama tidak disimbah air hujan. Hari ini puas bumi bermandi dari siang tadi sehinggalah menginjak ke malam.

Pintu kereta dibuka dan dengan pantas dia masuk ke dalam. Sehun terus memandu masuk ke jalan raya menuju ke rumahnya yang berada di tengah-tengah kota.

Kereta Sehun pegun apabila tiba di lampu isyarat merah.

Drtt.. drtt...

Telefon bergetar, menandakan mesej masuk. Sehun terus mencapai dan melihat skrin. Senyuman nipis terukir di bibir. Hyera. Dia membalas mesej yang berbunyi, 'Sehun, boleh tak tolong belikan jeruk buah dekat kedai Makcik Kang. Anak awak ni mengidam nak makan jeruk buah.'

Sehun meletakkan semula telefon bimbit di tempat telefon selepas membalas mesej Hyera. Kenapalah bukan awak yang nak makan jeruk buah tu? Kalau tak, saya dah boleh kalahkan Chanyeol. Sempat hati Sehun bergetus. Nakal memikirkan benda yang bukan-bukan. Otak dah rosak sebab si capang tu! Ni si capang tak ada, nampaklah elok sikit.

Ketika dia tenang menantikan lampu bertukar warna hijau, tiba-tiba cermin pintu keretanya diketuk bertalu-talu. Terperanjat Sehun dibuatnya. Bahunya terhincut kerana terkejut bersama derauan darah yang bergelora.

Sehun memandang cermin kereta. Diperhatikan gerangan tersebut.

Rambutnya panjang.

Wajahnya nampak cantik terhias dengan solekan. Tetap tidak tercela walaupun hujan.

Tubuhnya hanya ditutupi dengan blaus nipis.

Sehun ragu-ragu. Dia menurunkan cermin keretanya sedikit untuk melihat wajah itu dengan lebih jelas.

"Sehun! This is me, Ella!" Mata Sehun membulat. Terkejut dia dibuatnya. Segera punat double signal kereta dihidupkan. Dia berada dalam kecemasan. Jadi dia boleh melewat-lewat di atas jalan raya ini.

"Ella?! Apa awak buat dekat sini?" Soal Sehun.

"I'll tell you about it later. Can i get in? I'm freezing," Pintanya. Sehun terus mengangguk dan membuka kunci pintu kereta tempat penumpang. Ella berlari anak ke sebelah dan masuk ke dalam perut kereta. Ella memeluk tubuhnya yang menggigil usai masuk ke dalam. Sehun mencapai sweater dan diberikan kepada Ella.

"Here, wear this. Get yourself warm." Kata Sehun. Ella senyum paksa dan menyambut huluran lelaki itu. Kemudian dibalutkan tubuhnya yang basah lencun kerana hujan.

Sehun mula mematikan punat double signal kereta dan mula meneruskan perjalanan.

"What happen to you, huh?" Soal Sehun, hairan. Kakinya menekan pedal perlahan-lahan. Alat pemanas dinaikkan.

"My car broke down in the middle of that road. The engine won't start whatever I do. I would call a mechanic but I don't know any workshop here. I waited for taxis, but there's none. I was so lost. Nasib baik saya terjumpa kereta awak dekat sini." Cerita Ella, ringkas.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now