💮 Bab 27 💮

7K 662 74
                                    

"Sekarang, aku nak kau terangkan dekat aku, macam mana kau boleh kahwin dengan Hanbyul." Sehun terus-terang sahaja. Selepas dua hari lepas Hyera menerjahnya di bilik, hari ini dia mengajak Chanyeol minum dan ingin menanya soal status Chanyeol yang sebenar. Kalau Hyera ada, pasti wanita itu akan menyertai sekali tetapi disebabkan Hyera terpaksa pulang ke resort selama beberapa minggu, Sehun sendirian lagi.

"Aku kahwin dengan Hanbyul sebab parents aku. Dia..." Chanyeol menceritakan satu per satu sehinggalah Sehun faham. Pelbagai reaksi yang Chanyeol terima sehinggakan Sehun terdiam.

"Jadi kau dah kahwin... lebih kurang 3 bulanlah ni?" Chanyeol angguk. Sehun menarik nafas dalam-dalam.

"Aku minta maaf sebab tak bagitahu kau. Aku buat ni sebab parents dan sebab kau juga." Kata Chanyeol. Sehun mengerutkan dahi.

"Sebab aku? Kenapa aku pula?"

"Aku tak nak Hanbyul ganggu kau dengan Hyera. So bila dia kahwin dengan aku, dia akan terikat dengan aku. Aku baru sentuh dia... baru-baru ni." Kata Chanyeol tanpa selindung. Sehun membulatkan mata. Terkejut.

"Tak payah cakap kat aku pasal tu."

"Tak, aku serius ni, bro. Aku sentuh Hanbyul secara paksa. At first, aku paksa. But lama-lama, dia mula rela. Aku buat ni sebab.. aku tak nak dia ganggu kau lagi. Aku nak kau kahwin dengan Hyera. Hujung bulan ni kan?" Sehun mengangguk. Dia masih tidak percaya dengan apa yang rakan baiknya ini bicarakan. Terkejut sungguh dia.

"Kenapa kau buat macam ni, Yeol? Kau korbankan diri kau sebab aku? Aku rasa macam..."

"Tak apa, Sehun. Lagipun, aku cintakan dia. So why not aku sayang isteri aku sendiri right? Dia isteri aku." Kata Chanyeol. Sehun mengangguk. Dia yakin dengan Chanyeol. Semangat Chanyeol sungguh hebat. Tidak menyangka dia bahawa Hanbyul yang menggilakannya itu berkahwin dengan Sehun.

"Dia boleh terima kau?"

Chanyeol diam. Dia meraup wajah berkali-kali.

"Aku tak tahu nak describe macam mana sebab.. at first yeah, dia nampak betul-betul bencikan aku. Aku paksa dia, aku buat dia sakit. Tapi sejak tu, aku start confess. Hari-hari aku cakap apa yang aku rasa. Dia macam terima. Baru je nak okey, Ella come. Depan mata aku dia berbaby dengan aku and Hanbyul ada! Kau tak rasa ke yang dia bad lepas tu? Dia siap kata, Ella tu slut aku. Kau ingat..."

Kali ini Sehun betul-betul buntu. Jika dulu Chanyeol mendengar masalahnya, kali ini dia mendengar masalah Chanyeol pula. Chanyeol nampak serius dan semua ini boleh dikatakan sangat tragik juga.

"Kau tak cuba jelaskan pada Hanbyul siapa Ella?"

"She never listen to me!"

"Try lah lagi. Sampai dia nak dengar."

"Dah kalau dia selalu elak nak bertembung muka dengan aku, kau tak rasa yang aku give up ke?" Kata Chanyeol. Sehun mengeluh. Kes Chanyeol parah.

"Aku tak tahu nak cakap apa. Tapi aku cuma harap kau dengan Hanbyul kekal. Aku support kau and thanks a lot sebab banyak berkorban untuk aku. Kalau Hyera dengar, confirm on the spot dia menangis." Kata Sehun. Sempat mengutuk Hyera yang memang hati tisu. Chanyeol tergelak.

"Oh ya, aku baru notice dia tak ada sejak dua menjak ni. Mana?"

"Balik resort. Ada hal."

[COMPLETED] Misi Memikat Bekas Suami 임무 미끼 전 남편 (Sehun EXO)Where stories live. Discover now