💮 Bab 13 💮

7.8K 724 68
                                    

Sehun membetulkan tubuh Hyerin yang sedikit melorot dari bantal. Hyerin tadi sudah tersedar, cuma masih belum sedar sepenuhnya. Kesan ubat masih lagi merebak pada tubuh. Jantung Hyerin semakin pulih. Tetapi Hyera, masih belum sedar dari pagi tadi. Sudah menginjak malam, namun tiada tanda-tanda untuk Hyera sedar namun dia sudah melepasi tahap kritikalnya. Sengaja Sehun menempatkan Hyerin dan Hyera dalam satu wad yang sama. Mudah untuk dia menjaga kedua-duanya walaupun Hyera sudah tiada apa-apa hubungan lagi dengannya.

Tubuh dilabuhkan pada sofa dengan perlahan sambil mata terpejam. Kepenatan sangat menghinggap tubuh sekarang ini. Dia langsung tiada masa untuk mandi dan membersihkan diri. Tuan Oh dalam perjalanan ke sini bersama pemandu. Tetapi entah kenapa, lama sangat tak tiba-tiba. Sehun menanti sahaja sehingga dia terlelap buat seketika.

"Sehun... Sehun..." tidak sampai seminit, Sehun kembali tersedar. Dia membuka kelopak matanya dan melihat katil Hyerin. Tidur. Dan mustahil Hyerin menyebut namanya.

"Sehun..." sekali lagi dan kali ini Sehun berdiri. Katil Hyera dipandang. Wanita itu nampaknya sedang cuba untuk mengangkat tangan ke udara dengan mata dipejamkan. Dengan pantas, Sehun bergerak ke katil itu dan menyentuh tangan Hyera perlahan.

"Hei, saya dekat sini." Sehun membisikkan suaranya perlahan dan membongkok. Ditilik wajah wanita itu dari dekat. Tuhan.. rindunya dia.

"Sehun.." mata Hyera tercelik. Ada air mata mengalir di tubir mata wanita itu.

"Ya.."

"Sehun ke?" Hyera menaikkan tangan menyentuh wajah Sehun. Sehun tersenyum nipis dan mengangguk, namun tangan itu segera ditolak lembut. Dia masih belum bersedia dengan sentuhan Hyera. Dia masih lagi ada pedoman.

"Ya, saya. Awak okey?" Agak kekok hendak menanya, namun dia cuba untuk menghilangkan rasa gugup itu. Sudah terlalu lama dia tidak serapat ini bersama Hyera.

"Tak. Saya tak okey." Nafas Hyera nampak tersekat-sekat. Tangan wanita itu mula mengurut dada sendiri. Sehun mengeluh pendek. Dia menegakkan tubuh sebelum tubuh Hyera dibetulkan supaya perbaringannya di atas bantal lebih selesa. Tidak lama selepas itu, nafas Hyera kembali sedia kala. Sehun sudah tahu apa yang perlu dibuat dan apa yang terjadi kepada Hyera. Jalan penyelesaiannya berada di dalam tangan. Tapi itulah, ego.

"Baby... mana?" Soal Hyera sambil menoleh ke kanan. Sehun bergalih selangkah dan menolak tirai yang kelihatan agak menyibuk pada matanya itu.

"Tu. Tidur."

"Dia okey?"

"Ya, okey. Jangan banyak cakap. Awak baru sedar." Kata Sehun. Hyera mengalihkan mata ke arah bekas suaminya pula.

"Awak okey?" Tanya Hyera. Sehun mengangkat kening.

"Siapa? Saya?"

"Hmm.. awak."

Sehun tersenyum nipis. Dia mengangguk.

"Ya, saya okey. Saya risaukan baby. Dan.. risaukan awak." Kata Sehun. Hyera tidak senyum. Tetapi dia sedang melayan rasa sesak di dada. Menghidu asap yang berkepul-kepul memang kelemahan bagi pesakit jantung. Lebih-lebih lagi dia seorang wanita. Memang terlalu lemah.

"Dada saya.. lenguh." Hyera mengaduh kecil. Tangannya mengurut dada. Sehun menarik nafas panjang. Kerusi yang berada di hujung katil, ditarik lantas dilabuhkan punggungnya perlahan-lahan.

"Awak banyak sangat hidu asap. That's why..."

"Saya jumpa baby dekat atas. Dia dah terbaring. So, saya masuk dalam selamatkan dia." Kata Hyera dengan mata yang terpejam. Sehun memandang Hyera dengan mata yang dikecilkan. Dia menongkat tangan di atas katil.

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now